PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Masalah Obesiti dalam Kalangan Kanak-kanak

Go down

Masalah Obesiti dalam Kalangan Kanak-kanak Empty Masalah Obesiti dalam Kalangan Kanak-kanak

Post  Mah Huei Yee (L6A/2012) Sat Aug 18, 2012 7:29 am

Mutakhir ini, obesiti menjadi masalah utama dalam kalangan kanak-kanak di dunia. Menurut laporan National Center for Health Statistic pada 2002, kira-kira 15 peratus kanak-kanak dan remaja di Amerika Syarikat mengalami obesiti.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah obesiti semakin serius dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di negara membangun. Masalah obesiti merupakan faktor utama yang mengakibatkan sindrom metabolik yang banyak dihidapi penduduk di Asia.

WHO menganggarkan bahawa pada 2015, lebih kurang 2.3 bilion orang penduduk di dunia mengalami masalah berat badan yang terlebih dan daripada jumlah tersebut kira-kira 700 juta orang akan mengalami masalah obesiti.

Di Malaysia, peningkatan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 10 tahun menunjukkan peratusan yang membimbangkan iaitu daripada 6.6 peratus kepada 13.8 peratus. Keadaan ini lebih kritikal apabila mereka meningkat dewasa.

Semestinya golongan dewasa yang menghadapi masalah obesiti mencari alternatif terbaik untuk mengurangkan berat badan. Bagi kanak-kanak pula, masalah obesiti mereka kebanyakan dibiarkan oleh ibu bapa mereka.
==============================================================================
langkah-langkah boleh mengatasikan masalh ini ialah:
pemakanan yang seimbang
Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan makanan, misalnya vitami, protei, lemak dan sebagainya. Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan. Elakkan makanan yang tinggi kandungan kolori seperti makan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan dan banyakkan makanan yang direbus dan dibakar. Selain itu,kita mestilah makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan.

Kanak-kanak bersenam juga boleh mengurangkan berat badan.Mereka boleh melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan atau mengemas rumah pada waktu lapang dan aktiviti lain yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda. Oleh itu, dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat.


Mah Huei Yee (L6A/2012)

Posts : 7
Join date : 2012-08-15

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum