PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Penduduk China diancam salji tebal

2 posters

Go down

Penduduk China diancam salji tebal Empty Penduduk China diancam salji tebal

Post  ong poh lee U6B Tue Jan 19, 2010 1:09 pm

BEIJING: Pasukan penyelamat memindahkan beribu-ribu penduduk luar bandar di beberapa kawasan di barat laut China, selepas keadaan sejuk melampau dan ribut salji mengorbankan empat orang selain menyebabkan setengah juta penduduk diancam salji tebal, kata pakar kaji cuaca, semalam.

Kira-kira 100,000 rumah sama ada ranap atau musnah akibat ribut salji di Xinjiang dan lebih 15,000 ternakan maut akibat cuaca sejuk melampau bermula, kelmarin.

Penternak memindahkan ribuan haiwan ternakan ke tempat selamat di kawasan datar sebelum serangan ribut terbaru, yang dijangka berterusan sehingga esok.
Suhu di beberapa bahagian di Xinjiang dijangka menurun sehingga negatif 43 darjah Celsius menjelang pertengahan minggu, menurut peramal di Stesen Kaji Cuaca Xinjiang, Wei Rongqing.

Wei berkata, salji yang melanda rantau daerah Altay hingga menebal 94 sentimeter. Altay terletak di kawasan cuaca sejuk melampau China di barat laut, 2,600 kilometer barat laut dari ibu kota ini.

"Banyak haiwan ternakan yang mati. Haiwan liar dan ternakan tidak dapat mencari makanan. Bagaimanapun, makanan ternakan sudah diperuntukkan oleh kerajaan pusat," kata Wei.

Kira-kira 50,000 penduduk terjejas akibat cuaca buruk, katanya.

Angka itu termasuk mereka yang mengalami kerosakan harta benda dan terputus bekalan atau terasing akibat timbunan salji dan jalan berais.

Kerugian ekonomi dianggarkan berjumlah 300 juta yuan (RM147 juta) sehingga Khamis lalu dan dijangka terus meningkat, kata Wei.

"Kami mengambil langkah kecemasan termasuk memindahkan penduduk di kawasan terpencil," kata Wei.

Beberapa bahagian di utara China menyaksikan musim sejuk paling rendah sejak berdekad lamanya dengan ibu kota ini bulan ini menerima salji turun paling lebat sehari dalam tempoh 59 tahun. � AP

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Penduduk China diancam salji tebal Empty Re: Penduduk China diancam salji tebal

Post  leeyoong_U6B Thu Jan 21, 2010 7:32 pm

Saban hari, berita yang berkaitan dengan perubahan cuaca boleh dilihat di dada surat khabar.. Sejak kebelakangan ini, bencana seperti banjir, gempa bumi kerap berlaku di seluruh dunia... Namun, pernahkah kita berfikir kenapa berlakunya semua bencana ini? Adakah kita masih perlu berdiam diri dan memandang sepi satu persatu bencana buatan manusia ini berlaku? Inginkah kita melihat bangsa kita menjadi mangsa seterusnya?
Tentulah tidak!!
Ancaman teruk yang dialami perlulah ditangani dengan segera!! Kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini perlu sedar akan tanggungjawab kita dalam memelihara dan memulihara alam sekitar kita. Marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk melindungi bumi..... Cool

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum