Awasi cuaca panas

View previous topic View next topic Go down

Awasi cuaca panas

Post  ong poh lee U6B on Sun Feb 21, 2010 7:54 am

CUACA panas dan kering yang melanda negara sejak awal tahun ini dilaporkan bakal menjadi lebih terik apabila kedudukan fenomena matahari berada tegak di garisan Khatulistiwa dengan tempoh siang dan malam di hemisfera selatan serta utara hampir sama berlaku pada 21 Mac ini.

Keadaan panas itu menyebabkan keadaan terik baik di utara tanah air manakala di beberapa kawasan di Johor menyaksikan catuan air akibat paras air sungai yang merosot.

Apapun, anda perlu berhati-hati dengan keadaan cuaca panas melampau ini yang boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan andai tidak membuat persiapan menghadapinya.

Bagi sesetengah orang terutama yang berada dalam kumpulan berisiko seperti warga tua, bayi dan kanak-kanak selain mereka yang berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah tinggi, cuaca panas melampau boleh membawa kepada komplikasi kesihatan lain.

Antara risiko cuaca panas melampau adalah masalah dehidrasi iaitu kehilangan air daripada tubuh juga mineral lain dalam darah seperti potassium dan sodium yang berperanan dalam fungsi organ iaitu ginjal, otak dan jantung.

Malah ramai yang tidak tahu, masalah kehilangan air atau dehidrasi juga boleh menyebabkan kekeliruan, kelesuan selain menjejaskan pernafasan dan denyut nadi.

Dalam keadaan normal, peluh yang terhasil apabila kita panas membantu menyejukkan tubuh apabila ia tersejat di permukaan kulit. Bagaimanapun, jika hari terlalu panas, terlalu berpeluh akan menyebabkan sistem ini gagal. Suhu tubuh berpotensi meningkat ke tahap yang bahaya.

Ia boleh menjadi punca berlakunya keletihan atau kepanasan melampau. Malah boleh menyebabkan sakit kepala, pening dan kejang otot.

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

View user profile

Back to top Go down

Langkah-langkah untuk mengelak masalah ini

Post  ong poh lee U6B on Sun Feb 21, 2010 8:01 am

Minum banyak air:

Disebabkan anda kehilangan air dalam tubuh, anda juga perlu menggantikannya semula. Dalam keadaan biasa, seseorang yang memiliki berat badan 58 kilogram sepatutnya meminum lapan gelas air sehari. Iaitu berdasarkan peraturan biasa, untuk setiap 0.9 kilogram berat badan, anda memerlukan 28.4ml air.

Bagaimanapun, dalam cuaca yang panas, pengambilan air patut ditingkatkan. Sebaiknya nikmati air suam atau mungkin jus buah-buahan tetapi bukan minuman berkarbonat. Minuman berkarbonat atau alkohol hanya akan membuatkan anda kehilangan lebih banyak cecair dalam badan. Minuman ais juga sepatutnya dielakkan kerana ia boleh menyebabkan kekejangan pada perut.


Apakah langkah-langkah lain yang anda lakukan untuk mengatasi masalah kesihatan akibat cuaca panas belakangan ini?Question

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

View user profile

Back to top Go down

Re: Awasi cuaca panas

Post  yeow_U6A/2010 on Sun Feb 21, 2010 5:14 pm

Saya amat setuju dengan cadangan saudari supaya minum air dengan secukupnya. Pada pendapat saya, selain minum air dengan secukupnya, kita harus kurangkan berjemur di bawah matahari yang terik ini.

Memadangkan cuaca yang panas ini, walaupun kita minum air dengan secukupnya tetapi tidak mengurangkan aktiviti di luar (out door activity) kesihatan kita akan turut terjejas.

Sebagai contoh, latihan rumah sukan yang diamalkan 2 hari seminggu untuk dihadiri oleh murid-murid tingkatan 6 harus dikurangkan atau jikalau boleh aktiviti ini boleh ditimbangkan supaya dibatalkan.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

View user profile

Back to top Go down

Re: Awasi cuaca panas

Post  Sponsored content Today at 2:33 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum