Isu pasir: Kerajaan Selangor berniat elak sediakan EIA?

View previous topic View next topic Go down

Isu pasir: Kerajaan Selangor berniat elak sediakan EIA?

Post  ong poh lee U6B on Tue Jul 13, 2010 3:51 pm

SHAH ALAM 13 Julai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa kerajaan negeri Selangor berniat mengelak menyediakan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) ketika memohon kelulusan untuk mengorek pasir di kawasan berhampiran taman rekreasi Paya Indah Wetlands, Dengkil, Sepang.

Beliau berkata, mengikut peruntukan undang-undang, mana-mana kawasan yang keluasannya melebihi 50 hektar wajib menyediakan laporan EIA sebelum Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) diluluskan.

"Tetapi permohonan oleh kerajaan negeri ialah kira-kira 48 hektar, tetapi kalau kita lihat kawasan yang diteroka lebih daripada 50 hektar. Ia mungkin adalah untuk mengelakkan mereka daripada kena sediakan EIA, katanya pada sidang media di Subang, dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan udara dengan menaiki helikopter di kawasan Paya Indah Wetland, Kuala Langat dan Berjuntai Bestari, Kuala Selangor yang menjalankan aktiviti mengorek pasir.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut mempersoalkan adakah pemantauan dilakukan terhadap aktiviti mengorek pasir tersebut sama ada mematuhi garis panduan yang ditetapkan atau sebaliknya.

"Dari segi kedalaman, berdasarkan tinjauan, saya tengok kawasan yang dikorek ialah kira-kira 200 kaki dalam, macam kolam. Ini bukan kawasan lombong sedia ada tetapi kawasan baru tetapi mereka mengoreknya dengan begitu dalam, katanya.

Beliau juga mempersoalkan ketelusan kerajaan negeri dalam memberi hak pengendalian aktiviti melombong pasir kepada anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB) yang didakwa memonopoli aktiviti itu.

Noh mendakwa KKSB dilihat mengambil untung atas angin apabila melantik syarikat kontraktor, Cheong Weng Trading untuk kerja-kerja melombong pasir.

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum