PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Penyakit psikologi kanak-kanak meningkat

3 posters

Go down

Penyakit psikologi kanak-kanak meningkat Empty Penyakit psikologi kanak-kanak meningkat

Post  NgSiokYing U6F/11 Sun Jun 27, 2010 12:57 pm

Penyakit psikologi kanak-kanak meningkat
Ng Siok Ying L6F/10 wrote:BENTONG 26 Jun – Kementerian Kesihatan bimbang dengan trend peningkatan mendadak penyakit berkaitan psikologi terutama di kalangan kanak-kanak berumur antara lima hingga 15 tahun di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kajian menunjukkan penyakit tidak berjangkit itu meningkat sebanyak 13 peratus kepada 20.3 peratus dalam tempoh 1996 hingga 2006.

Beliau berkata, gaya hidup masyarakat pada hari ini dalam mengharungi era dunia globalisasi dipercayai menyumbang kepada peningkatan penyakit itu.
“Dahulu persaingan sengit berlaku antara sebuah negara dengan negara lain namun hari ini senario berubah apabila berlaku persaingan antara manusia.

“Ini menyebabkan seorang individu itu menjadi tertekan untuk berdepan dengan cabaran hidup yang dihadapinya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Fiesta Jom Sihat - Hidup Sungguh Bermakna di sini hari ini.

Fiesta itu anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan (SMVTAA) dengan kerjasama Lembaga Promosi Kementerian dan Prostar Malaysia.

Ditanya punca tekanan yang dihadapi oleh golongan kanak-kanak di negara ini, Tiong Lai tidak menolak kemungkinan faktor sistem berorientasikan peperiksaan menyumbang kepada masalah yang sama.
Justeru, beliau berharap nilai-nilai kekeluargaan yang positif dapat diamalkan di kalangan ibu bapa dengan menyemai kasih-sayang dan keharmonian.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya memandang serius jumlah kematian demam denggi yang semakin meningkat di negara ini walaupun kes berkurangan.

Sehingga hari ini, sebanyak 75 kematian dicatatkan berbanding 62 orang dalam tempoh sama tahun lalu.

“Bagi mencegah wabak ini secara agresif, kementerian menggalakkan jawatankuasa kawasan perumahan menubuhkan lebih banyak skuad program Combi (Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku) di kawasan mereka,” katanya.

NgSiokYing U6F/11

Posts : 24
Join date : 2010-06-18
Age : 32

Back to top Go down

Penyakit psikologi kanak-kanak meningkat Empty Re: Penyakit psikologi kanak-kanak meningkat

Post  S.Teng(U6A/2010) Sun Jun 27, 2010 4:24 pm

Ya..saya amat bersetuju berita yang dipost oleh saudari Ng Siok Ying bahawa penyakit psikologi kanak-kanak adalah semakin ketara dan menjadi satu isu yang penting pada hari ini. Saya percaya bahawa kebanyakkan penyakit psikologi kanak-kanak datang dari segi masalah diri sendiri, masalah keluarga, masalah pembelajaran dan menghadapi tekanan yang besar dan faktor lain-lain. Tambah lagi, salah satu Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) ialah kanak-kanak yang berumur lima tahun wajib masuk ke sekolah rendah pada tahun akan datang. Ini telah menunjukkan mereka akan menghadapi tekanan yang lebih besar. Maka, penyakit psikologi kanak-kanak akan terus meningkat dan menjadi lebih serius lagi. Shocked

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Penyakit psikologi kanak-kanak meningkat Empty Re: Penyakit psikologi kanak-kanak meningkat

Post  leeyoong_U6B Thu Jul 01, 2010 11:44 am

ya.. Saya amat bersetuju apa yang dikatakan oleh S.Teng... Selain itu, kita juga tidak boleh menafikan bahawa punca tekanan yang dihadapi oleh golongan kanak-kanak juga merupakan salah satu faktor yang agak penting dalam perkara ini. Kini, kanak-kanak perlu menghadapi peperiksaan yang berbagai-bagai jenis. Di negara ini, sistem berorientasikan peperiksaan merupakan penyumbang kepada masalah ini. Permintaan dan harapan ibu bapa yang terlalu tinggi akan mempengaruhi sikap mereka. Mereka akan berasa terlalu tertekan dan takut tidak dapat mencapai permintaan ibu bapa dan mengecewakan mereka. Dengan ini, berlakunya perningkatan Penyakit psikologi kanak-kanak.

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Penyakit psikologi kanak-kanak meningkat Empty Re: Penyakit psikologi kanak-kanak meningkat

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum