PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Manusia - Binatang Embrio

+3
sim
siewMei
vinclam1314
7 posters

Go down

Manusia - Binatang Embrio Empty Manusia - Binatang Embrio

Post  vinclam1314 Wed Feb 20, 2008 9:06 am

Kerajaan Inggeris telah membenarkan pengajian tentang Manusia-Binatang Enbrio pada 18 Januari 2008. Tindakan kerajaan Ingerris ini telah mendapat banyak bantangan saintis. Walaubagimanapun, tindakan ini telah mendapat sokongan 61% daripada pungutan suara rakyat tempatan. Adakan anda memberi sokongan terhadap tindakan kerajaan Inggeris ini? Bincangkan.

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Manusia - Binatang Embrio Empty Re: Manusia - Binatang Embrio

Post  siewMei Fri Feb 22, 2008 11:21 am

http://www.ranesi.nl/tema/detakbumi/embryo_manusia_binatang070914

Sini ada link berkenaan perbincangan ini,sila layari.. Smile
saya rasa ini satu perkembangan yang besar dalam bidang sains,bidang perubatan. dikatakan kajian manusia-binatang embrio ini boleh membawa para saintis ke cara penyembuhan penyakit-penyakit akibat penuaan seperti Alzheimer ataupun Parkinson.

Adakah ini benar??saya rasa kita perlu tunggu hasil kajian ini tongue
untuk menjawab soalan Mr.Lam,saya rasa saya akan menyokong kajian sedemikian tetapi dengan syarat jika ia tidak akan memberi sebarang kesan negatif kepada haiwan ataupun manusia kerana jikalau ia akan menyebabkan haiwan dan manusia dalam kajian ini menderita,kenapa kajian sedemikian masih mahu dijalankan sesungguhnya ia membawa kegembiraan kepada sesetengah pesakit tetapi membawa penderitaan kepada manusia lain dan haiwan juga.. Apa kata kawan-kawan semua??

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Manusia - Binatang Embrio Empty Manusia - Binatang Embrio

Post  sim Fri Feb 22, 2008 2:34 pm

Dalam pendapat saya, kajian ini adalah amat penting kepada manusia kerana dalam negara yang semakin maju dan taraf hidup manusia yang semakin tinggi,tabiat manusia yang tidak baik akan mengakibatkan penyakit yang belum didapati dan dikesani pada masa hadapan.Oleh itu jika kajian ini dapat dijalani,akan memberi banyak manfaat dari segi perubatan.Dengan itu manusia yang menderita dalam penyakit dan yang ingin berhidup lama-lama boleh diharapkan jika kajian ini berjaya.Walaupun kajian ini telah memberi kesakitan yang teruk kepada binatang-binatang yang terlibat dalam kajian ini,tetapi dalam belakang sesuatu kajian yang berjaya akan mengorbankan beribu-ribu,berjuta-juta binatang kecil seperti tikus.Malahan kita amat berharga dan menghayati pekajian-pekajian tersebut kerana membantu kita untuk menyembuh daripada penyakit.

Bantahan hanya berlaku sementara sahaja,apabila kajian ini berjaya dan dapat membantu manusia pada masa hadapan,manusia akan menyokong sebaliknya..... Very Happy

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

Manusia - Binatang Embrio Empty Re: Manusia - Binatang Embrio

Post  vinclam1314 Sat Feb 23, 2008 4:29 am

Walaupun kata-kata abang dan kakak agak munasabah, tetapi, pernahkah kakak dan abang fikir tentang soalan-soalan yang saya sebutkan di bawah?

Walaupun pengajian ini MUNGKIN AKAN membawa kebaikan kepada perubatan, tetapi ia juga mungkin membawa keburukan kepada perubatan dunia. Sebagai contohnya, ia mungkin akan menyebabkan atau menciptakan sesuatu virus atau bakteria untuk menukarkan gennya untuk bersesuaian dengan suasana yang baru atau untuk menentang cara perubatan yang baru ini. Justeru itu, penyakit baru akan membahayakan manusia. Untuk memperkuatkan maksub saya, biarlah saya menghuraikan dua contoh yang pernah berlaku dalam sejarah manusia. Pernahkah kakak dan abang kalian dengar tentang sejarah perang di benua amerika dengan negara-negara Eropah? Terdapat banyak bukti telah membuktikan bahawa kemenangan negara-negara Eropah di Benua Amerika adalah disebabkan oleh penyakit baru di diperkenalkan kepada masyarakat Benua Amerika (Jikalau adik tidak salah, penyakit itu adalah selesema atau 'tian hua' virus(dalam bacaan cina)). Sebelum Benua Amerika diserang oleh negara-negara Eropah, penyakit tersebut tidak pernah berlaku di Benua Amerika. Walaubagaimanapun, penyakit ini telah disebarkan di kalangan rakyat Benua Amerika semasa perang di Benua Amerika. Askar negara-negara barat yang telah dijangkiti penyakit ini terutamanya yang telah ditangkap oleh kerajaan Benua Amerika telah menjadi media utama penyebaran penyakit ini. Penyakit ini tersebar dengan meluas-luas sehingga telah menyebabkan banyak orang-orang tempatan dan askar tempatan mati atau lemah (Jikalau saya tiada kesalahan, penyakit ini telah menyebabkan 1/3 daripada orang tempatan asal mati dan bilangan orang asal tempatan di Benua Amerika kini adalah tidak sebegitu banyak lagi) Oleh sebab ini, Tentera negara-negara barat berjaya memenangi Benua Amerika dengan menjatuhkan kerajaan tempatan yang telah lama wujub di Benua Amerika. Akan tetapi, negara-negra barat yang menang ini juga telah membawa satu bencana kepada masyarakat di Eropah. Terdapat saintis yang menyatakan bahawa kematian rakyat Eropah yang banyak (lebih kurang 1/5 daripada rakyat Eropah, kalau saya tak salah) di kalangan tahun 1600++ ( saya tidak pasti tahun ) yang disebabkan oleh penyakit baru yang dikenali adalah dibawa oleh askar yang balik daripada Benua Amerika yang baru dijumpai. Contoh-contoh yang saya sebuti di atas adalah untuk keinginan untuk memberitahu kakak dan abang bahawa penyakit baru muncul akan membahayakan manusia kerana manusai tiada sistem immuniti untuk menentang penyakit tersebut. Selain itu, Saintis juga perlu masa untuk mengaji penyakit yang baru ini, akan tetapi, bolehkan kakak dan abang fikir tentang apa yang akan berlaku pada masa saintis kita sedang mangaji perubatan dan apa yang tentang penyakit itu? Secara keseluruhannya, adakan perubatan yang baru ini lebih memaanfaatkan manusia atau bencana manusia yang lebih menakutkan ini lebih dasyat? Saya berasa bahawa bencana manusia yang akan menyebabkan kematian yang sangat tinggi ini lebih menakutkan.

Salain yang apa yang saya sebutkan di atas ini, tidakkah kakak dan abang fikirkan tentang jikalau saintis yang tidak bermoral telah menyimpan embrio itu untuk diri sendiri? Saya sangat beryakin bahawa kakak dan abang pernah melihat wayangan tentang cerita yang lebih kurang semacam dengan ini -- Saintis yang jahat akan mencipta sesuatu makluk dan makluk ini akan memusnahkan dunia. Apakah yang akan berlaku jika lakonan ini mamang berlaku dalam masa kini? Apakah yang akan berlaku sekiranya manusia memang menggunakan masa yang panjang atau harta yang banyak untuk memusnahkan makluk baru ini? Semasa peperangan dengan makluk baru ini, adakah ketiadaan kematian manusia berlaku? Inilah yang membimbangkan banyak orang takut tentang hakikat ini berlaku (keutamaanya rakyat yang pernah melihat tentang cerita ini).

Harapkan abang dan kakak dapat memberikan pendapat anda di sini. Terima Kasih.

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Manusia - Binatang Embrio Empty Re: Manusia - Binatang Embrio

Post  sim Sat Feb 23, 2008 11:58 am

Sejarah yang dikatakan oleh abang Vincent amat menarik...(tepuk tangan).Akan tetapi saya percaya bahawa peyakit 'tian hua' tersebar pada masa itu adalah dugaan dan dendaan daripada Tuhan kerana telah mengorbankan banyak manusia dalam peperangan tersebut. Sad

Dengan mengguna contoh, pesakit Parkinson dapat melepaskan diri daripada penyakit jika kajian ini berjaya, kerana pesakit Parkinson kini hanya boleh membuat senaman untuk menurunkan frekuensi kegigilan tangan dan melihat diri hilang ingatan hari demi sehari.Oleh kerana penyakit Parkinson amat biasa pada kini,tetapi masih tiada ubatan yang sesuai untuk menyembuhkan penyakit ini.Oleh itu saya menyetujui kajian ini dijalankan. cheers

Saya percaya bahawa wujudnya sebilangan saintis yang tidak bermoral dan hanya pentingkan diri tetapi abang Vincent kebanyakan wayangan adalah bayangan untuk menarik perhatian penonton, sebenarnya tidak begitu dahsyat la....(nak tipu budak kah.....) scratch

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

Manusia - Binatang Embrio Empty Manusia_Binatang Embrio

Post  Jennifer Ong Mon Feb 25, 2008 11:21 am

Kajian tersebut memang selamat jika ahli-ahli saintis yang melakukan kajian itu bersikap bertanggungjawab dan berperikemanusiaan. Kajian-kajian tersebut bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa manusia-manusia tang sakit tenat kini, malah hasil kajian yang baru dicipta boleh memajukan taraf kehidupan manusia kini.

Malangnya, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan kajian ini untuk menghasilkan benda demi kepentingan sendiri tanpa memikirkan keselamatan orang lain. Kejadian ini jika berlarutan akan menyebabkan kematian ramai manusia dan menimbulkan banyak masalah. No

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

Back to top Go down

Manusia - Binatang Embrio Empty Re: Manusia - Binatang Embrio

Post  siewMei Wed Feb 27, 2008 10:36 am

haha Laughing mr.lam,kamu tonton terlalu banyak wayang la,semua itu hanyalah imaginasi orang,tapi,saya tidak boleh menafikan kemungkinan berlakunya perkara sedemikian seperti tardapat saintis yang berniat jahat,kita tidak boleh mengetahui niat hati seseorang dari rupanya. Namun,kajian ini memang akan membawa banyak FAEDAH kepada orang jika kajian ini berjaya.
Dan saya setuju dengan pendapat wei zhen iaitu jika para saintis memegang kuat akan tanggungjawab dan perikemanusiaan mereka,maka perkara seperti dalam wayang tidak akan berlaku.
Untuk menjayakan sesuatu perkara terdapat risikonya tersendiri,jadi jika kita tidak berani menanggung risiko ini maka saya rasa kita tidak akan dapat taraf hidup yang begitu baik kini.Semua saintis dulu juga mengambil risiko baru mereka berjaya.

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Manusia - Binatang Embrio Empty Re : Manusia-Binatang embrio

Post  NCH CHEAN Fri Feb 29, 2008 5:10 pm

Pembiakan embrio manusia-haiwan telah menggembirakan para ilmuwan yang meneliti sel induk.Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan dan memajukan ilmu bioteknologi tetapi juga telah membaiki taraf hidup kita apabila terdapatnya teknik pembiakan embrio manusia-haiwan yang dapat menyembuhkan penyakit-penyakit akibat penuaan seperti Alzheimer ataupun Parkinson.Walaubagaimanapun perkembangan ilmu teknik ini telah dianggap bertentangan dari segi agama terutamanye agama islam yang menyatakan bahawa teknik tersebut adalah sesuatu aib dan perlu dielakkan daripada melakukan.Mereka yang berpegang kuat terhadap agama berpendapat bahawa teknik embrio manusia-haiwan adalah sesuatu cara atau teknik yang tidak berperikemanusiaan dan bertentangan terhadap alam kita yang semula jadi.Namun saya berpendapat bahawa teknik tersebut adalah sesuai digunakan jika terdapat ilmuwan atau saintis yang berpengalaman atau berupaya untuk melakukan pengklonan sebab teknik tersebut bukan sahaja dapat menyembuhkan pesakit tetapi juga meingkatkan pengetahuan kita dan membolehkan kita lebih memahami sesuatu induk atau sel yang terdapat dalam struktur organisma.

NCH CHEAN

Posts : 39
Join date : 2008-01-15

Back to top Go down

Manusia - Binatang Embrio Empty Re: Manusia - Binatang Embrio

Post  vinclam1314 Sat Mar 01, 2008 10:10 am

Pernahkah kakak dan abang menonton "The day After Tomorrow" ? Walaupun apa yang ditayang oleh tayangan ini belum wujub, tetapi adakah kakak dan abang kalian berfikir tentang apa yang ditayangkan dalam permulaan tayangan ini sedang berlaku di dunia kita? Kebanyakan negara di dunia kini asyik mengalami bencana alam yang dasyat dan kebanyakan bencana tersebut adalah paling teruk dalam lingkungan beberapa puluh tahun/beberapa ratus tahun.. Apa yang saya ingin beritahu di balasan ini adalah peristiwa yang berlaku di dalam kebanyakan tayangan kebanyakan mempunyai peratusan yang agak tinggi untuk berlaku di dunia kita..kereta yang boleh terbang dan berjalan di jalanraya dan di atas permukaan juga telah wujub di dunia kini.. Inilah contoh yang terbaik.. Apa kata tentang saintis yang menyalahgunakan ilmunya untuk memudaratkan dunia ini? Peristiwa ini memang ada kemungkinan yang agak rendah untuk berlaku.. Wink

Tentang apa yang dikatakan oleh kakak Chean Hui di atas, Selain kebaikan dalam perubatan yang banyak dikata oleh kakak dan abang lain, apa yang dikatakannya adalah tentang agama.. Kebanyakan agama mengatakan bahawa manusia dan haiwan lain adalah dicipta oleh Tuhan agama mereka.. Tapi, kenapa kakak Chean Hui mengatakan 'terutamanya agama Islam' ? bolehkah saya tahu bahawa apakah takrifan dari agama Islam tentang peristiwa manusia-haiwan embrio ini?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Manusia - Binatang Embrio Empty Re: Manusia - Binatang Embrio

Post  ChanLM Sat Mar 01, 2008 11:15 am

saya tidak setuju dengan manusia-binatang embrio juga. kebanyakan alasan yang membantah telah diberikan, jadi saya tidak cakap banyak. seperti apa yang diperkatakan oleh vinclam, saintis tidak akan menyalahgunakan ilmu mereka tetapi masih wujud peratusan "psyco" yang rendah, mereka membuat sesuatu tanpa berfikir dengan rasional...selain itu, tidakkah pernah anda fikir bahawa hidupan yang baru ini boleh berfikir seperti manusia kerana mengandungi sifat manusia? bagaimana kalau "mereka" mahu menghapuskan species manusia pada suatu hari nanti?

ChanLM

Posts : 8
Join date : 2008-01-13

Back to top Go down

Manusia - Binatang Embrio Empty Re: Manusia - Binatang Embrio

Post  sim Sat Mar 01, 2008 2:46 pm

Pada pendapat saya, saintis tidak menyalahgunakan ilmu mereka,kerana bukan semua saintis adalah tidak bermoral.Kebanyakan saintis adalah hendak realisasi cita-cita mereka ,tetapi cita-cita mereka telah membantu kita dalam hidupan kita seperti yang dikatakan oleh abang Vincent,kenderaan-kenderaan yang telah dicipta telah meringankan beban kaki kita.Tanpa saintis,kita tidak mempunyai kehidupan yang sebegitu selesa.

Kajian ini saya mengakui adalah bersifat kekejaman terhadap hidupan yang dikaji,tetapi kita perlu berpandangan jauh bukanlah hanya menyalahi saintis dan mengkritik kajian ini.Dengan mengguna contoh eksperimen pengklonan haiwan,eksperimen ini pernah dibantah seperti kajian pembiakan embrio manusia-haiwan ini,tetapi kajian ini berjaya dalam beberapa tahun dahulu,sekarang pengklonan manusia juga akan berjaya dalam beberapa tahun kemudian.Eksperimen ini juga telah mengorbankan banyak hidupan tetapi bantahan dan kritikan telah semakin mengurang malahan sokongan semakin meningkat.

Oleh itu saintis kajian pembiakan embrio manusia-haiwan ini bukanlah tidak berfikiran rasional,mereka mengguna ilmunya membantu manusia supaya dapat hidup lebih lama sahaja.

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

Manusia - Binatang Embrio Empty Re: Manusia - Binatang Embrio

Post  vinclam1314 Sun Mar 09, 2008 10:19 am

saya berasa Surprised keraan abang lei mun bersetujui tentang apa yang adik katakan di sini.

kakak Boon,bolehkah kakak nyatakan mengapakah kakak berpendapat bahawa santis tidak menyalahgunakan ilmu mereka? apakah kaitan tidak menyalahgunakan ilmu dengan tidak bermoral? Sebagai contohnya, saintis yang berilmu telah menggunakan ilmu mereka untuk mencipta atau mengaji sesuatu untuk memusnahkan atau membunuh orang / kaum / negara seperti apa yang kita asyik dengar dan tengok daripada surat khabar. Sebagai contoh yang lebih spesifik, saintis di Iran dan saintis di Korea Utara yang bermusuh dengan USA.

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Manusia - Binatang Embrio Empty reply vincent

Post  sim Mon Mar 17, 2008 10:19 am

vinclam1314 wrote:

kakak Boon,bolehkah kakak nyatakan mengapakah kakak berpendapat bahawa santis tidak menyalahgunakan ilmu mereka? apakah kaitan tidak menyalahgunakan ilmu dengan tidak bermoral?

abang Vincent, saya tak faham apa yang awak nak katakan.Tetapi saya yakin bukan semua saintis suka mencipta sesuatu yang bahaya kepada manusia.Yang awak kata sebelumnya,saintis Iran dan Korea utara bekerjasama bermusuh dengan USA, mereka mencipta nuclear adalah untuk mempertahankan negara mereka,sesuatu ciptaan mesti mempunyai matlamat tertentu,oleh itu dalam pendapat saya, mereka tidak bersalah dalam penggunaan ilmu mereka.

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

Manusia - Binatang Embrio Empty Re: Manusia - Binatang Embrio

Post  wendy Mon Mar 17, 2008 12:46 pm

Sebenarnya, sesuatu yang baru akan membawa kebaikan dan keburukan.Ini haruslah bergantung kepada pemikiran dan tanggungjawab seseorang.Tidak dapat dinafikan, apa yang kita minta perlulah memberi terlebih dahulu.Dalam kata Inggeris ialah 'take n give'. kita haruslah mengorbankan sesuatu untuk menyelamatkan sesuta yang lebih berharga.walaupun kita terpaksa mengorbankan haiwan-haiwan kecil untuk menjalankan kajian tetapi kita akan mendapat pulangan yang lumayan iaitu nyawa manusia dan haiwan-haiwan lain.Selain itu, manusia merupakan mahkluk yang mementingkan diri sendiri,ini adalah bahaya dan akan menimbulkan banyak masalah sekiranya kajian itu berjaya. Sesetengah ahli saintis yang tidak bertanggungjawab akan membuat ubat yang palsu dan menjualnya pada harga yang tinggi untuk mendapat untung. Evil or Very Mad

wendy

Posts : 60
Join date : 2008-02-06

Back to top Go down

Manusia - Binatang Embrio Empty Re: Manusia - Binatang Embrio

Post  vinclam1314 Mon Mar 17, 2008 4:22 pm

sim wrote:Pada pendapat saya, saintis tidak menyalahgunakan ilmu mereka,kerana bukan semua saintis adalah tidak bermoral.Kebanyakan saintis adalah ...
balasan saya adalah berdasarkan ayat ini. Saya tidak begitu faham tentang kaitan tidak menyalahgunakan ilmu dan moral. bolehkah kakak Boon terangkan dengan lebih lanjut?

saintis Iran dan Korea utara bekerjasama bermusuh dengan USA
minta maaf kepada kakak Boon kerana saya tidak bermaksud sebegini sedangkan saya tidak tahu bahawa mereka ada bekerjasama atau tidak, tetapi, saya agak bersetuju dengan kakak Boon bahawa mereka menggunakan ilmu mereka untuk mempertahankan negara/kaum/organisasi mereka sendiri. Akan tetapi, daripada pandangan USA, mereka berpendapat bahawa penggunaan ilmu mereka akan membahayakan dunia kita. Kakak dan abang kalian boleh mendapat informasi tentang isu ini daripada internet dengan mudah kerana USA telah mengistiharkan negara Iran dan Korea Utara sebagai negara yang membahayakan dunia beberapa tahun dahulu (saya sudah lupakan nama yang diberikan oleh USA kepada negara Iran dan Korea Utara, chinese is 邪恶轴心国 , if i'm not mistaken )

... Selain itu, manusia merupakan mahkluk yang mementingkan diri sendiri,ini adalah bahaya dan akan menimbulkan banyak masalah sekiranya kajian itu berjaya. Sesetengah ahli saintis yang tidak bertanggungjawab akan membuat ubat yang palsu dan menjualnya pada harga yang tinggi untuk mendapat untung.
Seperti yang kakak Wendy terangkan, saya agak bersetuju tentang teori ambil dan bagi, tetapi, bolehkah kakak Wendy terangkan bagaimanakah mahkluk yang mementingkan diri sendiri memberbahayakan dan menimbulkan banyak masalah sekira kajian itu berjaya? sedangkan manusia memangkan mahkluk yang mementingkan diri sendiri selama-lama ini.
Saya juga ingin menambahkan tentang terangan kakak Wendy bahawa ubat palsu yang dibuat oleh mereka juga mempunyai effect sampingan yang memudaratkan/bahaya kepada badan manusia. Selain ubat-ubat, barangan palsu juga menimbulkan banyak effect sampingan seperti radioaktif yang tinggi atau kandungan yang memberbahayakan manusia. (tentang isu ini, sila bincangkan dalam topic yang baru di Topik "Adakah Barangan Import bahaya?"

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Manusia - Binatang Embrio Empty Re: Manusia - Binatang Embrio

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum