PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Wanita MCA Gesa Pinda Beberapa Peruntukan Perlembagaan Parti

Go down

Wanita MCA Gesa Pinda Beberapa Peruntukan Perlembagaan Parti Empty Wanita MCA Gesa Pinda Beberapa Peruntukan Perlembagaan Parti

Post  xiaowen_U6B Wed Feb 10, 2010 4:09 pm

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Wanita MCA menggesa Majlis Presiden meminda beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Parti bagi memastikan terdapat keseimbangan kuasa dalam parti khasnya bagi ketua Wanita dan Pemuda.

Ketuanya, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata pindaan itu hendaklah termasuk semua naib presiden dan pengerusi kebangsaan bagi kedua-dua sayap Wanita dan Pemuda yang dipilih di samping anggota yang ada seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan.

Merujuk kepada Artike 35, 75, 101 dan 104, Chew berkata parti itu hendaklah mengkaji semula perlembagaan parti tersebut berhubung pelantikan dan penamatan sebarang jawatan parti dan anggota jawatankuasa pada semua peringkat untuk diselaraskan bagi penyeragaman, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa eksekutif Wanita MCA ke-5 di sini hari Selasa.

Chew yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga berharap parti itu menguruskan aset MCA secara profesional, telus dan institusional.

"Sebarang keputusan berkaitan pengurusan aset hendaklah diluluskan oleh jawatankuasa pusat," kata beliau.

-- BERNAMA

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum