PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kemalangan jalan raya di Tawau

Go down

Kemalangan jalan raya di Tawau Empty Kemalangan jalan raya di Tawau

Post  Shuefern(L6A/12) Sat Sep 15, 2012 6:15 am

TAWAU: Tiga beranak maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan jenis Ninja King di kilometer 20, Jalan Tawau–Merotai, dekat sini, hari ini.

Pemangku Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Tawau, Asisten Superintendan Sabri Zainol Abidin, berkata mangsa itu dikenali sebagai Agnes Gau Bole, 36, dan sepasang anaknya, Immanuel Bole (8 tahun), dan Fredercia Indriani Bole, 14.
"Seorang mati serta-merta di tempat kejadian dan dua lagi meninggal ketika dalam perjalanan ke Hospital Tawau," katanya di sini.

Sabri berkata, keluarga itu adalah pemegang pasport Indonesia yang hendak ke bandar Tawau untuk membeli persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Sabri berkata, keluarga berkenaan dikatakan sedang dalam perjalanan dari Merotai ke Tawau sebelum kejadian itu berlaku pada kira-kira 7 pagi.

"Kita percaya kenderaan itu dipandu laju sehingga menyebabkan ia terbabas dan masuk gaung di sebelah kiri jalan," katanya.

Sabri meminta saksi kejadian supaya tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Joseph Jelian atau pembantunya, Sarjan David di talian 089-752222 sambungan 258. - Bernama


Ulasan:
Penguatkuasaan undang-undang jalan raya perlu ditingkatkan agar pengguna jalan raya lebih berhemah semasa berada di jalan raya. Sikap berhati-hati di jalan raya perlu diamal oleh pengguna jalan raya agar mereka sentiasa selamat demi kebaikan bersama.

Shuefern(L6A/12)

Posts : 10
Join date : 2012-09-14

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum