PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kerajaan Selangor disaman RM682j

Go down

Kerajaan Selangor disaman RM682j Empty Kerajaan Selangor disaman RM682j

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Wed Jun 09, 2010 1:47 pm

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat perkhidmatan jaringan jalur lebar menyaman kerajaan Selangor dengan menuntut ganti rugi hampir RM682 juta kerana didakwa enggan memenuhi terma perjanjian langganan yang ditandatangani pada 23 September 2005.
Obnet Sdn Bhd (dahulunya dikenali Intelligent Edge Solutions Sdn Bhd) memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam dekat sini, melalui Tetuan S Murthi & Accosiates pada 18 Mei lalu. Obnet selaku plaintif, menamakan kerajaan Selangor sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, syarikat itu menuntut ganti rugi RM681,727,963 sehingga 31 Mac lalu dibayar kepadanya bagi menjelaskan kemudahan kewangan yang diambil daripada Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad untuk Projek Selnet.

Syarikat berkenaan turut menuntut faedah 8 peratus, kos dibayar defendan dan relif lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Obnet mendakwa menandatangani satu perjanjian dengan defendan pada 23 September 2005 yang mana antaranya, syarikat itu bersetuju membina, menyelenggara dan mengurus perkhidmatan jalur lebar di Selangor serta perkhidmatannya.

Katanya, defendan pula antaranya sebagai balasan kepada plaintif dalam perjanjian langganan itu, bersetuju melanggan perkhidmatan jalur lebar dari plaintif bagi kegunaan agensi kerajaan negeri, jabatan kerajaan, badan berkanun serta majlis tempatan untuk 20 tahun.
Sekitar Oktober 2007 syarikat itu sudah menyempurnakan sambungan kepada 20 pengguna tetapi gagal menyempurnakan pemasangan jalur lebar itu kepada baki 323 pengguna kerajaan negeri Selangor pada penghujung 2007 kerana defendan gagal membuatkan pengguna lain melanggan perkhidmatan yang disediakan oleh plaintif itu.

“Menjelang 2008 defendan sekali lagi menyatakan hasrat untuk meminda perjanjian itu dan sementara rundingan dijalankan, projek Selnet tergendala kerana keengganan defendan memenuhi kewajipan mereka mengikut perjanjian,” katanya.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum