PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PBB perlu kawal Internet

Go down

PBB perlu kawal Internet Empty PBB perlu kawal Internet

Post  keat sin (U6A) Fri Feb 12, 2010 1:56 pm

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan persidangan khas bagi mengawal kandungan yang terdapat dalam Internet.

Bekas Perdana Menteri berkata, persidangan itu perlu menetapkan kandungan yang boleh dimuatkan dalam Internet serta perkara-perkara yang boleh ditapis oleh negara-negara di seluruh dunia.

"Persidangan khas ini perlu diadakan kerana kandungan Internet kini banyak yang tidak bermoral seperti pornografi yang telah memusnahkan nilai-nilai moral baik di kalangan generasi muda," katanya.

Beliau menjawab soalan seorang pelajar Indonesia mengenai kebebasan Internet pada majlis dialog dan ceramah kepimpinan mengenai paradigma pemikiran yang tetap ke arah persepsi pembangunan nasional di Kedutaan Besar Indonesia di sini hari ini.

Turut hadir ialah Duta Besar republik itu ke Malaysia, Tan Sri Da'i Bachtiar, dua profesor terkenal dari Indonesia, Dr. Ken Kawan Soetanto dan Dr. Nasir Tamara serta wakil pelajar Indonesia yang menuntut di universiti-universiti tempatan.

Dr. Mahathir menegaskan, beliau pada mulanya tidak bersetuju diadakan penapisan terhadap kandungan Internet tetapi perkembangan terkini dalam teknologi itu membuatkannya berubah fikiran dan merasakan ia perlu.

"Saya amat bimbang apabila kanak-kanak yang berusia tiga tahun dapat mencari pelbagai kandungan tidak bermoral dalam Internet dengan hanya menaip satu perkataan seperti pornografi.

"Internet baik untuk orang ramai jika digunakan secara bermoral tetapi ia akan mengubah sikap generasi muda sekarang sekiranya tidak ditapis kandungan tidak bermoral," katanya.

Jelas beliau, di Jerman, negara itu mempunyai teknologi untuk menapis kandungan-kandungan dalam Internet yang tidak bermoral seperti gambar-gambar lucah dan pornografi.

Sementara itu, Dr. Mahathir yakin Indonesia boleh menjadi negara ketujuh paling kaya di dunia memandangkan ia mempunyai rakyat, kecekapan dan sumber yang banyak.

Katanya, apa yang perlu dilakukan adalah kerajaan negara itu perlu melakukan pembangunan yang sistematik dan ia akan beransur-ansur dapat dibangunkan menjadi kuasa dunia.

"Satu daripada ciri yang perlu ada di kalangan pemimpin dan rakyat Indonesia adalah cintakan negara dan bangsa serta kalau jadi pemimpin jangan mementingkan diri sendiri sebaliknya tentukan bahawa kepentingan negara diutamakan.

"Sekiranya segala tenaga ditumpukan kepada kemajuan negara dan bangsa, Indonesia akan mencapai kemajuan yang diharapkan," katanya.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum