PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pengemis asing di bazar Ramadan kaut RM300 sehari

Go down

Pengemis asing di bazar Ramadan kaut RM300 sehari Empty Pengemis asing di bazar Ramadan kaut RM300 sehari

Post  yeeleng(L6A) Sun Aug 22, 2010 2:04 pm

KUALA LUMPUR: Pengemis jalanan di ibu negara terutama di kawasan elit mampu mengutip sehingga RM300 sehari hanya berbekalkan kotak sebagai alas tempat duduk dan bekas kecil di hadapan mereka.

Di merata tempat, pengemis menyasarkan bazar Ramadan sebagai lubuk rezeki dengan pendapatan lebih lumayan berbanding hari biasa. Sepanjang tinjauan selama tiga jam di bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini mendapati, kebanyakan pengemis ialah mereka yang kurang upaya walaupun secara luarannya kelihatan sihat. Lebih memeranjatkan mereka ialah warga asing yang tidak diketahui statusnya dan tidak fasih berbahasa Melayu atau Inggeris.

Setiap lima orang yang melintasi pengemis itu akan menghulur sumbangan wang tunai dan ada juga yang memberi makanan. Tidak disangkal pilihan mengemis di bazar Ramadan berbaloi bagi mereka.

Kebanyakan orang ramai menghulurkan RM1 hingga RM10, tetapi tidak kurang juga yang menghulurkan RM50 menyebabkan pendapatan pengemis mencecah ratusan ringgit sehari.

Ketika ditanya kepada pengunjung yang memberi sumbangan, kebanyakan mengatakan demi keberkatan Ramadan dan simpati.
Kegiatan pengemis itu seolah-olah tidak dipedulikan pihak berkuasa dan mereka semakin bebas meminta sedekah di mana saja. Pihak berkuasa sentiasa memantau bazar Ramadan tetapi kehadiran pengemis tidak diendahkan.

Sumber memberitahu Berita Minggu, ada ketikanya pihak berkuasa sekadar menegur dan menghalau pengemis, tetapi mereka tetap berlegar di kawasan sama

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum