PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Adakah Barangan Import bahaya?

+2
PnLeela
vinclam1314
6 posters

Go down

Adakah Barangan Import bahaya? Empty Adakah Barangan Import bahaya?

Post  vinclam1314 Mon Mar 17, 2008 4:21 pm

Peruncit Tempatan Terjejas Oleh Laporan Barang Permainan Bahaya Dari China

August 21, 2007 23:07 PM
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Perniagaan peruncit tempatan yang menjual permainan kanak-kanak buatan China telah terjejas berikutan beberapa laporan negatif berkaitan dengan barang permainan seumpama itu, kata Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM).

"Pada ketika ini, ia menjejaskan jualan peruncit disebabkan kebimbangan yang meningkat terhadap keselamatan sesetengah daripada barang permainan itu yang dilaporkan mengandungi cat berplumbum dan besi berani kecil yang mungkin ditelan oleh kanak-kanak," kata naib presiden FMM Datuk Paul Low.

Ditanya mengenai situasi tersebut oleh pemberita di sini hari ini, beliau berkata peruncit tempatan perlu menunggu sehingga industri permainan kanak-kanak China pulih semula dan mendapat kembali keyakinan pengguna.

Low berkata memandangkan barang permainan itu dibuat di China, terserah kepada pihak berkuasa di sana untuk menangani isu tersebut.

"Isu itu tersebar luas sekarang, menyebabkan pengguna tidak membeli permainan dari China pada masa ini," katanya.

Awal bulan ini, syarikat permainan kanak-kanak AS, Mattel Inc menarik semula model Sarge daripada filem popular "Cars" yang dikeluarkan antara Mac dan Julai 2007, dengan mendakwa cat yang digunakan mengandungi sedikit paras toksin plumbum.

Mattel juga menarik semula 436,000 kenderaan permainan, merangkumi 253,000 di Amerika Syarikat dan 183,000 di luar AS.

-- Bernama

Seperti berita yang dipaparkan di atas ini, terdapat berita lain yang memberikan maklumat bahawa barangan Import China adalah tidak selamat. Sebagai Contohnya, Terdapat 10 orang rakyat Jepun mati kerana termakan makanan yang diimport oleh China ('jiao zi' 饺子)yang tidak bersih.Selain barangan import china, terdapat banyak kes lagi yang menerangkan bahawa barangan import daripada negara-negara lain yang tidak selamat untuk digunakan/dimakan.

Berdasarkan keratan khabar yang dipaparkan di atas dan ilmu pengetahuan anda, sila berikan pandangan anda tentang keselamatan barangan import.

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Adakah Barangan Import bahaya? Empty Keselamatan alat permainan kanak-kanak

Post  PnLeela Mon Mar 17, 2008 4:43 pm

Hi kelas,

Di sini cikgu menyertakan rujukan tambahan yang berkaitan dengan tajuk yang dipos oleh Toh Wai





KAMI hairan dengan sikap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), yang belum melakukan tindakan susulan melaksanakan Peraturan Keselamatan Alat-alat Permainan Kanak-kanak.

Dengan kedatangan Aidiladha, Krismas dan tahun baru, alat permainan cukup digemari kanak-kanak hingga ibu bapa terpaksa mengeluarkan sedikit wang untuk memenuhi permintaan anak mereka.

Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia, sejak Mei lalu meminta KPDNHEP melaksanakan Peraturan Keselamatan Alat-alat Permainan Kanak-kanak susulan tindakan Albania (yang tidak begitu maju dari segi ekonomi berbanding Malaysia) meluluskan Peraturan Keselamatan Alat-alat Permainan Kanak-kanak di negara itu.

Walaupun masalah kandungan plumbum melebihi had ditetapkan dalam standard keselamatan alat permainan, kanak-kanak memerlukan tindakan segera dan walaupun risiko kepada kesihatan kanak-kanak terbukti, KPDNHEP belum melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab mereka terhadap pengguna.

Kami juga tidak begitu yakin dengan sistem kesihatan awam berikutan kenyataan Menteri Kesihatan baru-baru ini susulan kelalaian pihak hospital mengakibatkan kehilangan sebahagian lengan bayi Yok Shan.

Kami harap Kementerian Kesihatan mengambil inisiatif untuk menguji kanak-kanak untuk kandungan plumbum (Pb) dalam darah mereka.

Data sedemikian, jika ada, mungkin memberikan bukti kukuh untuk mengharamkan sama sekali plumbum dalam petrol, cat rumah dan peralatan seramik.

Kami mahu KPDNHEP menjalankan ujian untuk menentukan kandungan plumbum dalam alat permainan kanak-kanak di pasaran dengan segera. Jika ada kandungan plumbum melebihi had dibenarkan dalam standard keselamatan alat permainan, barang itu harus ditarik balik.

Kementerian Kesihatan tidak harus puas hati dengan statistik yang melindungi mereka daripada melaksanakan tanggungjawab untuk melindungi masyarakat.

Mereka harus mengarah semua kemudahan penjagaan kesihatan (awam dan swasta) termasuk pusat kecemasan mengumpul data kekerapan kecederaan dan kecemasan disebabkan kemalangan di rumah dan juga kejadian keracunan makanan.

Kami berharap agar kedua-dua kementerian melaksanakan dasar meningkatkan kualiti hidup rakyat secara langsung dan tidak langsung untuk menjamin kesihatan rakyat


Jumpa lagi
Pn Leela

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Adakah Barangan Import bahaya? Empty Bukan semua bahaya.

Post  Jennifer Ong Tue Mar 18, 2008 11:24 pm

Bukan semua bahan yang diimport bahaya. Apa yang Wai Wai katakan di atas hanyalah sebahagian daripadanya.
Jika semua barangan yang diimport bahaya, maka petrol, beras, shampoo, sabun, biskut, ubat-ubatan,buku,bahan binaan dan keperluan-keperluan harian yang lain juga bahayalah!! Jika semua barang yang diimport bahaya, maka susahlah negara kita untuk membangun, susahlah untuk rakyat sekalian hidup kerana Malaysia banyak bergantung kepada produk yang diimport daripada luar negara walaupun terdapat barangan buatan Malaysia sendiri.

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

Back to top Go down

Adakah Barangan Import bahaya? Empty Oh ya...

Post  Jennifer Ong Tue Mar 18, 2008 11:29 pm

Ada kebaikan juga jika semua barangan yang diimport bahaya kerana dengan itu, rakyat Malaysia akan menggunakan barangan buatan Malaysia seperti keret Proton.. Jika rakyat Malaysia terus menyokong barangan buatan Malysia, pasti barangan butan Malaysia akan menerajui dunia pada masa depan.. taraf kehidupan rakyat Malaysia pasti meningkat kerana negara kita dapat mengurangkan defisit yang disebabkan oleh pengimportan barangan yang berlebihan.

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

Back to top Go down

Adakah Barangan Import bahaya? Empty Keselamatan alat permainan kanak-kanak

Post  HsuJia Wed Mar 19, 2008 11:21 am

Saya juga pernah baca suatu berita yang mengatakan bahawa selipar yang dihasilkan oleh negara China yang akan menyakitkan kaki kita.Sementara itu,kaki kita akan membengkak setelah memakai dengan selama beberapa hari.Bengkak itu akan mengakibatkan kaki kita terdapat kesan yang amat ngeri.Adakah inilah perbuatan untuk semua peniaga yang hendak mendapat keuntungan tanpa mempedulikan pengguna.Jika semua peniaga yang mempunyai sikap keterlaluan ini dan juga tidak berperikmanusiaan maka pengguna akan menghadapi kesusahan dengan membeli barangan import.Jika Malaysia yang menjual bergantung dengan barangan import maka Malaysia akan menghadapi semua pengguna tidak mempunyai kehendak yang sepenuhnya.

HsuJia

Posts : 34
Join date : 2008-01-13

Back to top Go down

Adakah Barangan Import bahaya? Empty Barang Import

Post  pohblg Wed Mar 19, 2008 3:54 pm

Saya percaya bahawa kebanyakan barang-barang yang kita gunakan dalam seharian adalah barang-barang import dan bukan buatan Malaysia seperti barang-barang elektronik. Oleh itu, barang-barang import yang mahal haruslah disertakan dengan waranti supaya selamat di guna. Barang-barang yang murah pula, haruslah dipilih dengan teliti,bukan sahaja memilih barang yang murah tetapi memastikan berkualiti baik sebelum membelinya. Jadilah pengguna yang bijaksana demi menjaga hak-hak pengguna kita.

pohblg

Posts : 31
Join date : 2008-02-20

Back to top Go down

Adakah Barangan Import bahaya? Empty RE: BARANGAN IMPORT

Post  NCH CHEAN Thu Mar 20, 2008 6:27 pm

Kebanyakan barangan keperluan kita adalah diimport dari luar negara, misalnya barangan elektrik,perabot, kain, atau bahan makanan yang tidak dapat dihasilkan dalam negara kita.Selepas membaca berita tersebut, saya berasa keselamatan barangan import harus diberi perhatian.Sebelum negara kita mengimport sesuatu barangan daripada luar negara, kementerian yang berkuasa haruslah berwaspada dan memastikan sesuatu barangan import itu adalah selamat sebelum dimport ke negara kita.Namun ,sebagai pengguna ,kita juga haruslah berhati-hati semasa membeli barangan import dengan meneliti kualiti dan keselamatan barangan.Walaubagaimanapun, saya berpendapat bahawa bukannya semua barangan import adalah berbahaya, terdapat juga sesetengah barangan import adalah berkualiti tinggi dan amat bernilai .Di samping itu, kita juga harus berhati-hati sebelum membeli sesuatu barangan tidak kira ia adalah barangan tempatan ataupun barangan import, sebab terdapat sesetengah pengeluar yang tidak berperikemanusiaan akan melakukan sesuatu demi mendapat keuntungan atau merendahkan kos pengeluarannya dengan menghasilkan barangan yang tidak berkualiti dan membahayakan kita.

NCH CHEAN

Posts : 39
Join date : 2008-01-15

Back to top Go down

Adakah Barangan Import bahaya? Empty Re: Adakah Barangan Import bahaya?

Post  vinclam1314 Thu Mar 20, 2008 7:47 pm

saya bersetujui tentang kebanyakan point yang dikatakan oleh kakak dan abang kalian, tetapi, saya juga terdapat banyak bantahan.. tapi, saya tidak dapat menghuraikan semuanya di sini..

Saya tidak bersetuju tentang kakak chean hui yang mengatakan bahawa banyak barangan import tidak dapat dihasil oleh negara kita.pada pendapat saya,Barangan yang tidak dapat dihasilkan oleh negara kita adalah barangan yang telah mempunyai 'patent'. Akan tetapi, kebanyakan barangan import juga boleh dihasilkan oleh negara kita, tetapi rakyat malaysia tidak membelikannya sahaja.. kakak chean hui tentulah seorang yang menyokong barangan import.. hehe.. gurau sahaja.. haha... jangan terlalu serius..

Sebelum mengekportkan sesuatu barangan, terdapat kementerian atau jabatan yang tertentu akan bertanggungjawab untuk 'check' qualiti dan keselamatannya. Sebelum mengimportkan sesuatu barang, terdapat juga jabatan-jabatan yang tertentu akan bertanggungjawab untuk 'check' qualiti dan keselamatan barangan itu sebelum mengalirkan kepada pasaran tempatan.. Jadi, kementerian atau jabatan tertentu haruslah lebih berwaspada dan haruslah menguji kandungan barangan yang diimport untuk memastikan keselamatan dan qualitinya. Keadaan sebegini akan mengurangkan kemalangan yang tidak diingini.. Oleh itu, saya sangat bersetujui tentang apa yang dikatakan oleh kakak chean hui tentang cara mengatasi ini..

akan tetapi, saya ingin memberikan bantahan kepada cara-cara mengatasi yang dicadangkan oleh kakak dan abang yang telah dipostkan di atas. Kakak dan abang kalian mengatakan kami haruslah berwaspada dan berfikir baik-baik sebelum membeli sesuatu barang.. tetapi, macam mana kita tahu kandungan dan adakah itu selamat diguna/dimakan atau tidak? ada dan boleh dan dapatkah kami menguji dan tahui dengan lebih dalam tentang barang yang diimport itu? Jika kakak dan abang kalian masih teguh dengan cara yang dicadangkan oleh kakak dan abang kalian, bolehkah kakak dan abang berikan informasi yang lebih lanjut tentang cara ini supaya saya tahu bagaimana cara ini dilaksanakan? kerana mungkin pendapat saya bertentangan dengan pendapat kakak dan abang kalian dan saya tidak 'notice' sesuatu fakta?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Adakah Barangan Import bahaya? Empty Re: Adakah Barangan Import bahaya?

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum