PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Sedia infrastruktur jalur lebar

Go down

Sedia infrastruktur jalur lebar Empty Sedia infrastruktur jalur lebar

Post  keat sin (U6A) Fri Mar 05, 2010 1:37 pm

PUTRAJAYA 4 Mac - Kerajaan sedang dalam usaha untuk meminda Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) 1984 bagi menjadikan keperluan penyediaan infrastruktur jalur lebar sebagai mandatori.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, melalui pindaan itu, semua bangunan dan perumahan baru yang dibina perlu menyediakan infrastruktur tersebut sebagai satu syarat mendapat sijil layak menduduki (CF).

Menurut beliau, langkah itu sejajar dengan sasaran kerajaan untuk mencapai kadar penembusan jalur lebar mengikut isi rumah sebanyak 50 peratus menjelang hujung tahun ini.

''Itu dicadangkan kerana keperluan jalur lebar adalah adalah sama seperti sekarang orang perlukan bekalan air dan elektrik.

''Kita berpendapat sudah sampai masanya (infrastruktur) dibuat sekali gus kerana kalau kawasan perumahan dibina tetapi tiada kemudahan itu, nanti ia akan libatkan kos lebih besar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pelaksanaan Jalur Lebar Nasional di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Menurut Muhyiddin, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah diminta mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan bagi memastikan pindaan undang-undang itu dapat dilakukan.

''Dalam melaksanakan perkhidmatan jalur lebar, pihak pemberi perkhidmatan masih menghadapi masalah pemasangan infrastruktur.

''Sehubungan itu, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang berbincang dengan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menangani masalah itu," katanya.

Menurutnya, Jawatankuasa Kabinet itu juga menegaskan tentang keperluan insentif untuk pemilikan komputer dan alat capaian Internet selain menggalakkan penglibatan industri kecil dan sederhana (IKS) dalam meningkatkan penembusan jalur lebar.

Bagi mencapai sasaran 97 peratus liputan selular pula, beliau berkata, 1,000 buah menara baru akan dibina di seluruh negara bagi mempertingkatkan perkhidmatan selular di kawasan luar bandar.

Katanya, kemudahan telekomunikasi di Sabah dan Sarawak juga akan dipertingkatkan dengan membina 415 buah menara.

''Perluasan liputan selular akan memudahkan kerja-kerja perluasan liputan jalur lebar tanpa wayar," katanya.

Ini kerana katanya, sebanyak 28 juta pengguna telefon selular yang ada sekarang berpotensi menggunakan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar selain 7.4 juta pelanggan perkhidmatan 3G yang boleh mengakses Internet.

Dalam pada itu beliau berkata, projek jalur lebar berkelajuan tinggi dengan Telekom Malaysia Bhd. (TM) telah berjaya mempertingkatkan sebanyak 22 ibu sawat di kawasan Lembah Kelang.

Katanya, ia turut melibatkan beberapa kawasan perindustrian untuk menyokong perkhidmatan tersebut dan memberikan liputan kepada 239,000 premis dengan projek secara komersial akan dilancarkan oleh TM pada akhir bulan ini.

''Jawatankuasa ini juga telah bersetuju supaya satu kajian menyeluruh dan terperinci dijalankan oleh KPKK dan SKMM dengan pihak industri dalam usaha mengurangkan kadar perkhidmatan jalur lebar yang ditawarkan.

''Namun, pengurangan kadar itu perlulah dilakukan tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan dan kelajuan penyampaian jalur lebar," katanya.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum