Pemanasan global

View previous topic View next topic Go down

Pemanasan global

Post  keat sin (U6A) on Mon Feb 01, 2010 8:18 am

Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.

Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.

Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

View user profile

Back to top Go down

Re: Pemanasan global

Post  You Lee Shuen on Wed Feb 03, 2010 4:44 pm

Dalam era mana teknnologi berkembang dengan pesat sekali, pencemaran merupakan keburukan yang disebabkan oleh perkembangan yang pesat dan ia amat meruncingkan pasa masa kini. Terutamanya isu pemanasan global. Seluruh dunia telah menetapkan mata mereka terhadap perkara ini.

Punca pemanasan global:
1.pelepasan gas karbon dioksida, karbon monoksida dan sulphur dioksida daripada pembakaran sumber fosil. Gas-gas ini menyerap kaba yang dilepaskan, dan memerangkap mereka dalam atmosfera bumi.Lama-kelamaan menyebakkan peningkatan suhu bumi.

2.kemusnahan kawasan hutan disebabkan oleh pembalakan yang tidak terkawal dan pembangunan yang pesat
Hutan telah dibalak atas banyak sebab. Antara satunya adalah pembangunan. Banyak hutan dieksploit untuk tujuan pembangunan.

Cara menyekat pemanasan global:
-menggunakan tenaga alternatif spt tenaga suria,angin , ombak, nuklear.
kuada kuada ini tidak mengeluarkan carbon dioksida atau monoksida yang merupakan penyebab pemanasan global.

You Lee Shuen

Posts : 23
Join date : 2009-06-30

View user profile

Back to top Go down

Re: Pemanasan global

Post  lee kah yent(L6A) on Sat Feb 06, 2010 8:53 am

lampiran gambar merupakan keadaan ais di kutub utara&selatan yang amat membimbangkan







affraid

lee kah yent(L6A)

Posts : 31
Join date : 2009-05-17

View user profile

Back to top Go down

Langkah-langkah untuk mengatasi pemanasan global

Post  ong poh lee U6B on Sat Feb 06, 2010 5:04 pm

Langkah-langkah yang boleh kita lakukan untuk mengatasi pemanasan global :
1. kitar semula.
2.kita boleh membawa beg sendiri untuk membeli-belah,
3.berjalan atau berbasikal untuk perjalanan yang dekat,
4.kongsi kereta dengan kawan yang menuju ke destinasi atau perjalanan yang sama
5.menanam pokok di sekitar rumah
6. menutup peralatan elektrik jika tidak digunakan
7.kurangkan penggunaan barangan pakai buang

Marilah kita bersama-sama menyelamatkan bumi kita !

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

View user profile

Back to top Go down

Re: Pemanasan global

Post  S.Teng(U6A/2010) on Wed Feb 10, 2010 4:36 pm

Masalah pemanasan global merupakan masalah sejagat. Oleh itu, tanggungjawab kita bersama untuk memeliharaannya adalah amat penting!

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Re: Pemanasan global

Post  xiaowen_U6B on Wed Feb 10, 2010 4:42 pm

Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi perubahan iklim adalah seperti berikut:
1. Menganggotai United Nations Framework Convention on Climate Change [UNFCCC] 1994;
2. Kyoto Protokol 2005;dan
3. Montreal Protokol;

Manakala di peringkat kebangsaan pula :-
i. Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perubahan Iklim;
ii. Jawatankuasa Pemandu Mengenai Perubahan Iklim;
iii. Jawatankuasa Kebangsaan Mekanisme Pembangunan Bersih (CDM).

Kerajaan juga menggubal berbagai dasar dan undang-undang yang mengambil kira tentang pemuliharaan alam sekitar seperti :-
i. Dasar Perhutanan Negara 1979;
ii. Dasar Tenaga Negara 1979;
iii. Dasar Biodiversiti; dan
iv. Akta Kualiti Alam Sekitar.

Pendekatan yang diambil oleh Kerajaan untuk menangani impak perubahan iklim ialah melalui langkah-langkah mitigasi dan strategi-strategi adaptasi. Pendekatan mitigasi adalah langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan pelepasan GHG seperti karbon dioksida dan metana manakala pendekatan adaptasi pula ialah langkah-langkah penyesuaian yang diambil bagi menangani kesan perubahan iklim.

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

View user profile

Back to top Go down

Kesan Pemanasan Global

Post  Kar Yung (U6A/2010) on Wed Feb 10, 2010 6:34 pm

Pemanasan global akan mengancam tumbuhan dan haiwan. Ia juga akan memaksa haiwan dan tumbuhan didarat untuk berpindah ke habitat baru. Kesan pencairan bongkah-bongkah ais dikutub yang telah menghasilkan fenomena peningkatan paras laut dan perubahan ini juga mengancam produktiviti dan tuaian hasil pertanian.

a) Ancaman Hidupan Laut
Pemanasan global menyebabkan air laut menjadi panas dan meningkatkan tekanan kepada ekosistem laut seperti terumbu karang. Peningkatan kepanasan juga membantu proses penyebaran penyakit yang akan mengancam hidupan laut.

b) Perubahan Habitat
Perubahan cuaca sama ada dari panas ke sejuk atau sebaliknya akan menyebabkan hidupan dibumi akan berpindah ke habitat atau lokasi baru.

c) Kerosakan Cuaca
Keadaan suhu yang ekstem dan kerap akan membawa kemusnahan. Perubahan bentuk taburan hujan akan merubah sama ada menyebabkan banjir atau kemarau. Taufan dan ribut tropika juga akan berlaku hasil perubahan cuaca dan suhu yang tidak konsisten.

d) Peningkatan Paras Laut
Suhu panas yang berterusan akan memecahkan bongkah-bongkah ais di Barat Artatika dan membawa kepada peningkatan suhu dan air laut. Kawasan pantai akan mengalami banjir, hakisan, kehilangan tanah lembab dan kemasukan air masin ke kawasan tadahan air tawar yang boleh mengancam bekalan air bersih.

e) Ancaman Kesihatan Manusia
Penyakit tropika seperti malaria dan denggi akan menular dengan mudah. Selain itu, katarak mata dan kanser kulit akan berlaku jika pendedahan kepada gelombang panas yang ekstrem dan untuk jangka panjang boleh menyebabkan kematian, kelaparan dan kekurangan zat makanan.

f) Perubahan Tuaian Makanan
Sesetengah kawasan dunia akan mengalami perubahan hasil tuaian pertanian sama ada meningkat atau sebaliknya. Rusia dikatakan akan memperoleh hasil pertanian yang lebih baik.

Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 26
Location : KL

View user profile

Back to top Go down

Re: Pemanasan global

Post  Sponsored content Today at 3:24 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum