PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Dua beranak maut digilis lori

Go down

Dua beranak maut digilis lori Empty Dua beranak maut digilis lori

Post  lisee(U6A) Fri Feb 26, 2010 6:54 am

KUALA KEDAH: Seorang suri rumah hampir pengsan apabila menyaksikan sendiri anak bongsunya digilis lori tanah sebaik mangsa bersama bapanya yang menunggang motosikal baru keluar dari halaman rumah mereka menuju ke jalan besar untuk ke sekolah, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Datuk Shaari (SKDS), dekat sini, Shazwani Abdul Aziz, 8, mati di tempat kejadian, manakala bapanya, Abdul Aziz Omar, 70, cedera parah di badan dan kaki.

Abdul Aziz bagaimanapun mati selepas sejam dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di hadapan rumah suri rumah berkenaan, Halimah Ismail, 45, di Kampung Hilir, Kubang Rotan, di sini.

Halimah, berkata ketika kejadian suaminya mahu menghantar anak mereka yang bersekolah sesi petang di SKDS, apabila dia tiba-tiba terdengar bunyi dentuman yang kuat dari arah jalan raya ketika hendak masuk semula ke dalam rumah selepas menghantar mereka di pintu.

“Sebaik menoleh saya nampak Shazwani yang sudah terjatuh ke atas jalan raya digilis lori tanah, manakala suami pula tercampak ke dalam sawah.

“Saya berlari ke arah mereka dan hampir pengsan apabila mendapati keadaan anak saya yang cedera parah di kepala dan badan terbujur kaku di atas jalan raya.

“Saya sempat memegang tubuhnya yang hancur dan berlumuran darah sambil meraung kerana tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantunya,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HSB di sini, semalam.

Halimah berkata, dia juga melihat jiran membantu mengangkat suaminya yang tercampak ke dalam kawasan sawah.

Katanya, dia tidak menyangka kelakuan pelik anaknya yang merajuk dan enggan bercakap dengannya pagi semalam, tanda dia akan pergi meninggalkannya.

“Selepas pulang dari mengaji al-Quran pagi tadi (semalam) dia enggan bercakap walaupun ditanya dan hanya meminta nasi dan sebelum ke sekolah dia sempat menjamah nasi goreng yang dihidangkan.

“Suami juga menunjukkan kelakuan pelik apabila kerap berjenaka sejak dua tiga hari lalu, sedangkan selama ini dia seorang yang tegas dan serius,” katanya.

Sementara itu, Ketua Trafik Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah, berkata ketika kejadian lori yang sarat dengan muatan tanah itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Kubang Rotan ke pekan ini.

Katanya, pemandu lori terbabit dipercayai tidak dapat mengelak motosikal mangsa yang secara tiba-tiba keluar dari kawasan rumah mereka.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga mengakibatkan kematian.

Pemandu lori terbabit ditahan bagi membantu siasatan.

lisee(U6A)

Posts : 51
Join date : 2009-05-16

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum