PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kerajaan Tegas Pelihara Keharmonian Kepelbagaian Agama - PM

Go down

Kerajaan Tegas Pelihara Keharmonian Kepelbagaian Agama - PM Empty Kerajaan Tegas Pelihara Keharmonian Kepelbagaian Agama - PM

Post  yeow_U6A/2010 Sat Jan 30, 2010 7:11 am

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi pendirian kerajaan untuk terus memelihara keharmonian dan kepelbagaian agama di Malaysia, sejajar dengan prinsip yang digariskan agama Islam.

Beliau berkata dalam sebuah negara yang berbilang agama dan kumpulan etnik, salah satu prinsip yang perlu kekal dan dipertahankan adalah tuntutan menghormati agama lain.

"Saya hendak tegaskan bahawa menghormati agama lain bukan sahaja merupakan satu nilai utama yang perlu kita pertahankan dalam negara ini, tetapi ia juga merupakan salah satu prinsip dalam agama Islam.

"Islam yang sebenarnya tidak menghina agama lain serta melarang umatnya merosakkan tempat-tempat ibadah mereka. Islam yang sebenarnya menghormati agama lain...itu Islam yang sebenarnya," katanya ketika berucap pada sambutan perayaan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniyar, di Batu Caves di sini, Jumaat malam.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam dan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.

Menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh, Najib berkata keperibadian baginda yang sentiasa menghormati mereka daripada agama lain merupakan satu contoh yang dipegang pentadbirannya dalam mengatasi sebarang permasalah melibatkan hal agama dan kaum di negara ini.

Kehadiran Perdana Menteri ke perkarangan Batu Caves yang disaksikan lebih sejuta penganut agama Hindu itu juga membuktikan keterbukaannya sebagai pemimpin beragama Islam yang sedia meraikan perayaan kaum lain.

Najib juga mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri kedua yang mengunjungi kuil tersebut sempena perayaan Thaipusam. Yang pertama adalah Allahyarham ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein.

Najib, yang turut diberikan gelaran "Bapa 1Malaysia" oleh Presiden Kuil Sri Maha Mariamman Datuk R. Nadarajah berkata selain mengulangi sejarah, kehadirannya juga bagi menunaikan janji dibuatnya semasa mengunjungi satu karnival di situ pada Ogos tahun lepas.

"Ketika diundang pada satu karnival Ogos lepas saya telah berjanji untuk kembali ke perkarangan Batu Caves untuk meraikan sambutan Thaipusam sebagai tanda menghormati agama kaum Hindu.

Katanya dengan kehadirannya bersama isteri, menteri-menteri kabinet dan pemimpin-pemimpin komponen parti lain dalam kerajaan malam ini menunjukkan yang kerajaan sentiasa menunaikan janji dan sentiasa meraikan kepelbagaian perayaan anutan agama kaum lain.

Sementara itu, Samy Vellu yang turut berucap pada majlis itu berkata kehadiran Najib pada majlis itu melengkapkan makna slogan 1Malaysia yang diperkenalkannya, sekaligus menjadikan beliau ikon pemimpin pelbagai kaum di negara ini.

Katanya kesedian Najib untuk turut sama meraikan kemeriahan sambutan Thaipusam juga membuktikan keakraban Perdana Menteri dengan masyarakat India di negara ini.

"Masyarakat India hari ini amat menyayangi Perdana Menteri yang disifatkan mereka sebagai ikon Bapa 1Malaysia," katanya.

Samy Vellu berkata apa yang diharapkan masyarakat India ketika ini ialah Perdana Menteri mampu melindungi kepentingan masyarakat minoriti itu, seterusnya dapat bersama-sama berkongsi kemakmuran negara.

" Di bawah pentadbirannya (Najib), masyarakat India mengharapkan untuk terus melalui pembangunan ekonomi yang mantap serta berkongsi keharmonian hidup bersama kaum-kaum lain," katanya.

Pada majlis tersebut Najib dan Rosmah turut dihadiahkan dengan kain sutera bersulam benang emas yang dikait khas di India serta dikalungkan dengan bunga malai, tanda penghormatan tertinggi bagi masyarakat India kepada seorang pemimpin.

-- BERNAMA

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Kerajaan Tegas Pelihara Keharmonian Kepelbagaian Agama - PM Empty Re: Kerajaan Tegas Pelihara Keharmonian Kepelbagaian Agama - PM

Post  yeow_U6A/2010 Sat Jan 30, 2010 7:14 am

PM Ucap Selamat Thaipusam

KUALA LUMPUR, -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan Selamat Menyambut Thaipusam kepada masyarakat Hindu di negara ini dengan harapan perayaan tahunan itu dapat diraikan bersama oleh semua rakyat Malaysia dalam semangat 1Malaysia.

Najib yang menyampaikan ucapan itu dalam blognya www.1Malaysia.com.my berkata bagi yang mempunyai naluri ingin tahu, sambutan perayaan itu merupakan peluang yang menyeronokkan untuk memahami tentang budaya dan kepercayaan agama lain, dan dengan melakukannya turut memahami tentang diri sendiri.

"Kepada semua rakyat Malaysia, ini adalah satu lagi kesempatan untuk mempamerkan penghargaan terhadap kekayaan budaya yang telah lama kita nikmati bersama sebagai satu bangsa, dalam semangat 1Malaysia.

"Harapan saya kepada semua yang menyaksikan perayaan yang menarik ini agar dapat menikmati warna-warna dan irama dalam satu pembuktian keharmonian dan perpaduan yang hebat. Kepada semua, saya ucapkan Selamat Menyambut Thaipusam!," katanya.

Perdana Menteri pada Jumaat malam buat pertama kalinya turut bersama-sama beratus ribu rakyat Malaysia keturunan India, rakan-rakan rakyat Malaysia serta pelancong luar meraikan perayaan itu di Batu Caves.

Diraikan pada bulan ke-10 dalam kalendar Hindu, Thaipusam, yang disambut pada Januari atau Februari setiap tahun merupakan hari penebusan dosa dan melahirkan kesyukuran.

Perayaan itu diraikan bagi menghargai Dewa Muruga (juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam) dan masyarakat Hindu percaya bahawa segala dosa dapat disucikan pada sambutan Hari Thaipusam.

-- BERNAMA

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Kerajaan Tegas Pelihara Keharmonian Kepelbagaian Agama - PM Empty Re: Kerajaan Tegas Pelihara Keharmonian Kepelbagaian Agama - PM

Post  yeow_U6A/2010 Sat Jan 30, 2010 7:16 am

PM Beri Harapan Baru Kepada Kaum India - Samy Vellu

KUALA LUMPUR, -- Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan satu harapan baru kepada masyarakat India di negara ini apabila memulakan inisiatif-inisiatif baru kerajaan bagi kaum itu.

Memuji Najib kerana menjadi Perdana Menteri kedua Malaysia yang menghadiri sambutan Thaipusam di sini, Samy Vellu berkata kaum India akan terus memberi sokongan kepada kepimpinan Najib.

"Beliau telah menyuntik keyakinan kepada kaum India, dan sebagai balasannya masyarakat India menyokong semua inisiatif yang diusahakannnya," kata Samy Vellu pada majlis sambutan Thaipusam di sini malam ini, yang perasmiannya disempurnakan oleh Najib.

Samy Vellu berkata "negara kini sedang dilanda arus perubahan" dan Najib kini boleh bergantung kepada sokongan kaum India untuk pembaharuan-pembaharuan yang diusahakannya di negara ini.

Presiden MIC itu berkata kehadiran Najib di kuil Sri Subramaniyar Swami di Batu Caves bagi menyaksikan sambutan Thaipusam adalah satu manifestasi konsep "1Malaysia", gagasan yang diperkenalkan Perdana Menteri.

"Perdana Menteri telah menunjukkan bahawa beliau merupakan pemimpin bagi semua rakyat Malaysia," kata Samy Vellu.

Katanya masyarakat India mahu maju dalam semua bidang dan memerlukan sokongan kerajaan.

Beliau berkata kaum India mesti bersatu padu dan berbicara dengan satu suara jika mereka mahu mencatat kemajuan.

Lawatan Najib pada Jumaat malam menjadikan beliau perdana menteri kedua dalam sejarah negara melawat kuil Hindu sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 30 tahun lepas.

Ayahanda Najib, Tun Abdul Razak Hussein merupakan perdana menteri pertama yang menghadiri perayaan Thaipusam ketika menjadi perdana menteri lebih 30 tahun lepas.

-- BERNAMA

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Kerajaan Tegas Pelihara Keharmonian Kepelbagaian Agama - PM Empty Re: Kerajaan Tegas Pelihara Keharmonian Kepelbagaian Agama - PM

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum