PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Perusuh di Lhasa, Tibet, China

5 posters

Go down

Perusuh di Lhasa, Tibet, China Empty Perusuh di Lhasa, Tibet, China

Post  vinclam1314 Tue Mar 18, 2008 3:29 pm

‘Bukan kami bunuh mereka’

BEIJING 17 Mac – China hari ini mendakwa para perusuh dan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Beijing di Tibet telah membunuh 13 rakyat negara itu yang tidak berdosa ketika protes ganas berlangsung di ibu negara itu Jumaat lalu.

Beijing turut menolak bahawa mereka menggunakan senjata terhadap perusuh.

“Mereka sendiri yang membunuh dan membakar 13 warga Tibet yang tidak berdosa,” kata Pengerusi Kerajaan Tibet, Qiangba Puncog yang merujuk kepada keganasan yang berlaku di Lhasa.

Sebelum ini kerajaan dalam buangan mengesahkan, sekurang-kurangnya 80 orang terbunuh dan mungkin lebih 100 orang mati akibat keganasan yang berlaku hujung minggu lalu.

“Para perusuh telah menggunakan pelbagai cara yang ganas dalam rusuhan tersebut antaranya melemparkan petrol kepada orang awam yang tidak bersalah sebelum membakar sehingga mati.

“Contoh lain ialah membelasah seorang anggota polis yang bertugas sebelum memotong anggota badannya menggunakan pisau,” kata Puncog.

Ketika ditanya sama ada terdapat perusuh yang terbunuh dalam kejadian itu, beliau berkata ada di antara mereka yang mengelak dari ditangkap dan tiga dari mereka kemudiannya melompat dari bangunan, tetapi beliau tidak dapat menyatakan sama ada ketiga-tiga mereka masih hidup.

Puncog menambah bahawa para perusuh telah bertindak menyebabkan kebakaran di lebih 300 buah lokasi termasuk 214 buah kedai dan memusnahkan 56 kenderaan.

“Sehingga kini 61 anggota polis mengalami kecederaan dan enam dari mereka kritikal,” kata beliau.

Bagaimanapun beliau tetap bertegas bahawa pihak berkuasa China tidak menggunakan sebarang senjata atau melepaskan tembakan, satu kenyataan yang dilihat bertentangan dengan kenyataan pelancong asing yang berada di sini.

“Sepanjang proses ini tiada sebarang penggunaan senjata merbahaya.

“Saya ingin memberitahu anda semua, sebagai pegawai yang bertanggungjawab, tiada sebarang penggunaan senjata dan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) tidak terlibat dalam insiden ini,” kata Puncog sambil menambah PLA hanya terlibat selepas rusuhan berlaku bagi mengekalkan keamanan.

“Apa yang saya lihat ialah Dalai Lama dan sekutunya dari Barat melihat tindakan para perusuh yang bertindak memukul, membakar, serta bertindak ganas.

“Kemudian mereka menuduh kami bertindak kejam terhadap perarakan yang dilakukan secara aman, saya benar-benar bingung bagaimana mereka boleh memutar belitkan kenyataan ini,” ujar beliau lagi.

Tunjuk perasaan dan rusuhan ini yang bermula sejak minggu lepas dilakukan sebagai tanda protes terhadap kepimpinan China serta sempena ulang tahun penindasan sejak 1959 sebelum ia bertukar ganas Jumaat lalu dan dilaporkan 80 orang telah terkorban setakat ini. – AFP


Dipetik daripada Utusan Malaysia

Keganasan ini telah tamat dan penduduk Lhasa telah kembali kepada kehidupan normal mereka. Selain daripada Lhasa, terdapat banyak lagi keganasan berlaku di seluruh dunia. Di Malaysia pula, tiada keadaan sebegini berlaku. Kita haruslah bersyukur ke atas keamanan yang diberikan oleh kerajaan dan rakyat kita. Apakah pengorbanan kerajaan ke atas usaha mengekalkan keselamatan, ketenteraman dan keamanan di negara kita? Apakah peranan kerajaan dan rakyat dalam perjuangan keselamatan, ketenteraman dan keamanan? Apakah yang seharus kita buat?

Sila berikan pendapat anda.

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Perusuh di Lhasa, Tibet, China Empty Re: Perusuh di Lhasa, Tibet, China

Post  weichian_89 Wed Mar 19, 2008 6:24 pm

sesebuah negara dapat berkembang maju dan rakyatnya dapathidup dalam keadaan aman dan makmur berrgantung kepada pertahanan dan keselamatannya. Kerajaan telah memberi jaminan bahawa semua rakyat dan penduduk Malaysia berada dalam keadaan selamat.dalam sesebuah negara mesti mempunyai kementrien pertahanan dan terdapat angkatan tentera yang dibawah kawalannya.angkatan tentera bertanggungjawab melindungi negara daripada ancaman dan bahaya. Mereka menjaga keselamatan awam, memberi bantuan ketika berlaku bencana alam dan terlibat dalam program pembangunan negara.di malaysia,angkatan tentera dikenali sebagai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menrangkumi tiga badan perkhidmatan iaitu

-Tentera Darat Malaysia (TDM)bertanggungjawab menjaga keselamatan kawasan darat negara.
-Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjaga perairan dan zon ekonomi Malaysia daripada sebarang pencerobohan atau kegiatan yang menyalahi undang-undang.
-Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berperanan menyediakan, melatih dan melancarkan satu angkatan udara yang bersedia dan mampu bertindak di ruang angkasa untuk melindungi kepentingan negara.

walaubagaimanapun,sebagai seorang rakyat biasa tidak dapat menyumbang dalam mempertahankan negara,tetapi kita haruslah hargai jasa-jasa da n sumbangan yang diberi daripada ATM.

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 34
Location : batu caves

Back to top Go down

Perusuh di Lhasa, Tibet, China Empty Re: Perusuh di Lhasa, Tibet, China

Post  vinclam1314 Wed Mar 19, 2008 8:42 pm

short form ATM(Angkatan Tentera Malaysia) ini sangat funny la.. Laughing nampaknya ialah ATM yang boleh keluarkan wang dari bank.

Selepas membaca tentang pendapat kakak Chian, Pada pendapat kakak Chian dan kakak dan abang lain, Jika Pemberontakan atau sebarang keganasan berlaku di negara kita, adakah kekerasan tentera harus gunakan untuk mengatasi masalah ini? Jika tidak? apakah cadangan kakak dan abang kalian?

Jika salah negeri di negara kita ingin menuntut kemerdekaan daripada persekutuan Malaysia, patutkan kita menggunakan kekerasan untuk mengatasi masalah ini? atau kerajaan persekutuan akan memberikan kemerdekaan kepada negeri tersebut seperti Singapura yang telah berjaya menuntut kemerdekaan pada tahun 1965.

Bolehkah sesiapa yang dapat memberitahukan saya bahawa mengapa kerajaan persekutuan membenarkan kemerdekaan Singapura?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Perusuh di Lhasa, Tibet, China Empty Re: Perusuh di Lhasa, Tibet, China

Post  pohblg Thu Mar 20, 2008 6:12 pm

Pada pendapat saya,kekerasan tentera tidak harus digunakan semasa pemberontakan dan sebarang keganasan,pembincangan antara kerajaan dan pihak keganasan itu harus dilakukan, supaya bilangan meminimumkan mangsa sama ada rakyat, pengawai atau penganas.

Tidak haruslah menggunakan kekerasan sebagaimana juga Malaysia yang tidak menggunakan keganasan semasa menuntut kemerdekaan. Jikalao tidak, rakyat berdelita semasa berperang ;walaopun telah berjaya mendapat kemerdekaan melalui kekerasan, ekonomi negara itu akan turut diperangsangkan dan keadaan akan menjadi lebih teruk.

Pada pendapatan saya, kekerasan tidak mendapat apa-apa manfaat kepada kita.

pohblg

Posts : 31
Join date : 2008-02-20

Back to top Go down

Perusuh di Lhasa, Tibet, China Empty Re: Perusuh di Lhasa, Tibet, China

Post  vinclam1314 Thu Mar 27, 2008 10:55 am

Kini, masalah yang timbul di Lhasa telah menjadi satu perkara yang popular di kalangan kerajaan-kerajaan di negara-negara di dunia. Terdapat banyak negara yang memberikan amaran bahawa mereka mungkin akan boycott Olympic yang akan diadakan pada tahun ini di Beijing, China. Patutkah negara-negara eropah boycott Olympic? Kegiatan Sukan merupakan activiti antarabangsa tanpa sempadan. Pada pandangan saya, saya berasa mereka tidak patut berbuat sedemikian kerana Olympic tidak haruslah dikaitkan dengan isu politik di negara-negara di dunia. Jika sesuatu negara boycott Olympic, merekalah yang akan rugi kerana buangan peluang mereka untuk mendapatkan juara di pertandingan sukan di Olympic.

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Perusuh di Lhasa, Tibet, China Empty Re: Perusuh di Lhasa, Tibet, China

Post  weichian_89 Thu Mar 27, 2008 5:15 pm

vinclam1314 wrote:Kini, masalah yang timbul di Lhasa telah menjadi satu perkara yang popular di kalangan kerajaan-kerajaan di negara-negara di dunia. Terdapat banyak negara yang memberikan amaran bahawa mereka mungkin akan boycott Olympic yang akan diadakan pada tahun ini di Beijing, China. Patutkah negara-negara eropah boycott Olympic? Kegiatan Sukan merupakan activiti antarabangsa tanpa sempadan. Pada pandangan saya, saya berasa mereka tidak patut berbuat sedemikian kerana Olympic tidak haruslah dikaitkan dengan isu politik di negara-negara di dunia. Jika sesuatu negara boycott Olympic, merekalah yang akan rugi kerana buangan peluang mereka untuk mendapatkan juara di pertandingan sukan di Olympic.

sukan tidaklah merupakan sifat politik dan ia merupakan satu aktiviti yang menjalinkan hubugan baik diantara negara,memanglah merugikan bagi negara yang boikot menyertai sukan Olimpik.sukan ini hanya berlangsung empat tahun sekali,inilah saat-saat yang dinantikan oleh para olahraga untuk menunjukkan kebolehan kepada dunia telah dilarangkan serta berpeluang mengharumkan nama baik negara yang diwakilnya.selain itu,tindakan boikot ini juga merupakan tindakan yang menyemaikan bakat yang terdapat pada diri mereka dan semangat bersaing mereka telah dihapuskan kerana activity boikot ini.bagi penduduk dunia pula akan merasakan kekecewaan kerana tidak dapat menyaksikan persembahan dari olahraga.

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 34
Location : batu caves

Back to top Go down

Perusuh di Lhasa, Tibet, China Empty Re: Perusuh di Lhasa, Tibet, China

Post  wendy Fri Mar 28, 2008 2:01 pm

minta maaf,saya tidak pernah mendengar perkara ini pun.Bolehkah kawan-kawan sekalian memberitahu apakah faktornya berlaku keganasan ini? dan Bagaimanakah rusuhan ini tamat.Terima kasih

wendy

Posts : 60
Join date : 2008-02-06

Back to top Go down

Perusuh di Lhasa, Tibet, China Empty Re: Perusuh di Lhasa, Tibet, China

Post  vinclam1314 Fri Mar 28, 2008 4:53 pm

Ketua Negara Československo ( Československo merupakan nama lama, kini, namanya disebut sebagai Czechia atau Czech Republic ) telah memastikan bahawa dia tidak akan menyertai Olimpik. Saya berasa dia telah membuat keputusan yang agak tidak begitu sesuai kerana Olimpik di China ini merupakan Olimpik yang agak menarik kerana terdapat banyak bangunan / stadium Olimpik yang sangat agung. Selain itu, Negara China yang menganjur Olimpik ini juga mempunyai banyak tempat tinggalan sejarah yang merupakan tempat pelancongan yang sangat popular. Penyerta-penyerta Olimpik ini juga berpeluang untuk melancong di tempat pelancongan yang popular ini semasa mereka telah habis pertandingan atau semasa mereka masih berada di negara China. Tambahan pula, negara china merupakan salah satu negara pembangunan yang berkembang dengan pesat terutama dari segi ekonomi. Saya berasa keputusan ketua negara Negara Československo kemungkinan menjejaskan perdagangan negaranya dengan negara lain terutamanya negara China..

Berdasarkan soalan kakak wendy, saya tidak dapat memberikan jawapan yang sesuai atau tepat kepada kakak kerana terdapat banyak punca yang menyumbang kepada kejadian ini. Kerajaan China menyatakan bahawa punca berlakunya keganasan ini adalah kerana kerajaan 'swasta tibet'(saya tidak pasti nama malay atau Inggeris , Dalam bahasa Cina panggil 西藏流亡政府--达赖喇嘛) yang mendorongkan keganasan ini, tujuan mereka berbuat begitu adalah kerana hendak menmerdekakan Tibet daripada Negara China. Kerajaan Negara China juga berpendapat bahawa mereka ingin merosakkan keamanan Olimpik di China. Walaubagaimanapun, kerajaan 'swasta Tibet' tidak mengiktirafkan kataan kerajaan China, Mereka menyatakan mereka tidak berbuat demikian dan ingin memberikan sokongan kepada Olimpik di Negara China. Ada juga orang yang berpendapat bahawa keganasan ini berpunca kerana orang tempatan tidak puas hati terhadap kebebasan dan hak asasi orang tempatan.

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Perusuh di Lhasa, Tibet, China Empty Re: Perusuh di Lhasa, Tibet, China

Post  wonderfoo_99 Sat Apr 05, 2008 10:29 am

Kerajaan harus menbuat dasar yg boleh menyakinkan rakyat bukan yg bebohong sahaja. Kerajaan mesti mengambil berat masalah rakyat dari segi kehidupan,keselamatan dan adun yg dibuat. Peminpin kerajaan harus menjaga tingkah laku sendiri dan tidak mengeluarkan perkataan yg boleh menbimbangkan rakyat. Disamping, rakyat harus bermoral dan tidak menberontak. Rakyat boleh menunjukkan kemarahan atau ketidakpuasan melalui undi. Kita harus ingat perpaduan kecermelangan negara.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Perusuh di Lhasa, Tibet, China Empty Re: Perusuh di Lhasa, Tibet, China

Post  vinclam1314 Sat Apr 05, 2008 3:47 pm

!!!

adakah abang foo memberikan balasan di topik yang salah?? kerajaan china bukan kerajaan yang diundi oleh rakyat kerana negara china bukan satu negara yang berpolitik demokrasi.. kerajaan lahsa adalah salah satu kerajaan negeri di negara china sahaja.. akan tetapi, terdapat banyak kelonggaran telah diberikan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan lahsa seperti terdapat banyak kelonggaran yang telah diberikan oleh kerajaan pusat negara kita kepada negari sabah dan negeri sarawak.. Sebelum kerajaan China kini menguasai negeri tibet, kerajaan pusat china telah pun menantangani satu perjanjian masuk tibet 17.. Ini telah menyebabkan kerajaan tibet mempunyai banyak keistimewaan terhadap pelaksanaan terutamanya terhadap hal agama dan hal budaya.. rakyatnya telah dihasut oleh kerajaan 'swasta tibet' dan membawa kepada peristiwa 3 . 14..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Perusuh di Lhasa, Tibet, China Empty Re: Perusuh di Lhasa, Tibet, China

Post  wonderfoo_99 Wed Apr 23, 2008 10:35 am

Saya berpendapat, kerajaan harus adil dalam menyelesaikan masalah yg timbul. Dengan itu ,kerajaan mesti tidak mengira bangsa ,agama,dan warna kulit dalam mengambil tindakan dalam kes pengauman. Namun, rakyat harus bersatu padu dan mengekalkan keamanan negara. Surat khabar harus memaparkan kisah yg sebenar yg berlaku dalam negara agar tidak timbul pengelolahan dalam negara. Kerajaan harus mewndengar pendapat yg diberi oleh rakyat agar rakyat terus menyokong kerajaan dan elakkan timbul salah sangkal antara rakyat dan kerajaan. Akhirnya , perpaduan negara semua rakyat sesama bertanggungjawab.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Perusuh di Lhasa, Tibet, China Empty Re: Perusuh di Lhasa, Tibet, China

Post  weichian_89 Wed Apr 23, 2008 4:03 pm

saya berasa media massa tidak menyampaikan berita yang sebenarnya dalam semua perkara terutamanya dalam isu-isu yang berkait dengan politik.ini kerana terdapat sekatan terhadap mereka semasa melaporkan sesuatu isu politik.kebanyakan mereka adalah terkawal oleh kerajaan tempatan supaya tidak melaporkan kisah yang menjejaskan reputasi negara. cyclops

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 34
Location : batu caves

Back to top Go down

Perusuh di Lhasa, Tibet, China Empty Re: Perusuh di Lhasa, Tibet, China

Post  vinclam1314 Thu Apr 24, 2008 12:25 pm

ya.. ke tidakbenaran tentang penyampaian berita di negar luar tentang berita di lhasa telah mendapat banyak bantahan daripada orang cina di seluruh dunia.. Orang Cina berpendapat bahawa media massa Eropah tidak menyampaikan berita yang benar di Lhasa kepada orang tempatan sehingga banyak orang Eropah menyalah faham dan menyokong kerajaan 'swasta tibet' .. sebagai contohnya, pemberian pandangan di CNN telah menyinggungkan perasaan orang China dan telah mendapat bantahan orang Cina sekuat-kuatnya sehingga mereka terima surat guaman daripada orang Cina..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Perusuh di Lhasa, Tibet, China Empty Re: Perusuh di Lhasa, Tibet, China

Post  wendy Fri Apr 25, 2008 11:57 am

terima kasih penerangan abang viclam.
memang benar berita yang disiarkan di media massa tidak begitu tepat,oleh demikian kita haruslah bertimbang dengan lebih mendalam sebelum membantah atau menyokong sesuatu terutama perkara yang berkaitan dengan politik hal ini disebabkan oleh tindakan yang diambil akan mengancam keamanan sesebuah negara.Sebenarnya olimpik merupakan kegiatan yang menunjukkan keagungan ,kecemerlangan serta perpaduan antara masyarakat sesebuah negara. tetapi telah menjadi sesuatu yang aman.amat sedihnya saya keika melihat banyak pemberontak yang ingin menghalang semasa kegiatan obor dijalankan dan ini telah mengancam keselamatan orang lain.

wendy

Posts : 60
Join date : 2008-02-06

Back to top Go down

Perusuh di Lhasa, Tibet, China Empty Re: Perusuh di Lhasa, Tibet, China

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum