PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bekalan air di beberapa kawasan di Seremban mula dicatu

Go down

Bekalan air di beberapa kawasan di Seremban mula dicatu Empty Bekalan air di beberapa kawasan di Seremban mula dicatu

Post  Kar Yung (U6A/2010) Fri Mar 05, 2010 3:58 pm

SEREMBAN 5 Mac – Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) akan mula melaksanakan catuan bekalan air di beberapa kawasan di daerah Seremban Ahad ini ekoran cuaca panas dan pengurangan taburan hujan di beberapa tadahan air di daerah itu.

Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, pengurangan hujan mengakibatkan penurunan paras air sungai di muka sauk loji rawatan air Pantai, Sungai Ngoi-Ngoi dan Sungai Mahang yang membekalkan air terawat ke kawasan di sekitar Nilai, Sendayan, LBJ dan Lenggeng.

Jadual catuan air Ahad ini bagi Zon A ialah mulai pukul 8 pagi hingga 8 malam dan kawasan yang terlibat ialah Eka Matahari, Planter’s Haven, Arab Malaysia (Taman Desa Ria), Nilai 3, Nilai Impian, Nilai 7, Desa Chempaka/Jasmin, Kota Seriemas, Kuarters KLIA, Kolej Jururawat KPJ dan Nilai Perdana.

Jadual catuan air bagi Zon B pula ialah mulai pukul 8 malam hingga 8 pagi melibatkan kawasan Kondok, LBJ, Taman Gadong Jaya 1, 2 dan 3, Seri Sendayan, Sendayan Indah, Felda Sendayan, Kampung Gadong Jaya dan Kampung Jimah Baru, katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, catuan itu akan diteruskan sehingga paras air di muka sauk kembali ke paras biasa (di atas tahap kritikal).

Pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982.
Kar Yung (U6A/2010)
Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 34
Location : KL

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum