Kerajaan pantau reaksi rakyat

View previous topic View next topic Go down

Kerajaan pantau reaksi rakyat

Post  ypeng(U6A/10) on Sat Jul 17, 2010 2:20 pm

SEPANG 16 Julai - Kerajaan akan memantau reaksi rakyat dan keadaan pasaran berikutan penyelarasan subsidi melibatkan minyak, gas petroleum cecair dan gula yang diumumkan semalam

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, penyelarasan subsidi tersebut secara keseluruhannya boleh diterima oleh rakyat.

''Pada peringkat ini secara keseluruhannya orang ramai boleh menerima penyelarasan subsidi yang berlaku.

''Perkara ini telah dibincangkan dalam Kabinet hari ini dan kita akan memantau reaksi daripada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran penerbangan sulung Malaysian Airline System Bhd. (MAS) antara Kuala Lumpur dengan Bandung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan subsidi kerajaan bagi petrol, diesel, gas petroleum cecair dan gula akan dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat.

Dalam pada itu, Cho Ha mengingatkan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang di pasaran.

''Walaupun harga gula dinaikkan namun ia masih rendah berbanding dengan negara jiran lain.

''Saya harap rakyat melihat penyelarasan ini dari sudut yang positif, '' katanya.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum