PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Penguatkuasa kawal peniaga naikkan harga barang

Go down

Penguatkuasa kawal peniaga naikkan harga barang Empty Penguatkuasa kawal peniaga naikkan harga barang

Post  keat sin (U6A) Mon Apr 19, 2010 12:10 pm

HULU SELANGOR: Lima pasukan pemantau harga dan 25 pegawai penguatkuasa kini mula bertugas memastikan peniaga tidak menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya berikutan musim pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pasukan itu menjelajah ke seluruh kawasan di Hulu Selangor bagi memantau harga barangan berikutan kehadiran luar biasa orang ramai di musim pilihan raya kecil ini.
"Kita menambah pasukan pemantau harga bagi membantu pegawai dan penguat kuasa tempatan memantau harga barangan dijual mengikut senarai harga ditetapkan, selain mengenal pasti kedai menaikkan harga di sekitar sini," katanya selepas melakukan tinjauan mesra di Pasar Awam Kuala Kubu Baru dan Pasar Peladang di sini, semalam.
"Setakat ini harga masih seperti biasa sebelum penamaan calon dan kita akan sentiasa memantau. Namun, pengguna juga perlu melaporkan kepada kementerian jika ada sebarang kenaikan harga dikenakan," katanya.

Beliau mengingatkan peniaga tidak mengambil kesempatan pada musim pilihan raya.

Katanya, pengguna boleh menyalurkan maklumat dan aduan terhadap sebarang kenaikan harga barangan kepada bilik gerakan kementerian di Kuala Kubu Baru yang dibuka sepanjang masa termasuk menghubungi talian bebas tol 1800-886-800 atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 32255.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum