Kemerosotan Kualiti Sumber Air

View previous topic View next topic Go down

Kemerosotan Kualiti Sumber Air

Post  CikguPA on Fri Oct 30, 2009 5:11 pm

Kemerosotan Kualiti Sumber Air bererti pencemaran terhadap sumber-sumber air iaitu sumber-sumber air bersih sama ada dari sungai, laut, tasik, kolam, dan takungan semula jadi, air bawah tanah dan juga hujan tercemar atau kualitinya semakin rendah.

Indeks kemerosotan kualiti air bersih dari pelbagai sumber ini boleh diukur melalui pelbagai indikator seperti kandungan Permintaan Oksigen Biologikal (BOD), kandungan bakteria escherichia coli (E. Coli), kandungan ammoniakal nitrogen, kandungan pepejal terampai(SS), nilai keasidan (pH) di samping perubahan warna dan bau yang ada di dalam sesuatu sumber air tersebut.



CikguPA

Posts: 354
Join date: 2008-11-26
Age: 46
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Kemerosotan Kualiti Sumber Air

Post  CikguPA on Fri Oct 30, 2009 5:18 pm

faktor-faktor Kemerosotan kualiti air

1. Pembangunan tanah secara besar-besaran sama ada untuk pertanian, petempatan, pembandaran, perindustrian dan lain-lain. air tercemar apabila partikel tanah terhakis di bawah ke dalam sistem saliran.

2. Pembangunan pertanian - penggunaan racun dan baja kimia.

3. Pembangunan sektor penternakan - penyaliran najis haiwan ke sungai.

4. Pembangunan perindustrian - perlepasan influen/sisa kilang.

5. Perkembangan sektor pelancongan - perlepasan sisa kumbahan.

6. Perkembangan sektor pengangkutan - tumpahan minyak dari kapal tangki.

7. Proses pembandaran - peningkatan sisa domestik.

8. Pembangunan sumber tenaga - peringkat awal pembinaan empangan hidroelektrik.

9. Perkembangan sektor perlombongan - sisa perlombongan bijih timah, emas dan tembaga mencemarkan sungai.


Last edited by CikguPA on Sun Nov 01, 2009 6:39 am; edited 1 time in total

CikguPA

Posts: 354
Join date: 2008-11-26
Age: 46
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Kemerosotan Kualiti Sumber Air

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] on Sat Oct 31, 2009 3:20 pm

Pembangunan sumber tenaga - peringkat awal pembinaan empangan hidroelektrik.

Sumber Tenaga Nuklear turut menyumbang kepada pencemaran air... cikgu PA anda bersetujukah?

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts: 152
Join date: 2009-05-17

View user profile

Back to top Go down

Re: Kemerosotan Kualiti Sumber Air

Post  CikguPA on Sat Oct 31, 2009 5:26 pm

Salam 1 Malaysia,

Saya bersetuju pembangunan tenaga nuklear akan menyumbang kepada pencemaran air atau kemerosotan kualiti air.

Pencemaran air berlaku sekira berlaku kes kebocoran atau letupan di loji tenaga nuklear. cth , cuba anda dapatkan maklumat berkaitan kes di Chernobyl.

Kemerosotan kualiti air - saya berpendapat sistem penyejukan loji tenaga nuklear yang menggunakan air boleh menjejaskan kualiti air.

tq

CikguPA

Posts: 354
Join date: 2008-11-26
Age: 46
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Langkah-langkah mengatasi kemerosotan kualiti sumber air

Post  CikguPA on Sun Nov 01, 2009 5:45 am

1. Langkah Perundangan;

-Penguatkuasaan undang-undang pengawasan/pemantauan yang teliti serta tindakan tegas termasuk denda dan kompaun, menarik balik lesen operasi dan penjara ke atas mana-mana pihak yang di kenal pasti mencemarkan sumber-sumber air sama ada dari pekilang, penternak, pemilik kapal, orang perseoragan dan sebagainya. Langkah ini dilaksanakan oleh JAS di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

2. Mengawal selia aktiviti pembalakan dan penyahutanan terutamanya di kawasan rizab sungai, kawasan tadahan/hutan simpan dan sebagainya bagi menjamin sumber air sungai sentiasa bersih dan berterusan. Misalnya kawasan 10 km dari tebing sungai merupakan kawasan rizab atau kawasan penampan yang tidak boleh di usik untuk pembalakan dan penyahutanan.

3. Merawat air yang tercemar khususnya akibat sisa kilang dan air kumbahan.
Disamping memperbanyakkan loji rawatan air.
Menyediakan perangkap sampah yang berkesan untuk membersihkan sungai dari pencemaran sampah sarap dan melicinkan kadar alirannya.
Meningkatkan R&D dan teknologi ke arah yang tidak mencemarkan alam sekitar khususnya sumber air.

4. Meningkatkan kerjasama serantau bagi mengawal pencemaran laut melalui rondaan bersama, perkongsian teknologi dan kos pemulihraan/pembersihan air laut yang tercemar.

5. Melaksanakan kempen dan pendidikan alam sekitar - menyedarkan masyarakat tentang pentingnya air bersih dan menjada sumber air sebagai penerus kehidupan.

CikguPA

Posts: 354
Join date: 2008-11-26
Age: 46
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Kemerosotan Kualiti Sumber Air

Post  CikguPA on Mon Nov 16, 2009 1:41 pm

Kehidupan manusia yang semakin memerlukan sumber alam telah menjejaskan kualiti air di sesebuah lembangan saliran. Sering didapati kualiti air di sesuatu sungai terjejas kerana mempunyai nilai BOD (Bio-oksygen demand) yang tinggi. Kegiatan perindustrian kimia sering membebaskan bahan bertoksid seperti logam berat (magnesium dan plumbum) dan bahan kimia ke dalam air sungai. Kegiatan pertanian pula membebaskan bahan kimia seperti racun serangga dan baja kimia ke dalam air.

Kualiti air dari segi kejernihan juga sering kali terjejas akibat kegiatan perlombongan, pembinaan pertanian dan pembalakan. Kegiatan tersebut akan melonggarkan lapisan tanah-tanih dan menghasilkan banyak sedimen. Air akan menjadi semakin keruh.

Ekologi akuatik dalam air sungai juga turut terjejas dan musnah. Pencemaran air yang disebabkan oleh kegiatan manusia seperti perindustrian, pertanian, penternakan dan sebagainya telah membebaskan pelbagai jenis bahan kimia. Bahan-bahan buangan ini telah mengubah isi kandungan kimia, nilai ph dan suhu air. Perubahan yang melampau boleh membunuh hidupan akuatik flora dan fauna kerana habitatnya telah terjejas.

Kualiti air sungai juga terjejas dari segi warna dan bau air. Pelbagai bahan buangan dari kilang memproses hasil keluaran pertanian (bahan kimia), industri makanan dan minuman (bahan pengawit dan perasa), kegiatan domestik (sampah-sarap), kegiatan penternakan (bahan kimia dan hormone) dan pertanian (racun serangga, racun makhluk perosak dan baja kimia) telah menjejaskan warna dan bau air. Air bertukar menjadi warna hitam, berbau dan bertoksik serta tidak sesuai untuk sebarang kegunaan manusia.

Kehadiran kandungan bakteria yang semakin banyak dalam air sungai juga turut menjejaskan kualiti air. Kegiatan penternakan ayam itik dan khinzir serta pembentungan najis yang tidak terkawal dari kawasan petempatan dan perhotelan sering mencemari air sungai dengan pelbagai jenis bakteria seperti E-coli dan taun. Air sungai seumpama ini bahaya untuk kegunaan manusia.

CikguPA

Posts: 354
Join date: 2008-11-26
Age: 46
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Kemerosotan Kualiti Sumber Air

Post  CikguPA on Wed Jan 13, 2010 6:23 pm

Air Dan Pembangunan Manusia

Abu Bakar Bin Yang
Pegawai Penyelidik

14/08/2002 | Artikel Bahasa Malaysia

Sumbangan besar air terhadap produktiviti ekonomi dan kehidupan harian jarang dihargai walaupun semua kegiatan sosial dan ekonomi bergantung sepenuhnya kepada bekalan dan kualiti air. Dengan pertambahan penduduk serta kegiatan ekonomi, banyak negara menghadapi masalah kekurangan bekalan air atau menghadapi pembangunan ekonomi yang sudah hampir batasannya. Permintaan bekalan air semakin pesat bertambah sejak 10 tahun yang lalu dengan kadar 70?80 peratus diperlukan untuk penyaliran, kurang daripada 20 peratus untuk perindustrian dan 6 peratus untuk kegunaan domestik. Satu pengurusan menyeluruh bagi air sebagai satu sumber terhad dan terancam dan persepaduan di antara rancangan sektor air dengan program dalam rangka dasar sosial dan ekonomi nasional adalah amat penting terutamanya dalam abad ke 21 ini.

Penilaian terhadap sumber air yang sedia ada juga adalah amat penting bagi meneruskan kelangsungan kehidupan manusia. Penilaian sumber air termasuklah mengenalpasti sumber berpotensi bagi bekalan air tawar, yang merangkumi penerusan kerja mengenalpasti sumber, pergantungan dan kualiti sumber air serta aktiviti manusia yang memberi kesan kepada sumber air itu sendiri. Penilaian begini merupakan asas praktikal bagi pemuliharaan berterusan dan satu keperluan permulaan bagi penilaian kemungkinan untuk pembangunan. Walau bagaimanapun pada masa di mana maklumat mengenai sumber air yang lebih jitu dan boleh dipercayai amat diperlukan, keprihatinan terhadap kekurangan khidmat hidrologi dan badan lain yang berkaitan semakin meningkat terutamanya maklumat mengenai kualiti air dan air bawah tanah.

Objektif menilai sumber air adalah untuk memastikan kuantiti dan kualiti sumber air yang mencukupi, menganggarkan jumlah kuantiti sumber air yang masih ada dan potensi bekalan di masa hadapan, menentukan status kualiti masa kini, meramalkan persaingan antara permintaan dan bekalan serta untuk mengadakan pangkalan data saintifik bagi penggunaan sumber air secara rasional.

Kepentingan air dalam kehidupan manusia telah dinyatakan oleh Allah dalam al Quran:

"Apakah kamu tidak memperhatikan bahawa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturNya menjadi sumber-sumber air di bumi, kemudian ditumbuhkanNya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya'.."

Surah az Zumar : 21

Air adalah sumber bersama. Pembangunan jangkapanjang bagi air memerlukan pengurusan sumber yang menyeluruh. Masalah besar yang memberi kesan terhadap kualiti air timbul mengikut kepentingan bagi keadaan yang berbeza iaitu dari kumbahan domestik yang tidak terolah dengan sempurna, pelepasan effluen dari industri yang tidak, kehilangan dan kerosakan kawasan tadahan, penempatan kawasan perindustrian yang tidak dibuat dengan betul, kehilangan hutan, pertanian pindah yang tidak terkawal dan amalan pertanian yang buruk. Ini menyebabkan nutrien dan racun serangga melarut resap. Ekosistem akuatik terganggu dan sumber kehidupan air terancam. Di dalam keadaan tertentu, ekosistem akuatik juga mendapat kesan dari projek pembangunan pertanian sumber air seperti empangan, lencongan sungai, skim pemasangan dan penyaliran air.
Hakisan, pemendapan, kehilangan hutan dan penggunaan telah menyebabkan peningkatan susutan tanah dan menyebabkan kesan buruk terhadap ekosistem. Banyak dari masalah ini timbul dari model pembangunan yang merosakkan alam sekitar dan kurangnya kesedaran orang ramai terhadap pemuliharaan air. Kesan yang boleh diukur ialah kesan ekologi dan kesihatan manusia. Kaedah pencegahan amat perlu bagi mengelakkan kos yang tinggi berikutan langkah bagi membaikpulih sumber air yang rosak, mengolah dan membangunkan bekalan air baru.

Terdapat beberapa langkah yang boleh dibuat bagi menyepadukan elemen kualiti air ke dalam pemuliharaan sumber air,

a. Penyelenggaraan persepaduan ekosistem, mengikut perinsip-prinsip pemuliharaan bagi pengekalan ekosistem akuatik termasuk sumber kehidupan dan memelihara ekosistem dengan berkesan dari sebarang bentuk susutan;

b. Pemeliharaan kesihatan orang awam, iaitu satu tugas yang memerlukan bukan hanya membekalkan bekalan air minuman yang selamat tetapi juga pengawalan vektor penyakit di dalam alam persekitaran akuatik;

c. Pembangunan sumber manusia yang menjadi kunci kepada peningkatan keupayaan dan satu keperluan awal bagi melaksanakan pengurusan kualiti air.


Pemeliharaan berkesan sumber air dan ekosistem dari pencemaran memerlukan peningkatan keupayaan sedia ada bagi kebanyakan negeri. Program?program pemuliharaan kualiti air memerlukan keperluan minima infrastruktur untuk mengenalpasti dan melaksanakan penyelesaian teknikal dan untuk menguatkuasakan tindakan peraturan. Salah satu masalah pada hari ini dan pada masa hadapan ialah operasi dan penyelenggaraan kemudahan secara berterusan.

Air Sebagai Sumber Minuman

Memang tidak dapat dinafikan bahawa tanpa air pincanglah kehidupan manusia dan hidupan lain. Di dalam aktiviti seharian, air menjadi sumber minuman yang utama bagi membekalkan tenaga. Air yang bersih perlu bagi memantapkan lagi sistem pertahanan badan. Sumber air tawar yang bersih untuk digunakan oleh manusia terutamanya untuk minuman telah dijelaskan oleh Allah dalam al Quran:

"Dan Kami jadikan padanya gunung-gunung yang tinggi, dan Kami beri minum kamu dengan air yang tawar."

Surah al Mursalaat : 27

Bekalan air yang selamat dan sanitasi amat penting bagi pemuliharaan alam sekitar, dan meningkatkan tahap kesihatan. Bekalan air bersih dan selamat amat penting kepada semua aktiviti kehidupan manusia. Satu anggaran sebanyak 80 peratus dari semua penyakit dan lebih dari satu pertiga kematian di dunia ini disebabkan oleh pengambilan air tercemar. Usaha gigih yang bermula pada tahun 1980an telah membawa perkhidmatan air dan sanitasi kepada beratus juta penduduk dunia termiskin. Antara usaha?usaha ini yang terunggul ialah pelancaran Abad Sanitasi dan Bekalan air minuman antarabangsa pada tahun 1981, yang menghasilkan Plan Tindakan Mar del Plata yang dipakai oleh Persidangan Air Bangsa?Bangsa Bersatu. Sasaran bagi usaha seterusnya ialah membekalkan bekalan air minuman dan sanitasi untuk kawasan bandar yang tidak mendapat bekalan sempurna terutamanya di kawasan perkampungan, tetapi matlamat yang dicapai masih tidak mencukupi. Satu dalam tiga orang dalam negara sedang membangun masih kekurangan dua keperluan asas iaitu kesihatan dan taraf hidup yang baik. Adalah juga diiktiraf bahawa buangan manusia dan kumbahan adalah antara penyebab utama kemerosotan kualiti air di negara membangun.
Kepentingan memiliki dan menggunakan sumber air yang bersih juga telah dinyatakan oleh Allah dalam al Quran:

"Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa khabar gembira sebelum kedatangan rahmatNya (hujan), dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih."

Surah al Furqan : 48

Pengalaman masa lampau telah menunjukkan bahawa sasaran spesifik patut ditetapkan oleh setiap negara individu. Di 'World Summit for Children' pada bulan September tahun 1990, ketua?ketua negara atau Kerajaan telah di seru supaya sepakat bagi bekalan air dan sanitasi dan pembasmian penyakit cacing guinea sebelum tahun 1995. Satu strategi yang realistik untuk memenuhi keperluan semasa dan masa akan datang ialah dengan membangunkan perkhidmatan kos rendah tetapi mencukupi yang boleh dilaksanakan berterusan di peringkat masyarakat.

Sungai : Sumber Air Yang DiCemari

Pada 1992, wang sebanyak RM7 juta setahun digunakan untuk menanggung kos memungut sampah yang terletak di Sungai Klang dan dari beberapa batang anak sungai yang masuk ke laluannya. Wang itu juga dibelanjakan untuk mengeluarkan kelodak dan mendapan tanah daripada hakisan yang terhasil akibat pembangunan tidak terancang di sepanjang laluan sungai itu.

Perbelanjaan sebesar itu bagi mengurus Sungai Klang bukanlah satu angka yang menghairankan. Ini kerana, jumlah sampah atau istilahnya sisa pepejal yang dikeluarkan dari Sungai Klang terlalu tinggi iaitu 50 tan sehari dan jenis sampah yang dipungut pula pelbagai, daripada sekecil-kecil benda hinggalah kepada sebesar-besar barang termasuk peti sejuk, sisa binaan, katil, tilam dan juga kereta buruk.

Sampah sarap yang dikutip itu bukan hanya dibawa oleh arus Sungai Klang tetapi dari semua longkang dan parit yang ada di seluruh Lembah Klang. Mendapan dan kelodak yang mengalir ke dalam Sungai Klang pula dianggarkan berjumlah 1.2 juta tan setahun.

Sungai adalah antara nikmat alam yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Seorang pujangga pernah berkata, "Alam ini bukan kita warisi daripada nenek moyang tetapi ianya kita pinjam daripada anak-anak masa depan." Semua orang tahu sungai yang bersih boleh menyumbang ke arah kegiatan ekonomi, aktiviti riadah, industri pelancongan dan keharmonian alam sekitar. Sungai yang bersih menjadi hidup kerana ia berfungsi. Sungai yang tidak dapat menjalankan peranannya sebagai sungai boleh diibaratkan telah mati. Mahukah kita memanggilnya sungai sedangkan ia tidak lebih seperti longkang yang airnya mengalir lesu, coklat dan berbau? Allah telah menganugerahkan sungai kepada manusia untuk pelbagai faedah sebagaimana firmanNya dalam al Quran:

"Allahlah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan berbagai buah-buahan menjadi rezeki untukmu, dan Dia telah menundukkan bahtera bagimu, supaya bahtera itu belayar di lautan dengan kehendakNya, dan Dia telah menundukkan pula bagimu sungai-sungai."

Surah Ibrahim : 32

Purata 50 hingga 60 tan sampah sarap (atau sisa pepejal) dikutip di Sungai Klang setiap hari. Selepas hujan tidak mustahil sejumlah 80 tan sampah sarap dapat dikutip daripada perangkap sampah sepanjang Sungai Klang dan anak sungainya.
Keadaan sampah sarap hanyut dan terkumpul di sungai berlaku di seluruh negara, lebih-lebih lagi di kawasan penempatan penduduk seperti di bandar dan kawasan perumahan. Program pembersihan sungai dilihat sebagai satu jalan penyelesaian masalah kutipan sisa pepejal secara menyeluruh dan penyelesaian daripada puncanya.

Antara tindakan jangka pendek yang dicadangkan ialah 'Kempen Cintailah Sungai' dan 'Minggu Gotong Royong' seluruh negara dan pembinaan perangkap sampah sarap bersesuaian di tempat strategik di sungai, parit dan longkang.

Persekitaran sungai yang kemas dan cantik boleh mewujudkan kawasan riadah yang sihat dan menarik. Program pengindahan sungai perlu digandingkan dengan pelaksanaan landskap yang indah dan bersesuaian dengan unsur alam dan tradisi setempat supaya suasana yang tercipta menjadi serasi dan mesra dengan alam persekitaran. Dengan itu kawasan berkenaan akan menjadi tumpuan dan kebanggaan penduduk setempat dan terus dipelihara untuk keperluan bersama.

Penutup

Dengan kesedaran bahawa air merupakan sumber yang sangat sensitif kepada pencemaran, maka wajar bagi kita mengambil inisiatif yang perlu bagi menangani sebarang permasalahan yang dihadapi. Salah satu daripada strategi penting bagi memastikan sumber air dijaga oleh semua pihak ialah dengan meningkatkan kesedaran dan kecintaan penduduk negara ini terhadap alam sekitar. Dengan pelbagai usaha yang dijalankan seperti kempen 'cintai sungai kita', dan usaha-usaha menerusi media cetak dan elektronik, kita semua perlu disedarkan tentang hubungan akrab antara manusia, alam sekitar dan juga Allah s.w.t. Walaupun keadaan pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar terutamanya sumber air yang unggul masih belum tercapai, namun kita tidak boleh berputus asa daripada terus berusaha. Nasib generasi akan datang terletak di tangan kita.

CikguPA

Posts: 354
Join date: 2008-11-26
Age: 46
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Kemerosotan Kualiti Sumber Air

Post  CikguPA on Wed Jan 13, 2010 6:24 pm

Air : Rahmat Yang Diabaikan

Abu Bakar Bin Yang
Pegawai Penyelidik

06/08/2002 | Artikel Bahasa Malaysia

Air merupakan anugerah Allah s.w.t. yang amat berharga di dalam kehidupan manusia, tanpanya semua hidupan akan mati. Menurut Kamus Dewan, air boleh didefinasikan sebagai cecair yang terbentuk daripada dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen. Secara geografinya, air yang digunakan oleh manusia berpunca daripada air hujan.

Air adalah anugerah Allah yang sangat bernilai kepada seluruh hidupan di mukabumi ini. Air adalah satu sumber keperluan asas yang sangat penting kepada manusia. Manusia mungkin masih boleh hidup dengan selesa selama beberapa hari tanpa elektrik, komputer, internet dan apa-apa sahaja tetapi tidak tanpa air. Krisis air di Lembah Kelang yang melanda negara pada tahun 1998 dan awal tahun 2002 yang lalu adalah bukti jelas bahawa betapa pentingnya air di dalam kehidupan kita. Krisis ini banyak membuka mata masyarakat dan kerajaan tentang kepentingan air.

Kepentingan air kepada kehidupan dan alam seluruhnya memang tidak dapat dinafikan. Sebagai sumber asli yang paling berharga, air diperlukan sebagai kegunaan asasi dan dapat dimanfaatkan bagi tujuan pelbagai aspek kehidupan. Tanpa air, kita mungkin tidak dapat menikmati dan meneruskan penghidupan ini dengan selamat, selesa dan sempurna.

Akrabnya manusia dan segala makhluk yang bernyawa di alam ini dengan air telah diterangkan oleh Allah dalam al Quran:

"Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup, maka mengapakah mereka tiada juga beriman"

Surah al Anbia' : 30

Sebagai sumber yang sangat bermanfaat, air dapat digunakan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti kehidupan. Bagi memenuhi keperluan harian, air digunakan sebagai minuman, mencuci, mandi dan keperluan-keperluan lain seperti membersihkan halaman, persekitaran dan menyuburkan tanaman-tanaman. Usaha memanfaatkan air seumpama ini sudah setentunya dapat meningkatkan taraf kehidupan yang sihat sejahtera dan dapat mengelakkan dari segala kekotoran, pencemaran dan penyakit.
Dalam melaksanakan projek-projek pembangunan, air sangat diperlukan di sektor-sektor pertanian, perikanan, perkilangan dan industri-industri lain. Air juga dapat dijadikan sumber ekonomi seperti menjadikannya sebagai minuman yang dibotolkan atau ditinkan, tambahan kepada jus buah-buahan, pencair, pewarna atau sebagai bahan untuk dibuat kajian saintifik. Malah air juga berguna bagi bahan-bahan konkrit untuk membina rumah dan bangunan.

Dari pelbagai sumber air yang ada di muka bumi ini, air sungai dan laut dapat menjadi penyumbang rezeki dan makanan laut yang banyak dan beraneka. Sebagai sumber asli yang meliputi persekitaran, air juga digunakan bagi pengaliran di saluran pembentung-pembentung dan parit-parit serta kawasan tertentu untuk mengelak banjir. Di empangan-empangan air, air juga terus dipelihara dari segi kebersihan, kesihatan dan keselamatannya untuk dapat digunakan. Sebagai air bersih yang terjamin, air digunakan dalam pelbagai cara seperti sebagai pencuci dan membersihkan produk-produk dan hasil-hasil perindustrian dan perusahaan.

Sebagai sumber yang dapat menambah keindahan tempat-tempat rekreasi dan tarikan pelancong, air memainkan peranan penting bagi sesebuah tasik, air terjun atau pantai. Memajukan tempat-tempat seumpama ini bukan saja dapat mengekalkan keindahan alam sekitar yang ada, malah dapat dinikmati bagi memenuhi keperluan dan pembangunan sosio-ekonomi.

Air dan Ilmu Pengetahuan

Di antara ilmu pengetahuan yang berkait langsung dengan air ialah hidrologi. Hidrologi ialah kajian ke atas hidrosfera dan proses-proses pergerakan bentuk-bentuk air di dalam sistem bumi-atmosfera. Secara ringkas, kebanyakan ahli-ahli hidrologi berpendapat bahawa teras hidrologi ialah kajian terhadap 'kitaran hidrologi', iaitu pusingan air (dalam berbagai bentuk - cecair [air], wap [wap air] dan pepejal[ais]). Ahli-ahli hidrologi sentiasa berminat terhadap air sebagai satu sumber yang teragung yang diperlukan oleh semua makluk hidup. Dengan kepentigan air untuk fungsi-fungsi biologi yang tidak dapat dinafikan, ilmu hidrologi juga tertumpu kepada peranan air di dalam sistem bumi-atmosfera. Air mempunyai banyak kepentingan dan fungsi. Air adalah diperlukan untuk: (i) Air Untuk Manusia (ii) Air Untuk Hidupan Lain (iii) Air Untuk Menghasilkan Makanan (iv) Air Untuk Alam Sekitar.

Selain itu, kajian hidrologi adalah tertumpu kepada Air Untuk Alam Sekitar di mana air diperlukan untuk: sfera bumi, hidupan akuatik, hidupan terrestrial/daratan, pemindahan tenaga, penghasilan hujan (air tawar), pemuliharaan/perlindungan hutan, pengawalan aras laut, pembalikan bahangan suria, pengawalan bencana alam, penyerapan dan penyimpanan tenaga haba, pengawalan suhu, air bawah tanah, pengurangan bahan-bahan pencemaran, dan mengekalkan bumi sebagai 'dunia air'.

Air dan Manusia

Jika ditinjau dari segi sejarah, air telah lama digunakan untuk pembangunan. Ini terbukti dengan wujudnya tamadun-tamadun silam di sekitar sungai yang menjadikan tanah tersebut subur dan dibangunkan. Sebagai contoh, tamadun Mesir di sepanjang Sungai Nil, tamadun China purba di Sungai Kuning dan tidak kurang juga penempatan awal di Tanah Melayu adalah di tepi sungai dan dipersisiran pantai.

Air juga merupakan bahan mentah yang penting dalam kebanykan bidang industri dan perusahaan. Contohnya seperti dalam industri pemakanan dan industri pembangunan. Pengeksploitasian air sebagai sumber semula jadi yang mudah didapati ternyata boleh mendatangkan pulangan kepada negara dalam bidang ekonomi dan pembangunan. Pembinaan empangan-empangan juga membolehkan air untuk digunakan untuk menjana kuasa elektrik.

Di dalam sektor perindustrian, penggunaan air semakin kompleks. Dalam usaha menuju negara maju, keperluan air perlu sejajar dengan kepesatan industri moden. Begitu juga jika dilihat keperluan air di bidang pertanian. Secara amnya, tumbuh-tumbuhan memerlukan kuantiti air yang mencukupi. Contohnya sawah padi, memerlukan sistem pengairan yang sistematik. Kawasan ladang, kebun sayur, hutan-hutan dan lain-lain bergantung penuh kepada air untuk hidup subur.

Sektor pertanian merupakan salah satu sektor yang paling banyak bergantung kepada sumber air. Tanpa bekalan air yang cukup, sektor tersebut akan lumpuh dan boleh membawa kepada fenomena kebuluran seperti yang kita lihat terjadi di negara-negara yang bergantung kepada hasil pertanian yang ditimpa kemarau panjang.

Selain daripada itu, air juga penting dalam pembangunan rohaniah. Kita memerlukan air untuk bersuci bagi membolehkan kita beribadat kepada Allah s.w.t. Dalam keadaan bersih dan suci, kita akan menjadi lebih tenang dan khusyuk serta tawaduk untuk beribadat kepada-Nya. Di samping itu, penciptaan yang berkaitan dengan air seperti hujan, sungai, telaga, air terjun dan sebagainya merupakan dalil kebesaran Allah bagi orang-orang yang berfikir.

Oleh kerana air merupakan sumber semula jadi yang amat penting, adalah wajar bagi kita untuk menjaga dan mengelakkan sumber-sumber air daripada tercemar oleh sisa-sisa pembangunan, sedangkan air itu sendiri yang telah banyak membantu dalam pembangunan negara. Sambutan Hari Air Sedunia pada 22 Mac yang disambut setiap tahun bermula pada tahun 1993, telah menampakkan keprihatinan warga global dalam sama-sama menangani dan memata-matai penggunaan dan penjagaan sumber air. Adalah diharapkan agar usaha ini akan berterusan sehingga masa-masa akan datang. Jimatkan penggunaan air kerana air tidak ternilai harganya dan merupakan sebahagian daripada nyawa kita. Allah juga telah mengingatkan kita supaya jangan berlebih-lebihan atau membazir dalam menjalankan apa-apa aktiviti, sebagaimana firman Allah:

".dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan."

Surah al An'am : 141

CikguPA

Posts: 354
Join date: 2008-11-26
Age: 46
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum