PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

JPJ Selangor kutip RM300,000 hasil lelong kenderaan sita

Go down

JPJ Selangor kutip RM300,000 hasil lelong kenderaan sita Empty JPJ Selangor kutip RM300,000 hasil lelong kenderaan sita

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Tue Jun 15, 2010 9:37 am

SHAH ALAM 15 Jun — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor yakin dapat mengutip RM300,000 hasil lelongan 78 kenderaan yang tidak dituntut pemiliknya selepas terbabit dengan pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pengarahnya Yusoff Ayob berkata lelongan itu, yang pertama tahun ini, membabitkan 48 motosikal, 23 kereta, empat van dan tiga treler.

"Lelongan awam yang dijalankan hari ini ialah terhadap kenderaan yang tidak dituntut semula oleh pemilik walaupun pihak JPJ telah memaklumkan agar pemilik menuntut semula kenderaan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh kenderaan disita.

"Tujuan penyitaan adalah perlu untuk mengelakkan berlaku lagi kesalahan seperti lesen kenderaan motor (cukai jalan) tamat tempoh dan tiada lesen memandu,” katanya kepada pemberita pada majlis lelongan awam kenderaan sita JPJ di sini, hari ini.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum