PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Harga barangan tidak jatuh??

+2
szejiengoo (U6F)
vinclam1314
6 posters

Go down

Harga barangan tidak jatuh?? Empty Harga barangan tidak jatuh??

Post  vinclam1314 Sat Oct 25, 2008 12:16 pm

Harga Minyak Dunia semakin turun dan dijangka masih akan turun.. kini, malaysia sudah menggunakan system bahawa harga minyak akan disemak setiap bulan.. Menteri juga berkata.. harga minyak akan turun pada bulan november sedangkan harga minyak terus menurun... Apabila harga minyak dunia mencetus catatan tertinggi, harga minyak negara turut naik kepada RM2.70.. semua harga barangan juga turut naik.. akan tetapi, apabila harga minyak dunia menurun.. harga minyak negara kita juga turut menurun... tetapi harga baranga tidak turut dan sebahagain menaikkan lagi... kenapa macam ni? tidak adil la... apa pandangan kalian tentang hal ini?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Harga barangan tidak jatuh?? Empty Re: Harga barangan tidak jatuh??

Post  szejiengoo (U6F) Sun Oct 26, 2008 6:42 pm

Saya rasa peniaga lebih suka apabila harga minyak naik. Jika harga minyak naik, maka mereka dapat naikkan harga barangan juga.
Kenaikan harga minyak sering dijadikan alasan peniaga untuk menaikkan harga jualan mereka. Inikan taktik mereka....Walaubagaimanapun, kita jarang melihat harga barangan menurun apabila harga minyak menurun.

szejiengoo (U6F)

Posts : 32
Join date : 2008-05-13

Back to top Go down

Harga barangan tidak jatuh?? Empty Re: Harga barangan tidak jatuh??

Post  SenHan_U6F Mon Oct 27, 2008 1:06 pm

Jika daripada pandangan saya, tentulah harap turun harga .Sekarang harga minyak dunia sudah turun dan barang-barang masih dalam harga yang tinggi.Perniaga tentulah harap harga naik kerana sudah lama mengalami kerugian tetapi jika harga naik ,gaji mestilah naik,ekonomi baru stabil dan maju.

SenHan_U6F

Posts : 29
Join date : 2008-05-13

Back to top Go down

Harga barangan tidak jatuh?? Empty Re: Harga barangan tidak jatuh??

Post  vinclam1314 Mon Oct 27, 2008 1:49 pm

Ya.. Jika seseorang peniaga menurunkan harga barangannya, pengguna tentulah suka hati.. akan tetapi, keuntungan dia akan turun juga.. jika peniaga pernah meningkatkan gaji pekerjanya apabila harga barangan naik, peniaga tidak turunkan harga barangan apabila harga kos turun adalah amat difahami... (kerana jika keuntungan menurun,mereka kemungkinan akan mengalami kerugian - tentulah mereka tidak akan menurun gaji pekerja) Akan tetapi, kebanyakan peniaga tidak meningkatkan gaji pekerjanya apabila harga barang-barangan adalah tinggi.. Jadi, patutlah mereka menurun sedikit harga barangan untuk meringankan beban pengguna...

Kerajaan telah mengumumkan bahawa harga beberapa barangan akan menurun pada beberapa hari ini.. Beberapa SuperMarket seperti carrefour dan tesco juga menyokong langkah kerajaan dan mengumumkan bahawa harga barangannya akan menurun sedikit pada beberapa hari ini... bagaimankan dengan peniaga-peniaga lain? adakah mereka akan menurunkan lagi harga barangan sedangkan kerajaan menurunkan kos barangan mereka? Saya tidak berasa mereka akan memberikan sokongan terhadap seruan kerajaan..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Harga barangan tidak jatuh?? Empty Re: Harga barangan tidak jatuh??

Post  Ultima Lucifer Fri Oct 31, 2008 4:16 pm

Sememangnya para peniaga tidak akan menurunkan harga barangan yang telah dinaikkan... apabila ditanya, mereka akan menyalahkan pihak yang lain...

sebagai contoh... penjual sayur akan menyalahkan pemborong, pemborong akan menyalahkan pengeluar... pengeluar menyalahkan pengeluar baja... blah blah blah....
hal ini tidak akan berhenti...
Ultima Lucifer
Ultima Lucifer

Posts : 58
Join date : 2008-10-30
Location : Bukit Mertajam, Pulau Pinang~~

Back to top Go down

Harga barangan tidak jatuh?? Empty Re: Harga barangan tidak jatuh??

Post  KeeSengU6F Tue Nov 04, 2008 2:40 pm

Pada pendapat saya, pasar raya yang besar seperti JUSCO, CARREFOUR, GIANT dan pasar raya lain akan menurunkan harga barangan mereka atas amaran daripada kerajaan. Ini disebabkan mereka merupakan syarikat yang besar dan berlesen, mereka meminta keuntungan yang besar jadi penurunan harga barang adalah keputusan yang wajar bagi mereka. Namun, saya percaya sekumpulan peniaga-peniaga bermodal rendah seperti penjaja, pembekel kecil, peruncit dan sebagainya tidak akan menurunkan harga niagaan mereka. Ini disebabkan keuntungan mereka adalah kecil, ketamakan yang meminta keuntungan lebih menyebabkan mereka berbuat demikian. Mereka akan mengeluarkan berbagai alasan untuk mengelakkan permintaan munurunkan harga niagaan daripada pelanggan mereka. Tapi, Harga petrol telah menurun bagi kali ke-3, harganya sekarang hampir sama dengan harga asal sebelum kenaikan pada beberapa bulan yang lepas. Alasan kos pengangkutan yang tinggi tidak akan diterima lagi. Jadi, saya berharap para peniaga akan memahami kesusahan pelanggan mereka dan menurunkan harga niagaan mereka untuk mengurangkan beban pelanggan serta membangkitkan ekonomi negara kita~~

KeeSengU6F

Posts : 14
Join date : 2008-09-23

Back to top Go down

Harga barangan tidak jatuh?? Empty Re: Harga barangan tidak jatuh??

Post  CikguPA Tue Dec 02, 2008 3:20 pm

PM arah peniaga turunkan harga

Oleh ZULKIFLI JALIL

PUTRAJAYA 1 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) memastikan harga barangan di negara ini diturunkan selaras dengan penurunan harga minyak dan ia mestilah merupakan barangan kegunaan harian rakyat.

Sambil menyatakan rasa kesal dengan sikap liat sesetengah peniaga menurunkan harga barang setiap kali harga minyak diturunkan, Perdana Menteri secara sinis berkata, peniaga terbabit sewenang-wenang menaikkan harga barangan tanpa disuruh apabila harga minyak naik.

Menurut Abdullah, beliau telah memberitahu menteri berkenaan, Datuk Shahrir Abdul Samad bahawa harga barang-barang yang diturunkan oleh peniaga mesti barangan yang digunakan setiap hari.

“Dulu kalau harga minyak naik, pandai-pandai pula naikkan (harga barangan), tapi bila turun, tak pula turun-turun harganya. Inilah satu (masalah) kebiasaan yang dihadapi rakyat,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, JPM di sini hari ini.

Meskipun kerajaan telah menurunkan harga minyak sebanyak lima kali sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga bahan api itu di pasaran dunia namun tiada tanda-tanda ketara para peniaga di negara ini menurunkan harga barang terutama bahan makanan.

Pada 17 November lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta para peniaga mengambil langkah mengurangkan harga barangan selaras dengan penurunan harga petrol dan diesel supaya orang ramai mendapat manfaat sepenuhnya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan harga kebanyakan sayur seperti cili merah, kubis dan sebagainya naik mendadak di Kedah walaupun harga petrol dan diesel sudah diturunkan sebanyak lima kali dalam tahun ini.

Ekoran kenaikan harga cili merah yang melambung tinggi di pasaran, para peniaga di Pasar Besar Alor Star dikatakan enggan menjual cili kepada pengguna kerana tidak mahu menanggung kerugian.
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 56
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Harga barangan tidak jatuh?? Empty Re: Harga barangan tidak jatuh??

Post  CikguPA Wed Dec 03, 2008 7:57 am

Harga barangan turun suku pertama 2009

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Harga barangan di seluruh negara dijangka dapat diselaraskan dan diturunkan mulai suku pertama tahun hadapan berdasarkan penurunan harga bahan mentah di pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad (gambar) memberi jaminan itu berdasarkan kajian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berikutan penurunan harga minyak di pasaran buat masa kini.

Menurutnya, kadar harga barangan keperluan pada masa sekarang masih sukar diturunkan secara menyeluruh kerana masih terikat dengan kos pemprosesan yang lama semasa harga minyak berada di paras tertinggi.

''Harga-harga barang keperluan yang telah siap diproses seperti susu dan minyak masak tidak boleh diturunkan kerana penurunan harga minyak di pasaran baru sahaja berlaku dalam masa beberapa bulan ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik di Pusat Membeli Belah AEON Taman Equine hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan

KPDNHEP memastikan harga barangan diturunkan terutamanya barangan kegunaan harian berikutan penurunan harga minyak.

Abdullah juga menyatakan kesal dengan sikap liat sesetengah peniaga menurunkan harga barang setiap kali harga minyak diturunkan.

Dalam masa yang sama, Shahrir memberitahu, pihaknya mengadakan kerjasama dengan semua pasar raya besar bagi menyelaraskan penurunan harga barangan sama ada di dalam atau di luar bandar.

''Bagi menjayakan agenda itu, kami ada mengadakan perbincangan dengan Felda D'Mart supaya penurunan harga barangan ini dapat diperluaskan ke luar bandar seperti di kawasan Felda,'' katanya.

Selain itu, beliau turut mengakui terdapat kelemahan pada sistem pengedaran terutamanya membabitkan pemborong dan peruncit.

''Pemborong sering meletakkan syarat-syarat yang tidak sepatutnya semasa berurusan dengan pihak peruncit sehinggakan mereka tidak ada pilihan menjual dengan harga yang lebih tinggi.

''Berdasarkan kajian yang dilakukan di Seberang Perai Utara dan Pekan, KPDNHEP akan cuba membetulkan keadaan itu dengan mengenal pasti pemborong terbabit dan meminta kerjasama daripada Kementerian Pertanian,'' jelasnya.

Sebelum itu, beliau memuji langkah yang diambil oleh AEON Co. (M) BHD. dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memperkenalkan kempen tersebut.

''Tanggungjawab sosial ini amat penting memandangkan beg plastik menghasilkan ancaman ke atas alam sekitar untuk jangka masa panjang terutamanya generasi yang akan mendatang,'' ujarnya.

Beliau berharap kempen seperti itu dapat diperluaskan ke kawasan luar bandar kerana penggunaan beg plastik masih merupakan satu kebiasaan kepada masyarakat di sana.
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 56
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Harga barangan tidak jatuh?? Empty Re: Harga barangan tidak jatuh??

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum