PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pandangan Tentang Agihan Exco di Selangor

4 posters

Go down

Pandangan Tentang Agihan Exco di Selangor Empty Pandangan Tentang Agihan Exco di Selangor

Post  jackie_teng99 Thu Mar 20, 2008 8:58 pm

Di bawah adalah petikan yang diambil daripada berita harian:

Pakatan di Selangor berbalah agihan Exco

KLANG: Majlis mengangkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang dijangka Sabtu ini mungkin terpaksa ditangguhkan pada Isnin depan berikutan timbul isu pengagihan kerusi mengikut parti.

Sebelum ini, barisan Exco baru kerajaan campuran Selangor akan mengguna pakai formula 4-4-2 iaitu masing-masing empat Exco dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP serta dua dari Pas.
Bagaimanapun, rancangan itu dikatakan bakal menimbulkan bantahan banyak pihak kerana ia menyebabkan bilangan Exco Melayu berkurangan sedangkan pihak istana dikatakan lebih cenderung supaya pengagihan sebelum ini dikekalkan iaitu enam Exco Melayu dan empat Exco bukan Melayu.

Istana Selangor dikatakan sudah meminta semua pihak melihat semula senarai yang sudah diserahkan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini.

Pagi semalam, wakil DAP Selangor, Teresa Kok, Ronnie Liu dan Au Yong Hian Wah, menghadap baginda di Istana Bukit Kayangan dan perbincangan itu dipercayai membabitkan jawatan Timbalan Menteri Besar dan barisan Exco.

Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak istana mengenai pertemuan itu.

Empat nama iaitu Kok (Adun Kinrara), Teng Chang Khim (Sungai Pinang), Liu (Pandamaran), dan Au Yong (Seri Kembangan) dikemukakan kepada Istana Selangor sebagai calon Exco dari DAP, manakala PKR dikatakan meletakkan dua lagi bukan Melayu iaitu seorang calon Cina dan seorang India.

Difahamkan, jika nama mereka diterima, ini bermakna enam daripada 10 Exco Selangor terdiri daripada wakil rakyat bukan Melayu.

Berikutan perkembangan terbaru itu, DAP berkemungkinan hanya mempunyai tiga Exco dan dijangka ditawarkan satu jawatan timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri.

Wakil rakyat Seri Kembangan, Au Yong, yang juga Pengerusi DAP Selangor, sebelum ini pernah menyatakan formula 4-4-2 adalah yang terbaik berdasarkan jumlah kerusi DUN dimenangi ketiga-tiga parti iaitu 15 PKR, DAP 13 dan Pas lapan.

Jika formula baru iaitu lima Exco untuk PKR, tiga DAP dan dua Pas digunakan, PKR dikatakan akan meletakkan Haniza Mohd Talha (Taman Medan), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Dr Xavier Jayakumar (Seri Andalas), Lee Kim Sin (Kajang) dan Yaakob Sapari (Kota Anggerik), manakala Pas menampilkan Datuk Hassan Mohamed Ali (Gombak Setia).

Seorang lagi wakil rakyat Pas yang bakal menyandang jawatan Exco tidak diketahui.

DAP dan PKR juga dikatakan menyerahkan isu senarai Exco kepada Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyelesaikannya.


Pandangan saya :
Memang sebelum ini,barisan Exco baru kerajaan campuran Selangor mengguna pakai formula 4-4-2 bagi pengagihan Exco di Selangor. Ini adalah berdasarkan jumlah kerusi DUN yang dimenangi oleh ketiga-tiga parti (DAP,PKR dan PAS). Sekarang,disebabkan bilangan Exco bukan Melayu melebihi bilangan Exco Melayu,jadi formula lama itu terpaksa diganti dengan formula baru yang terdapat enam Exco Melayu dan 4 Exco bukan Melayu. Adakah ini adil? Dan adakah tindakan tersebut wajar?
Sila beri pandangan anda. Surprised

jackie_teng99

Posts : 4
Join date : 2008-02-18

Back to top Go down

Pandangan Tentang Agihan Exco di Selangor Empty Re: Pandangan Tentang Agihan Exco di Selangor

Post  vinclam1314 Fri Mar 21, 2008 9:49 am

urn.. pada pandangan saya, negeri selangor adalah negeri yang mempunyai berbilang kaum dan bukannya semata-mata satu kaum sahaja. Selain itu, jawatan Exo yang mengatakan 6 Melayu dan 4 bukan melayu adalah tidak adil kerana Exco Selangor haruslah dibina di asas di mana tanpa mengira kaum. Exco tidak harus menentapkan mesti 6 orang melayu. Kita haruslah berani mencuba dan tidak sangat terikat keatas tradisional! Selain itu, sekarang Negeri Selangor telah dimenangi oleh parti pembangkang dan bukan lagi BN, jadi, Exco Selangor yang baru ini tidak harus semacam asas BN.

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Pandangan Tentang Agihan Exco di Selangor Empty Re: Pandangan Tentang Agihan Exco di Selangor

Post  wonderfoo_99 Fri Mar 21, 2008 10:57 am

Pada pendapat saya , ini adalah pakatan antara parti pembangkang .Disamping itu ,Pas telah menang lebih banyak kerusi Dun . Justeru ,tidak hairanlah 6 orang melayu menjadi Exo.Inilah perjanjian 3 parti. perkara ini juga berlaku di penang , Dap yang mendapat kebanyakkan kerusi Dun. Oleh itu , tidak perlu mengira bangsa Exo, yang penting orang yang berkaliber memegang jawatan Exo.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Pandangan Tentang Agihan Exco di Selangor Empty Re: Pandangan Tentang Agihan Exco di Selangor

Post  vinclam1314 Fri Mar 21, 2008 11:27 am

wonderfoo_99 wrote:Pada pendapat saya , ini adalah pakatan antara parti pembangkang .Disamping itu ,Pas telah menang lebih banyak kerusi Dun . Justeru ,tidak hairanlah 6 orang melayu menjadi Exo.Inilah perjanjian 3 parti. perkara ini juga berlaku di penang , Dap yang mendapat kebanyakkan kerusi Dun. Oleh itu , tidak perlu mengira bangsa Exo, yang penting orang yang berkaliber memegang jawatan Exo.

Bukankah PAS memenangi hanya 8 Kerusi dalam Selangor? DAP memenangi 13 kerusi dan PKR memenangi 15 kerusi.. jadi, PAS memenangi kerusi yang tersikit dalam Selangor jika berbanding dengan DAP dan PKR.. Jadi, saya bersetujui cadangan kerajaan baru Selangor sebelum ini.. iaitu dengan formula 4-4-2 tanpa mengira kaum..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Pandangan Tentang Agihan Exco di Selangor Empty Re: Pandangan Tentang Agihan Exco di Selangor

Post  wonderfoo_99 Thu Apr 24, 2008 8:34 am

maklumat tentang politik di selagor.

Jangan jual banglo Exco
SHAH ALAM 23 April - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad mahu 10 buah banglo rasmi anggota Exco di Seksyen 7 di sini tidak dijual seperti yang pernah dicadangkan sebelum ini.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Pandangan Tentang Agihan Exco di Selangor Empty Re: Pandangan Tentang Agihan Exco di Selangor

Post  wendy Fri Apr 25, 2008 12:14 pm

mm....jika kita melihat dari segi kaum, keputusan baru itu memang tidak adil.Bagi saya ini adalah satu teknik yang digunakan oleh mereka(ketiga-tiga parti),memang tidak boleh dinafikan majoriti kaum dalam negera ini adalah kaum melayu.apakah perasaan orang melayu dengan formula 4-4-2?mereka mungkin tidak suka atau tidak berpuas hati dengan sama tahap dengan kaum cina.mereka yang saya maksud disini adalah sultan dan lain-lain.maafkan saya telah sentuh isu-isu sensitif.apa yang sebut ini hanya pandangan saya.

wendy

Posts : 60
Join date : 2008-02-06

Back to top Go down

Pandangan Tentang Agihan Exco di Selangor Empty Re: Pandangan Tentang Agihan Exco di Selangor

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum