PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Polis tumpaskan kes culik kontraktor, tahan 9 lelaki

Go down

Polis tumpaskan kes culik kontraktor, tahan 9 lelaki Empty Polis tumpaskan kes culik kontraktor, tahan 9 lelaki

Post  xiaowen_U6B Mon Apr 19, 2010 5:11 pm

MELAKA: Polis berjaya mematahkan satu kes culik membabitkan seorang kontraktor binaan di Batu Berendam di sini dan menahan sembilan lelaki termasuk tiga warga negara asing, minggu lalu.

Ketua Polis Melaka, SAC 1 Datuk Mohd Rodwan Yusof, berkata polis bertindak berdasarkan maklumat isteri mangsa yang mengadu suaminya tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja pagi Isnin.

Isteri mangsa turut membuat laporan menerima panggilan telefon dari seorang lelaki yang tidak dikenali meminta wang tebusan RM500,000," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata, kontraktor berusia 44 tahun itu diselamatkan pada keesokannya kira-kira jam 12.15 tengah malam, selepas wang tebusan RM40,000 dibayar kepada suspek.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan di kepala, tangan dan kaki sewaktu ditemui.

Kesemua sembilan suspek ditahan di dua tempat berasingan dan polis turut menemui semula wang tebusan RM40,000, katanya yang enggan memberitahu tempat di mana polis melakukan serbuan.

Mohd Rodwan berkata, sembilan lelaki yang ditahan masing-masing berusia antara antara 24 hingga 27 tahun termasuk tiga warga negara Indonesia yang mempunyai permit masuk secara sah.

"Kesemua suspek yang juga penganggur ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan," katanya.

Beliau berkata, dengan tangkapan lelaki berkenaan, polis berjaya menyelesaikan satu kes culik di Alor Gajah pada 24 Disember tahun lepas yang dipercayai membabitkan orang yang sama. - Bernama

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum