PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1)

+5
HsianMin (U6B/2010)
leeyoong_U6B
LowYuePeng(U6B)
vinclam1314
Khang Wei (U6B/2010)
9 posters

Go down

Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1) Empty Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1)

Post  Khang Wei (U6B/2010) Mon Jun 15, 2009 7:16 pm

Influenza A pembunuh senyap

Amalkan kebersihan diri bagi lindungi keluarga

SEJAK beberapa minggu kebelakangan ini, Influenza A (H1N1) menjadi perkara yang mengancam nyawa kepada seluruh masyarakat dunia. Wabak yang meletus itu semakin mencemaskan dengan jumlah kes jangkitan yang dikesan melebihi 2,000 dilaporkan membabitkan 21 negara dan sejumlah kematian yang besar akibat H1N1.

Pada peringkat ini, amat penting bagi masyarakat umum mengambil langkah berjaga-jaga terhadap ancaman selsema baru ini di samping membina kesedaran mengenai langkah keselamatan yang boleh diambil bagi mencegahnya daripada merebak.

Sebagaimana yang kita ketahui, pada peringkat ini, wabak H1N1 menyebabkan penyakit sukar untuk bernafas disebabkan oleh sejenis virus baru hasil campuran dua jenis virus iaitu virus babi dengan unsur genetik manusia dan burung yang mampu menjangkiti orang lain. Tanda awal H1N1 ialah seperti selesema, termasuk demam, batuk, sakit kepala, sakit otot dan lenguh-lenguh sendi, sakit tekak dan hidung berair dan kadangkala muntah serta cirit-birit.

Penyakit itu mula merebak apabila mereka yang dijangkiti menggunakan tangan untuk menutup mulut ketika batuk atau bersin, kemudian menyentuh sebarang permukaan, atau bila titisan-titisan air tersebar ke udara. Mereka yang tidak dijangkiti kemungkinan menyedut udara yang sudah tercemar, atau menyentuh tangan mereka yang dijangkiti atau permukaan yang tercemar lalu terdedah kepada penyakit berkenaan.

Oleh itu, bagi mencegah ia daripada merebak, seseorang itu perlu sentiasa mengekalkan kebersihan yang sewajarnya; sebagai contoh, tutup mulut dan hidung setiap kali anda batuk atau bersin dengan tisu atau dengan tangan kemudian buangkan tisu itu segera dan sentiasa cuci tangan dengan sabun antibakteria atau air.

Jika anda sakit atau terdapat tanda-tanda seperti terkena selesema, duduk saja di rumah dan elakkan bersentuhan dengan orang lain, elakkan pergi ke tempat yang dipenuhi orang ramai, tempat awam atau menggunakan kenderaan awam. Elakkan juga menyentuh mata, hidung dan mulut kerana rembesan daripada tempat itu mengandungi virus dan boleh menjangkiti orang lain.

Tanda dan gejala penyakit ini boleh beralih daripada orang dewasa kepada kanak-kanak, dan individu kepada individu lain. Justeru, di sini dinyatakan beberapa tanda amaran sebagai langkah berwaspada.

Walaupun vaksin adalah cara paling berkesan bagi melindungi orang ramai ketika merebaknya wabak influenza, sehingga kini, belum ada vaksin yang boleh menentang virus H1N1. Bagaimanapun, ada beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mencegah diri kita daripada dijangkiti.

Sebagai permulaan, cuba elakkan daripada menyentuh mata, hidung, telinga dan mulut anda kerana ini adalah cara paling mudah bagi virus iu masuk ke dalam badan. Anda juga dinasihat agar sentiasa mencuci tangan dengan sabun antibakteria dan air daripada hanya membilasnya dengan air semata-mata. Gunakan teknik yang betul seperti yang dinyatakan di bawah sebagai panduan:

Elakkan berada di tempat yang terlalu sesak dan kekalkan pengalihan udara disamping penjagaan kebersihan diri yang baik. Sekiranya anda merancang untuk ke luar negara, adalah lebih baik menangguhkannya terlebih dahulu sehingga wabak ini benar-benar reda.

Bagaimanapun, pihak kerajaan dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengambil beberapa langkah perlu bagi mengawal H1N1 daripada merebak seperti mengadakan saringan terhadap sebarang gejala H1N1 di setiap pintu masuk ke Malaysia kepada warga tempatan dan juga warga asing di samping menyebarkan khidmat nasihat kesihatan kepada orang ramai.

Oleh itu, dengan semua maklumat berkaitan yang diperoleh, anda patut melindungi keluarga daripada terkena wabak ini seterusnya membantu Malaysia bebas daripada terkena H1N1. Paling penting, ini adalah tanggungjawab semua pihak untuk mengambil langkah yang perlu bagi mencegah virus selsema ini daripada merebak.

Seseorang itu boleh bermula dengan mengekalkan kebersihan diri yang optimum dengan mengekalkan kebersihan sepanjang masa. Selalu membasuh tangan dengan pencuci tangan Lifebuoy antibakteria bukan saja melindungi anda daripada terkena bakteria berbahaya, tetapi juga melembapkan tangan anda dan menjadikan kulit anda berbau harum.

Selain daripada mencuci tangan dengan kerap, mandi dengan menggunakan pencuci badan antibakteria selepas pulang ke rumah juga adalah langkah mudah yang boleh diambil bagi mengelakkan daripada membawa pulang kuman dan bakteria berbahaya kepada keluarga anda.

Antara tanda yang perlu diteliti di kalangan kanak-kanak:

Sukar bernafas atau sesak nafas

Bibir berubah menjadi biru

Sering keletihan atau tidak mampu bergerak

Kejang pada bahagian leher

Kelihatan keliru

Mengalami sawan atau kekejangan

Tidak membuang air kecil selama 12 jam

Antara tanda di kalangan orang dewasa:

Demam berlanjutan selama lebih lima hari
Batuk tanpa mengeluarkan kahak
Sukar untuk bernafas, walaupun ketika sedang berehat
Sakit dada ketika bernafas
Bibir berubah menjadi biru
Demam yang berulang-ulang dan sesak nafas walaupun kelihatan seperti telah sembuh
Pengsan


Bersihkan tangan bagi mencegah jangkitan H1N1


1. Ratakan sabun ke telapak tangan.

2. Gosok secara menyeluruh sehingga ia berbuih.

3. Sental di antara celah jejari kerana kawasan ini dikenali sebagai ‘tempat paling digemari’ oleh kuman.

4. Sental setiap jari pada tapak tangan sehingga ia bersih.

5. Gosok belakang tangan dan juga pergelangan tangan anda.

6. Akhir sekali, bilas secara rata dengan air bersih dan keringkan dengan kain bersih atau tisu.


(Petikan diatas dipaparkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia)

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1) Empty Re: Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1)

Post  vinclam1314 Tue Jun 16, 2009 9:23 am

Urm.. bolehkah saya tahu bilakah berita abang ini diambil? daripada apa yang adik tahu, vaksin sudah pun dah dicipta oleh ahli sains korea beberapa bulan dahulu dan sample vaksin sudah pun dihantar kepada beberapa kilang vaksin.. stok pertama vaksin akan didapati pada bulan september.. akan tetapi, stok pertama adalah sangat sedikit dan kini WHO sedang berbincang stok pertama vaksin ini haruslah diberikan kepada negara mana dan bahagian mana negara ini..

selain itu, kes laporan sudah pun melebihi 270,000 kes dan meliputi lebih kurang 74 negara..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1) Empty Re: Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1)

Post  Khang Wei (U6B/2010) Thu Jun 18, 2009 4:08 pm

maaf ya! berita ini dipaparkan pada 9 April. oleh sebab itu informasi tidak begitu "updated". Berita ini mengutamakan langkah-langkah untuk mengelakkan daripada Influenza A.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1) Empty H1N1~~~

Post  LowYuePeng(U6B) Mon Jun 22, 2009 8:57 am

H1N1 di negara ini meningkat 50 kes
KUALA LUMPUR 21 Jun - Satu lagi kes influenza A (H1N1) melibatkan seorang murid perempuan berusia 11 tahun dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, di sini disahkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 50 kes setakat ini.




100 pelajar, guru Selangor dikuarantin seminggu
SHAH ALAM 21 Jun – Seramai 100 rakan sekelas dua pelajar dan seorang murid yang disahkan dijangkiti selesema babi atau positif Influenza A (H1N1) di negeri ini dikuarantin di rumah selama seminggu mulai hari ini.




113 penumpang China Airlines diperiksa di LTSAS
KUANTAN 21 Jun – Seramai 113 penumpang pesawat China Airlines dari Taiwan yang melakukan pendaratan pertama menjalani pemeriksaan bagi mengesan penyakit influenza A (H1N1) di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (LTSAS) di sini, semalam.

T.T...semakin bertambah kes H1N1 la~~~...takut...bila vacin boleh sampai? September...==...walao...makin ramai orang dijankiti lo><...mesti berhati-hati apabila di luar...
LowYuePeng(U6B)
LowYuePeng(U6B)

Posts : 23
Join date : 2009-05-13
Age : 32

Back to top Go down

Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1) Empty Re: Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1)

Post  vinclam1314 Tue Jun 23, 2009 5:01 pm

hoho.. ya.. SMK wangsamaju juga terdapat seorang perempuan dah kena H1N1.. di kawasan Klang Valley semakin banyak orang kena H1N1.. Shocked Shocked
dukacita bahawa saya ni dah nak menjauhi kawasan ini.. hoho..
ya.. daripada apa yang saya tahui, stok vaccine H1N1 pertama akan terdapat pada September, tapi bukan semua negara / kawasan dapat vaccine ini.. sekarang PBB masih bincang dengan ini..
Daripada apa yang saya bacai daripada Surat Khabar, Seorang Prof. di bidang penyakit kata bahawa H1N1 ini mungkin akan jangkit 600,000,000-800,000,000 orang atau lebih daripada data ini.. memanglah menakutkan la.. ><

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1) Empty Kes H1N1 telah meningkat 400% !!! 80 kes sekarang~~~

Post  leeyoong_U6B Wed Jun 24, 2009 3:56 pm

80 kes H1N1 setakat ini
Sebanyak 12 kes baru Influenza A (H1N1) dikesan sepanjang 24 jam lalu, membabitkan 10 kes import baru dan dua jangkitan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata daripada keseluruhan kes yang dikesan semalam, tiga membabitkan warga asing, dua orang rakyat Yemen dan seorang rakyat Indonesia.

Katanya, kes selebihnya adalah rakyat tempatan yang telah melawat dan berada di negara terjejas dengan wabak itu, seperti Singapura, United Kingdom, Thailand, Filipina, Australia dan Amerika Syarikat.

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 80 kes iaitu 69 kes import dan 11 kes jangkitan tempatan.

"Bilangan sekolah yang ditutup masih kekal empat sekolah dan tiga sekolah kekal diarah tutup satu daripada kelasnya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa teknikal kebangsaan mengenai Influenza A (H1N1) di sini, hari ini.

Penutupan sekolah di seluruh negara menjadi pilihan terakhir
Tindakan menutup semua sekolah akan menjadi pilihan terakhir yang akan dibuat oleh kerajaan jika bilangan kes Influenza A (H1N1) terus bertambah selepas mengambil langkah yang ketat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib berkata tindakan menutup semua sekolah di seluruh negara bukan sesuatu yang kerajaan tidak akan lakukan tetapi tindakan itu hanya akan dibuat selepas melaksanakan langkah yang lain.

"Jika kita tutup sekolah, ia akan menimbulkan keadaan panik di kalangan penduduk, dalam kata lain kita perlu memastikan langkah ketat diambil supaya kita dapat mengawal penularan wabak ini.

Memandangkan jumlah kes semakin meningkat, kita perlulah mempergiatkan frekuensi membersihkan tangan dan sentiasa menjaga kesihatan diri.. lol!

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1) Empty Re: Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1)

Post  HsianMin (U6B/2010) Wed Jun 24, 2009 5:48 pm

6 bulan hasil vaksin cegah H1N1

KUALA LUMPUR 23 Jun - Kerajaan memerlukan tempoh sehingga enam bulan bagi menghasilkan vaksin wabak selesema babi, influenza A (H1N1) yang dijangka dapat digunakan sebelum hujung tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini sedang berusaha menghasilkan vaksin tersebut secepat mungkin bagaimanapun ia perlu dilakukan dengan teliti kerana bakal digunakan ke atas manusia.

''Kementerian juga tidak akan terus memasarkan vaksin tersebut kepada rakyat apabila siap nanti. Kita perlu mencuba vaksin itu dalam negara terlebih dahulu melalui makmal, kemudian pakar akan membuat pertimbangan sama ada ia boleh digunakan atau tidak,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tiong Lai memberitahu, dalam usaha menangani masalah jangkitan pandemik influenza H1N1 di kalangan petugas barisan hadapan yang terlibat dengan wabak tersebut, pihaknya memberikan vaksin yang mengandungi komponen dari virus influenza A(H3N2), influenza A(H1N1) dan influenza B.

''Antara kakitangan kerajaan yang diberi suntikan pencegah itu ialah petugas Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam (JPA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Imigresen,'' katanya.

Menurutnya, jenis virus tersebut telah ditentukan oleh WHO yang bertugas memantau virus influenza berkenaan.

Beliau menjelaskan, vaksin influenza seasonal hanya berkesan ke atas virus influenza sedia ada iaitu yang terdapat di persekitaran.

''Ia tidak berkesan untuk melindungi individu daripada jangkitan virus influenza H1N1 yang kini menyebabkan wabak di seluruh dunia. Ia berikutan virus berkenaan merupakan wabak baru daripada influenza H1N1 yang biasa.

''Bagaimanapun, pelalian tersebut akan mengurangkan risiko individu daripada menjadi tempat virus influenza bermutasi,'' ujarnya.

-dipetik daripada utusan msia-

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1) Empty Re: Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1)

Post  PnLeela Fri Jun 26, 2009 5:10 pm

terima kasih kerana memberi maklumat-maklumat terkini dan berguna kepada rakan-rakan anda dan pada masa yang sama anda juga meningkatkan penguasaan bahasa anda Smile

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1) Empty Re: Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1)

Post  CikguPA Sat Aug 08, 2009 1:55 pm

10 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEMASA
MENJALANI KUARANTIN DI RUMAH
1. Anda perlu berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin yang ditetapkan (seboleh-bolehnya duduk dalam bilik berasingan dari ahli keluarga yang lain).
2. Anda tidak dibenarkan keluar dari rumah sama ada untuk bertugas, pergi ke sekolah, tuisyen, rumah ibadat, majlis makan, kenduri, membeli-belah dan lain-lain aktiviti atau mana-mana tempat awam.
3. Amalkan kebersihan diri: Tutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin. Basuh tangan selepas menyentuh hidung, mulut dan mata anda. Elakkan berkongsi tandas, peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain. Pastikan pengudaraan yang baik di dalam rumah Permukaan objek seperti lantai dan meja yang tercemar oleh cecair hidung atau mulut perlu dibersihkan. Gunakan bahan cucian berasaskan klorin (misalnya, chlorox – campurkan 1 bahagian chlorox dengan 49 bahagian air).
4. Jika anda demam, batuk dan mengalami gejala-gejala selesema dan perlu berhubung dengan orang lain, gunakan penutup mulut dan hidung (mask).
5. Kurangkan pertemuan dengan rakan atau saudara mara dan elakkan dari hadir di tempat awam.
6. Pantau suhu badan (demam) dan tanda-tanda jangkitan setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.
7. Dapatkan bantuan saudara mara atau rakan bagi memperolehi keperluan harian jika tinggal bersendirian.
8. Catatkan nama, nombor telefon dan alamat saudara mara, rakan atau mereka yang mengunjungi rumah anda.
9. SEGERA hubungi Pegawai Kesihatan Daerah berdekatan sekiranya mengalami demam atau gejala-gejala lain penyakit.
10. Ikuti perkembangan semasa mengenai penyakit ini dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, radio, TV dan akhbar.
PATUHI SEMUA ARAHAN YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK BERKUASA
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1) Empty Re: Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1)

Post  HsianMin (U6B/2010) Mon Aug 10, 2009 5:13 pm

[b]Antara tanda yang perlu teliti dalam kalangan kanak-kanak:

1. Sukar bernafas atau sesak nafas
2. Bibir berubah menjadi biru
3. Sering keletihan atau tidak mampu bergerak
4. Kejang pada bahagian leher
5. Kelihatan keliru
6. Mengalami sawan atau kekejangan
7. Tidak membuang air kecil selama 12 jam

Antara tanda dalam kalangan orang dewasa:

1. Demam berlanjutan selama lebih lima hari
2. Batuk tanpa mengeluarkan kahak
3. Sukar untuk bernafas, walaupun ketika sedang berehat
4. Sakit dada ketika bernafas
5. Bibir berubah menjadi biru
6. Demam yang berulang-ulang dan sesak nafas walaupun kelihatan seperti telah sembuh
7. Pengsan


Bersihkan tangan bagi mencegah jangkitan H1N1

1. Ratakan sabun ke telapak tangan.
2. Gosok secara menyeluruh sehingga ia berbuih.
3. Sental di antara celah jejari kerana kawasan ini dikenali sebagai ‘tempat paling digemari’ oleh kuman.
4. Sental setiap jari pada tapak tangan sehingga ia bersih.
5. Gosok belakang tangan dan juga pergelangan tangan anda.
6. Akhir sekali, bilas secara rata dengan air bersih dan keringkan dengan kain bersih atau tisu.


(Petikan diatas dipaparkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia)
[/b]

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1) Empty Re: Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1)

Post  lisee(U6A) Sun Aug 16, 2009 6:18 am

Sekiranya semua orang pun memakai penutup mulut,pasti penularan Influenza A boleh dikurangkan.
Jika boleh,kita juga harus mengelakkan daripada pergi ke tempat yang padat orangnya.Jaga kesihatan diri dan sering mencuci tangan dengan cara yang betul.Tiada apa-apa yang lebih penting daripada nyawa dan keluarga sendiri.Kita semua haruslah berusaha untuk menangani Influenza A yang semakin merebak.

lisee(U6A)

Posts : 51
Join date : 2009-05-16

Back to top Go down

Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1) Empty Re: Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1)

Post  CikguPA Sun Aug 16, 2009 7:30 am

Hi

Saya setuju dengan anda Lisee...masyarakat harus lebih peka dengan fenomena penularan wabak ini. Tiada lebih penting dari berusaha menjaga kebersihan diri dan proaktif melindungi diri sendiri dari terdedah kepada kemungkinan dijangkiti virus.

tq
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1) Empty Re: Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1)

Post  CikguPA Mon Aug 24, 2009 1:41 pm

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Bekalan ubat antiviral untuk rawatan Influenza A (H1N1) adalah mencukupi bagi menampung keperluan pesakit di semua hospital dan klinik kerajaan mahupun swasta, kata Naib Presiden Pertubuhan Industri Farmaseutikal Malaysia (MOPI) Leonard Ariff Abdul Shatar.

Beliau berkata, bekalan ubatan antiviral itu termasuk antiviral Tamiflu yang sering digunakan untuk merawat influenza itu juga mencukupi.

“Kami rasa tidak akan berlaku kekurangan, saya rasa bekalan pengeluar tempatan dan bekalan stok kerajaan adalah mencukupi untuk merawat pesakit di negara ini,” katanya di sini hari ini.

Terdapat tiga syarikat yang membekalkan antiviral Tamilflu bagi menampung keperluan pasaran tempatan iaitu Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM), Royce Pharma Manufacturing Sdn Bhd dan Ranbaxy (M) Sdn Bhd.

Mengenai langkah yang diambil kerajaan untuk menangani penularan wabak itu, Leonard Ariff berkata beliau amat berpuas hati kerana kerajaan sudah bersedia lebih awal termasuk mengadakan stok bekalan antiviral sejak tiga tahun lepas.-Bernama
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1) Empty Nama lain - Selsema Khinzir

Post  PnLeela Sun Sep 06, 2009 8:55 am

BERAPAKAH JENIS VIRUS SELSEMA KHINZIR?
Terdapat 4 virus Influenza jenis ‘A’ yang utama, yang di kenal pasti di dalam badan khinzir.Virus-virus tersebut adalah H1N1, H1N2, H3N1, H3N2.Bagaimanapun kebanyakan kejadian jangkitan penyakit influenza virus terbaru dari khinzir adalah dari jenis H1N1.

ADAKAH VIRUS SELSEMA KHINZIR INI BERJANGKIT?
Ia telah terbukti bahawa virus Influenza A (H1N1) ialah penyakit yang boleh merebak dan ia telah merebak dari manusia kepada manusia.Buat masa kini masih tidak diketahui bagaimana mudah nya virus ini merebak dikalangan manusia.

APAKAH TANDA-TANDA SELSEMA KHINZIR?
Tanda-tanda selsema khinzir pada manusia umumnya sama seperti selsema biasa termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit sendi, sakit kepala, kesejukan and keletihan.Ada juga laporan adanya tanda-tanda cirit- birit and muntah-muntah dikaitkan dengan selsema khinzir.Pada masa yang lalu penyakit yang tenat/ teruk (contohnya jangkitan paru-paru dan kegagalan penafasan) serta kematian telah dilaporkan berkaitan dengan penyakit selsema khinzir di kalanganmanusia. Seperti jangkitan selsema bermusim, selsema khinzir boleh memburukan lagi keadaan penyakit kronik.

BAGAIMANA SELSEMA KHINZIR MEREBAK
Cara virus Influenza A (H1N1) merebak adalah sepertimana merebaknya wabak selsema bermusim.Virus selsema berjangkit dari seseorang kepada seseorang yang lain adalah melalui batuk atau bersin dari orang yang dijangkiti. Adakalanya seseorang boleh dijangkiti melalui sentuhan kepada sesuatu benda yang mempunyai virus selsema, dan kemudiannya menyentuh mulut atau hidung mereka.

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1) Empty Re: Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1)

Post  WAN SEN (U6A) Sat Sep 19, 2009 6:20 pm

Australia mula suntik rakyat

Vaksin diberikan kepada lebih 4 juta penduduk berisiko tinggi

CANBERRA: Australia meluluskan pemberian vaksin kepada golongan paling berisiko tinggi, dalam usaha mengatasi penularan penyakit selesema babi, di kalangan kakitangan perubatan, wanita hamil dan mereka yang sakit kronik.

Pengawal selia ubatan Australia semalam meluluskan vaksin keluaran CSL Ltd bagi rakyat berusia lebih 10 tahun, namun Pentadbiran Ubatan Terapeutik sedang menunggu keputusan lebih banyak percubaan klinikal sebelum meluluskannya kepada kanak-kanak lebih muda.
Pihak berkuasa kesihatan mencadangkan imunisasi dimulakan 30 September ini, kata Menteri Kesihatan, Nicola Roxon.

“Pengumuman pada hari ini bermakna Australia menjadi negara pertama menyediakan vaksin kepada rakyatnya,” kata Roxon kepada media.

Amerika Syarikat, yang turut memesan vaksin keluaran CSL, merancang untuk memulakan pemberian vaksin pertengahan Oktober ini. China sudah meluluskan vaksin selesema babinya namun masih belum mengumumkan satu kempen pemberian vaksin.

WAN SEN (U6A)

Posts : 33
Join date : 2009-05-20

Back to top Go down

Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1) Empty Re: Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1)

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum