5% pembinaan jalan baru dalam RMK-10 guna simen konkrit

View previous topic View next topic Go down

5% pembinaan jalan baru dalam RMK-10 guna simen konkrit

Post  keat sin (U6A) on Tue Jul 20, 2010 11:45 am

KUALA LUMPUR 20 Julai - Sekurang-kurangnya lima peratus daripada pembinaan jalan raya baru di negara ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 akan menggunakan kaedah turapan simen konkrit.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata, penggunaan kaedah itu mempunyai banyak kelebihan berbanding kaedah turapan premix (tar) yang diamalkan sekarang terutama daripada segi jangka hayat dan kualiti jalan.

"Penggunaan simen konkrit memberi kelebihan berbanding turapan konvensional khususnya dari segi jangka hayat yang lebih panjang dan kos kitaran hidup yang rendah di samping mampu menampung bebanan yang lebih tinggi.

"Ia juga terbukti mampu meningkatkan ketahanan dan kualiti permukaan jalan kerana kandungan ketumpatan dalam turapan simen konkrit lebih tinggi berbanding turapan jalan tar," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini, hari

ini.

Beliau menjawab soalan Senator Zainun A. Bakar yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang membina jalan menggunakan turapan konkrit berbanding turapan premix (tar) yang diamal sekarang dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

Khoon Seng berkata, kos pembinaan jalan menggunakan kaedah simen konkrit adalah lebih mahal iaitu antara 20 hingga 50 peratus berbanding kaedah konvensional turapan tar.

Bagaimanapun, dalam jangka panjang, penggunaan kaedah itu mampu membantu kerajaan mengurangkan perbelanjaan khususnya daripada aspek penyelenggaraan jalan kerana ia dapat mengurangkan kerosakan dan meningkatkan jangka hayat jalan.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum