PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pelajar UUM maut tembung lori

Go down

Pelajar UUM maut tembung lori Empty Pelajar UUM maut tembung lori

Post  Kar Yung (U6A/2010) Sun Feb 28, 2010 1:32 pm

IPOH: Seorang pelajar institut pengajian tinggi terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di KM47.6 Jalan Raya Timur Barat-Jeli dekat Gerik semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Mahad Nor Abdullah, berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian kira-kira jam 7 malam tadi itu ialah Rumizi Mohd Rukman, 23, berasal dari Pasir Putih, Kelantan.

"Mangsa yang masih menuntut di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mahad berkata, nahas berlaku apabila Rumizi yang bersendirian dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pasir Putih, Kelantan, dikatakan hilang kawalan lalu memasuki laluan kanan jalan dan bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat kejadian itu bahagian hadapan kereta mangsa remuk dan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di dalam keretanya," katanya.

Pemandu lori, P Kanan, 36, yang berasal dari Mambang Diawan, Kampar, mengalami kecederaan di bahagian tangan dan dirawat di Hospital Gerik tetapi di pindahkan ke hospital swasta di Ipoh.
Kar Yung (U6A/2010)
Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 34
Location : KL

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum