Online learning melalui E-forum- Pandangan

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Online learning melalui E-forum- Pandangan

Post  PnLeela on Sat Mar 22, 2008 2:19 pm

Hi Kelas,

Sudah hampir 3 bulan sejak kita bertemu dalam e-forum, satu usaha untuk mendedahkan pelajar kepada pembelajaran online. Tujuan utama forum ini ini ialah untuk berkongsi maklumat, idea, pandangan sesama pelajar dan guru tanpa batasan jadual waktu dan ruang. Tambahan pula, pelajar berpeluang untuk merujuk bahan-bahan internet dan membaca akhbar online.


Saya faham, ada diantara kamu yang mempunyai masalah dari segi penggunaan komputer dan sambungan internet, tetapi demi menimba ilmu kita harus mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut demi mendapat pengalaman dan keseronokan cara belajar baru ini.

Anda boleh memberi cadangan untuk mempertingkatkan lagi mutu forum kita dan memberi garis panduan kepada rakan-rakan anda dalam memaparkan mesej mereka.
Sekiranya anda menghadapi masalah teknikal, juga nyatakan disini supaya rakan-rakan lain yang lebih berpengalaman boleh membantu anda

Bersama-samalah kita menuju era pembelajaran ICT- jangan lepaskan peluang mengalaminya

Semoga berjaya dan mendapat A dalam pengajian Am

Jumpa lagi Very Happy
Pn. Leela

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Online learning melalui E-forum- Pandangan

Post  vinclam1314 on Sat Mar 22, 2008 9:04 pm

Cikgu, Jika boleh, bolehkah buka satu category yang mempunyai topik yang berkaitan dengan announcement / masalah / pandangan / etc yang tidak berkaitan dengan perbincangan / kerja rumah? category ini diletak di bawah Your first category sana (jika boleh), ini akan memudahkan kita melihat topik yang berkaitan dengan perbincangan dan masalah/pandangan/etc.

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 29
Location : Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: Online learning melalui E-forum- Pandangan

Post  weichian_89 on Sun Mar 23, 2008 7:48 am

dalam forum ini,saya dapat meluahkan pandangan saya terhadap isu-isu hangat yang sedang berlaku dikalangan kita.forum ini juga telah membekalkan satu tempat perbincangan isu semasa diantara pelajar tingkatan enam.saya berpendapat bahawa cikgu boleh lebih banyak memberikan kritikan kepada komen-komen yang diberi oleh kita.ini dapat membetulkan pandangan kita dan mengubahkan kesalahan kita atas kesalah pengguna bahasa atau kesalah ayat yang diberi oleh kita.saya yakin ini dapat membantu dalam penulisan esei dalam kertas Pengajian Am. tongue

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 29
Location : batu caves

View user profile

Back to top Go down

Re: Online learning melalui E-forum- Pandangan

Post  lim on Sun Mar 23, 2008 12:02 pm

Kebiasaannya saya kurang menggunakan komputer kerana abang dan kakak saya akan menggunakan lebih banyak berbanding dengan saya.Saya juga takut akan menyebabkan komputer rosak dan menyebabkan mereka tidak dapat membuat kerja mereka.Selain itu,saya juga tidak mahir dalam menggunakan komputer terutmanya internet.Saluran online dirumah saya juga ada masalah dan cacat.Oleh itu,saya adalah sentiaas pergi ke rumah kawan atau saudara mara saya untuk online ataupun pergi ke sibercafe untuk online.Pada mulanya,saya beritahu ibu bapa saya bahawa saya hendak pergi ke sibercafe mereka terkejut tetapi saya memberitaha mereka tujuan saya dan mana satu sibercafe yang saya pergi.Oleh itu,mereka lebih tenang hati dan membiarkan saya pergi.Saya sendiri juga tidak biasa dengan cara ini pelajaran tetapi saya berusaha untuk membiasakan diri dalam cara pelajaran ini lama-lama saya juga sudah biasa dalam cara pengajaran ini.

lim

Posts : 21
Join date : 2008-02-17

View user profile

Back to top Go down

Re: Online learning melalui E-forum- Pandangan

Post  pohblg on Sun Mar 23, 2008 4:14 pm

Di sinilah mempunyai kebebasan bersuara dengan cara menulis. Ia amat membantu dalam menulis esei kerap nanti. Disinilah mempunyai perbincangan yang beramai-ramai, memang seronok belajar melalui forum ini. Dan maklumat yang disampaikan sangat baik,berita-berita pilihan raya boleh diperoleh di sini dan memperoleh pandangan yang berbeza oleh rakan-rakan tingkatan 6. Terima kasih cikgu. Very Happy

pohblg

Posts : 31
Join date : 2008-02-20

View user profile

Back to top Go down

Online Learning melalui E-forum-Pandangan

Post  Ice on Mon Mar 24, 2008 10:40 am

Ribuan terima kasih cikgu kerana membenarkan saya belajar di forum ini. Very Happy Dalam forum ini,saya boleh mendapatkan pelbagai maklumat yang diberi oleh pelajar Tingkatan 6.Dulu saya memang tidak berminat tentang perkara pilihan raya Razz .Melalui forum ini,saya boleh mendapat maklumat tentang pilihan raya dan saya mula suka membaca maklumat tentang pilihan raya,ia juga meningkatkan ilmu saya!Saya memang berasa seronok apabila masuk ke forum ini Wink Terima kasih Cikgu.

Ice

Posts : 10
Join date : 2008-02-03
Age : 29

View user profile

Back to top Go down

Online Learning melalui E-forum-Pandangan

Post  HsuJia on Tue Mar 25, 2008 1:00 pm

Terima kasih kepada cikgu kerana cikgu telah mengajar saya macam mana menggunakan komputer untuk online learning.Dalam online learning kita dapat menambah pengetahuan kita bukna sahaja dalam pengajian am tetapi juga dalam isu-isu lain.Ini adalah salah satu cara terbaik yang kita dapat belajar.Cikgu selalu cakap dalam universiti akan melalui kaedah ini untuk belajar,saya cuba menggunakan cara ini untuk menyesuaikan diri.Bagaimanapun,terima kasih cikgu. Smile

HsuJia

Posts : 34
Join date : 2008-01-13

View user profile

Back to top Go down

Online Learning melalui E-forum-Pandangan

Post  HsuJia on Tue Mar 25, 2008 1:41 pm

Bolehkah cikgu memberi nota-nota tentang pengajian am kertas 2 di dalam forum ini supaya kita dapat belajar melalui e-forum ini.Harap cikgu boleh mempertimbangkan perkara ini. Laughing

HsuJia

Posts : 34
Join date : 2008-01-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Online learning melalui E-forum- Pandangan

Post  hweiwan_tan on Tue Mar 25, 2008 2:26 pm

pertama sekali, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Pn Leela yang memperkenalkan cara belajar baru ini kepada kita.nampaknya saya telah banyak ketiggalan dalam forum ini,haraplah saya dapat menyesuaikan diri dalam cara belajar sebegini dan abang,kakak disini boleh berikan tunjuk ajar kepada saya. Wink

hweiwan_tan

Posts : 2
Join date : 2008-03-23

View user profile

Back to top Go down

Re: Online learning melalui E-forum- Pandangan

Post  Ang3laWong on Wed Mar 26, 2008 11:46 am

Terima kasih cikgu memberi peluang kepada saya belajar melalui online learning.Kali ini adalah kali pertama saya belajar melalui e-forum.Tidak boleh dinafikan saya mendapat banyak pengetahuan dan informasi tentang isu-isu semasa.Tetapi saya tidak begitu biasa menggunakan komputer untuk memberi pandangan saya,kerana saya mudah sakit kepala apabila menggunakan komputer beberapa jam.Saya akan berusaha menyesuaikan diri dengan banyak melibatkan diri dalam forum ini.

Ang3laWong

Posts : 36
Join date : 2008-01-11

View user profile

Back to top Go down

Re: Online learning melalui E-forum- Pandangan

Post  vinclam1314 on Thu Mar 27, 2008 9:47 am

Urm.. Saya berasa ahli-ahli forum ini adalah tidak digalakkan 'double post/triple post/etc.' Pada pandangan saya, takrifan double post adalah seperti yang berikut:-
1) membalas dengan balasan yang sama ( semua perkataan / ayat / perenggan / emosi adalah 100% sama ). Ini berlaku kemungkinan besar adalah masalah internet, jikalau ahli ternampak dirinya mempunyai masalah sedemikian, ahli adalah digalakkan membuangkan salah satu balasan. Moderator juga bertanggungjawab untuk membuangkan balasan yang sama - di kebanyakan forum.
contohnya:-
reply (1) : hari ini cuaca sangat bagus.. Very Happy
reply (2) : hari ini cuaca sangat bagus.. Very Happy

2) membalas sesuatu topik dengan beberapa kali berterusan dengan beberapa baris ayat sahaja.. ( saya berasa kalau balasan yang sangat panjang, boleh diasingkan dengan beberapa balasan ) Keadaan ini berlaku kemungkinan besarnya ahlinya mahu menambahkan bilangan balasannya. (ini dapat disahkan jika masa balasannya adalah agak pendek, contohnya 10 minit). Jika ahli adalah hendak membalas balasan orang yang berlainan, ahli adalah digalakkan membalas di balasan yang sama. Tetapi, kalau balasan terhadap orang lain adalah agak panjang, ahli adalah dibenarkan membalas di balasan yang berlainan. Masalah ini dapat diatasi dengan menolak markah/bilangan post ahli di kebanyakan forum. Terdapat forum juga yang mengabaikan masalah ini.Walaubagaimanapun, balasan selang-seli di antara beberapa orang adalah tidak dikira sebagai double / triple post..
Contohnya:-
reply (1) : memanglah macam tu, saya juga berasa begini.. ..
reply (2) : apakah yang dimaksudkan oleh anda? saya tidak begitu ..
reply (3) : sebenarnya , anda boleh pergi ke http:/..
reply (4) : apa? kamu mahu belasah ker.. . .. ..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 29
Location : Streamx

View user profile

Back to top Go down

Pandangan

Post  PnLeela on Sat Mar 29, 2008 7:47 am

Terima kasih kepada semua pelajar kerana meluangkan masa untuk memberi pandangan tentang peranan forum dalam pembelajaran anda. Saya amat menggalakkan pendapat sebegini supaya kaedah pengajaran boleh dipertingkatkan demi kepentingan pelajar. saya juga amat prihatin kepada pelajar-pelajar yang tidak mempunyai komputer/ sambungan internet di rumah.
Tujuan utama pembelajaran online atau kuiz dalam kelas adalah untuk menjadikan pembelajaran menyeronokkan dan mempelbagaikan kaedah pengajaran. Segelintir pelajar yang menghadapi tekanan dalam proses pembelajaran sebegini, mungkin ada kekangan dari segi penggunaan komputer dan internet dan ahli-ahli kumpulan yang kurang bekerjasama antara satu sama lain. Ini menyebabkan mereka ketinggalan dari segi markah dan beranggapan tidak dapat bersaing. Saya akan memberi pertimbangan sewajar kepada semua masalah yang anda hadapi dan akan berusaha untuk mewujudakan suasana pembelajaran tanpa stress. Motif utama kita ialah keputusan cemerlang dalam STPM.
Jangan bimbang dan putus asa, teruskan cara pembelajaran yang paling sesuai untuk anda. Very Happy

Jumpa lagi
Pn Leela

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Online learning melalui E-forum- Pandangan

Post  HappeeSim on Sun Apr 06, 2008 11:39 am

Wow, amat mengagumkan....
Terima kasih saya ucapkan kepada cikgu dan pelajar-pelajar kerana mengizinkan saya meluahkan pendapat dan perasaan. Para pelajar dinasihatkan supaya tidak membalas dengan sewenang-wenangnya. Jika balasan kawannya menyinggung perasaan anda, jangan membawa perasaan marah atau benci terhadap pelajar tertentu ke sekolah.
Pencanggahan pendapat antara pelajar sering berlaku di forum, jadi jangan menyimpan perasaan dendam terhadapnya. Kalau berlakunya konflik, admin boleh menghapuskan balasan itu yang menyinggungkan perasaannya dan juga balasan yang tidak sesuai serta ''double post dan triple post''. Pembelajaran melalui e-forum memang tidak boleh dinafikan.... ^^v
Very Happy

HappeeSim

Posts : 9
Join date : 2008-01-11
Age : 108
Location : Mars

View user profile

Back to top Go down

Re: Online learning melalui E-forum- Pandangan

Post  siewMei on Fri Apr 18, 2008 10:43 am

Wah... sudah empat bulan forum ini ditubuhkan dan saya semakin dapat menyesuaikan diri dalam taipan bahasa Malaysia. Namun,kadang-kala masih mempunyai sedikit masalah dalam menyampaikan suara hati dan juga pendapat saya kerana ini merupakan kali pertama saya terdedah kepada pembelajaran sedemikian. Razz Harap kawan-kawan lain yang telah mendaftarkan diri dalam forum ini memberikan pendapat anda kerana saya hanya jumpa beberapa kawan yang sama "reply" sahaja.. Tidak seronoklah jika forum ini hanya didominasi oleh beberapa orang sahaja..

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 29

View user profile

Back to top Go down

saya baru datang~~~:)

Post  bee happy on Sun Apr 20, 2008 5:32 am

Smile hi,everybody..i am a newbie here...
i found tis interesting place..n i hope i will get the PA knowledge from here...

i am very poor in PA1..now i am upper 6,but even dono wat i m learning for..this PA..
hope all of u here can guide me...n i very appreciate... Smile

bee happy

Posts : 9
Join date : 2008-04-20

View user profile

Back to top Go down

Re: Online learning melalui E-forum- Pandangan

Post  yapyuenshi89 on Thu Apr 24, 2008 7:55 am

Cikgu,saya rasa pembelajaran ini memang menyeronok kita,tetapi ini mungkin akan menjadi segolongan kecil pelajar berasa tertekan (sikit saja) seperti saya.Saya berasa sebegini kerana rumah saya tidak mempunyai sambungan internet di rumah.Jadi,saya tidak pernah memasuki forum ini,saya terpaksa mendengar sahaja kisah-kisah forum daripada cikgu dan kawan-kawan.Tetapi setelah saya memasuki forum ini,memang saya berasa keseronokan forum ini.Saya akan masuk forum ini jika saya terdapat masa luang. Razz

yapyuenshi89

Posts : 3
Join date : 2008-03-25

View user profile

Back to top Go down

Re: Online learning melalui E-forum- Pandangan

Post  vinclam1314 on Thu Apr 24, 2008 11:53 am

amat sedih apabila saya terdengar bahawa cikgu ingin menutupkan forum ini.. Saya berasa cikgu berbuat begini adalah kerana kebanyakan murid tidak begitu aktif dalam forum ini.. dan ini telah mengecewakan cikgu.. Saya pernah menanya beberapa kawan saya.. mereka memberitahu saya mereka tidak begitu aktif dalam masa ini kerana mereka ingin membuat ulang kaji bagi ujian pertengahan tahun.. Saya berasa kawan-kawan yang tidak mempunyai perkhidmatan internet di rumah boleh cuba menikmati perkhidmatan internet di perpustakaan sekolah kita.. Ini telah memberikan satu perkhidmatan yang percuma kepada kawan-kawan tetapi perpustakaan kita hanya mempunyai tiga buah komputer... Cool hehe.. berusaha untuk mendapatkannya lah.. Razz

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 29
Location : Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: Online learning melalui E-forum- Pandangan

Post  weichian_89 on Thu Apr 24, 2008 12:05 pm

huh???betul ke cikgu nak tutup forum ini???ini memang mengejutkan...kenapa cikgu tak beritahu di kelas kita???adakah disebabkan kekurangan aktif kita di forum ini menjadi keputusan cikgu nak tutup forum ini??? confused
saya berasa apa yang dikatakan oleh saudara toh wai adalah benar,contoh yang terbaik seperti saudari yuen shi,disebabkan tiada sambungan internet di rumah,dia juga melayari forum ini di perpustakkan sekolah.dia juga berpendapat seronok apabila dapat meluahkan pandangannya. Very Happy

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 29
Location : batu caves

View user profile

Back to top Go down

Re: Online learning melalui E-forum- Pandangan

Post  PnLeela on Sun Apr 27, 2008 1:23 pm

Hi new bie,

pelajar baru dari mana? Shocked
Harap anda dapat mennimba ilmu luar daripada buku teks di sini dan menjadi tempat ini untu k berlatih aktiviti ulasan teks serta penulisan esei

Selamat maju jaya Very Happy

PnLeela

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Kepada abang wengfoo

Post  siewMei on Wed May 07, 2008 5:52 am

abang weng foo,sila jangan paparkan keratan khabar yang tidak mempunyai keterangan yang terperinci,ini amat membazirkan masa kerana selepas membacanya,saya masih tidak faham memandangkan semuanya hanya satu bahagian yang kecil yang telah dipotong.. Tambahan pula,ini amat tidak adil keran abang wengfoo hanya "copy" dan "paste" dari laman web,selepaas itu tidak mengatakan apa-apa pendapat ataupun komen tentang petikan yang abang weng foo paparkan,apakah tujuannya??? No

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 29

View user profile

Back to top Go down

Re: Online learning melalui E-forum- Pandangan

Post  bee happy on Thu May 29, 2008 9:29 am

betulkeh cikgu hendak tutup?? Shocked Shocked
jangan la...saya ingin menimba ilmu tentang pengajian am di sini... Mad Mad

bee happy

Posts : 9
Join date : 2008-04-20

View user profile

Back to top Go down

Re: Online learning melalui E-forum- Pandangan

Post  vinclam1314 on Fri May 30, 2008 5:48 pm

Urm.. saya ingin memohon maaf kerana saya telah memberikan takrifan yang salah... cikgu bukan nak tutup forum ini... tetapi ialah 'hari tutup' untuk mengira markah bagi kelas kami.. >< Embarassed

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 29
Location : Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: Online learning melalui E-forum- Pandangan

Post  weichian_89 on Sun Jun 01, 2008 11:14 am

aiyo...mr lam ini memanglah nak kena tumbuk...hahahaha... Razz
jaganlah paparkan post yang menakutkan orang saja... pale

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 29
Location : batu caves

View user profile

Back to top Go down

Re: Online learning melalui E-forum- Pandangan

Post  penyang on Sun Jun 08, 2008 6:42 am

rakan-rakan,
saya pelajar baru utk forum ini,

buah cmepedak di luar pagar,
ambil galak utk jolokkan;
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

kamu semua dari sekolah mana??
Kamu amat bertuah kerana mempunyai seorang guru yang bertanggungjawab.. Razz Kamu semua dari kelas yang same??

penyang

Posts : 9
Join date : 2008-06-05

View user profile

Back to top Go down

Re: Online learning melalui E-forum- Pandangan

Post  siewMei on Thu Jun 12, 2008 12:23 pm

wah...pandainya penyang bersajak!! Very Happy
penyang pelajar tingkatan enam juga ke?
Intro sedikit lah.. Razz

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 29

View user profile

Back to top Go down

Re: Online learning melalui E-forum- Pandangan

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum