PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Polis cari sembilan lelaki bantu siasatan kes rogol pelajar

Go down

Polis cari sembilan lelaki bantu siasatan kes rogol pelajar Empty Polis cari sembilan lelaki bantu siasatan kes rogol pelajar

Post  WAN SEN (U6A) Sat Mar 06, 2010 7:13 am

TAPAH 5 Mac - Polis kini sedang mengesan sembilan lelaki bagi membantu siasatan kes rogol seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang berlaku di Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Felda Sungai Klah dekat Sungkai pada Ahad lalu.
Mereka yang dikehendaki itu termasuk dua pasangan adik beradik iaitu Mohd. Sahabudin Hashim, 23, dan Shahrul Hisham, 21, serta Mohd. Rosli Mustafa, 26, dan Mohd. Roslan, 18.

Lima lagi yang dicari ialah Azizul Sabli, 22; Mohd. Athika Mohd. Hanapi, 19; Mohd. Shabil Rosdi, 17; Ahmad Nursufian Alias, 23, dan Mohamad Shafiq Mohd. Shahimi, 20.

Ketua Polis daerah, Supritendan Roslan Bek Ahmad berkata, kesemua mereka diminta tampil bagi membantu siasatan polis berhubung kejadian itu.

"Kesemua yang disenaraikan ini amat dikehendaki bagi membantu menyelesaikan kes rogol tersebut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di sini hari ini.

Dalam kejadian Ahad lalu, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh 14 lelaki di Felda Sungai Klah.

Mangsa dari Felda Trolak Utara itu diajak menaiki motosikal oleh seorang lelaki dikenali sebagai 'Wan' setelah terserempak dengan lelaki itu semasa berjalan-jalan bersama rakannya di kawasan kampung pada pukul 6.15 petang.

Mangsa kemudian dibawa ke sebuah kawasan tertutup di TRAP Sungai Klah sebelum dirogol oleh Wan dan tiga lagi rakannya yang sudah menunggu di situ.

Wan kemudian menyuruh seorang rakannya menghantar remaja itu balik ke rumah tetapi sebaliknya mangsa telah dibawa ke sebuah rumah kosong di Felda Sungai Klah sebelum dirogol lagi secara bergilir-gilir oleh lebih 10 lelaki di rumah itu.

Roslan Bek berkata, susulan laporan yang dibuat oleh mangsa, polis menahan lima suspek lelaki berusia antara 15 hingga 29 tahun di sekitar Sungkai semalam.

Katanya, kelima-lima mereka ditahan reman sehingga 10 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Asisten Supritendan Md. Nasri Fadzir atau Pegawai Penyiasat Inspektor Yusuraya Yusoff di talian 012-6655357 atau Balai Polis Tapah 05-4015222

WAN SEN (U6A)

Posts : 33
Join date : 2009-05-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum