PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bayi baru lahir maut dicampak dari balkoni pangsapuri

5 posters

Go down

Bayi baru lahir maut dicampak dari balkoni pangsapuri Empty Bayi baru lahir maut dicampak dari balkoni pangsapuri

Post  Tan Ke Rou U6B Thu Jun 02, 2011 5:48 am

KUALA LUMPUR: Apalah dosa seorang bayi lelaki cukup sifat yang baru dilahirkan hingga ada manusia tergamak mencampaknya dari tingkat atas sebuah pangsapuri di Sentul di sini, ke atas permukaan jalan, hingga bayi malang itu ditemui mati dengan kepalanya pecah, malam kelmarin.

Bayi masih bertali pusat yang dibungkus dalam plastik itu ditemui tertiarap dalam keadaan menyayat hati oleh penduduk Pangsapuri Sentul Utara pada jam 11.45 malam, di tempat letak kereta, kurang dua meter dari tong sampah.
Polis percaya bayi itu dicampak dari balkoni laluan tangga pangsapuri berkenaan dengan pelakunya dipercayai cuba membuang bayi terbabit ke dalam tong sampah, namun tersasar ke permukaan jalan.
Pemeriksaan polis turut menemui titisan air dipercayai air ketuban di tangga tingkat empat pangsapuri 15 tingkat itu.

Mayat bayi itu ditemui hanya 16 jam selepas penemuan mayat seorang bayi perempuan yang tersangkut di celah batu di sungai berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pagi kelmarin.

Sambil menyifatkan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu sebagai amat hina dan keji, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan bayi itu milik penduduk pangsapuri berkenaan.

"Selain itu, kita juga menyiasat kemungkinan bayi malang ini dibawa oleh orang luar sebelum dibuang di kawasan ini. Berdasarkan kesan kecederaannya, kita percaya bayi ini jatuh dari tempat tinggi iaitu dicampak ke bawah dari pangsapuri ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai khususnya penduduk pangsapuri itu yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Saksi kejadian, Ahmad Azhari, 34, berkata beliau baru pulang dari pejabat dan terkejut apabila melihat bungkusan berisi seperti anak patung berhampiran tong sampah, ketika melalui kawasan itu.

“Hancur hati saya melihat rupa-rupanya bungkusan itu berisi bayi baru dilahirkan dengan kepalanya pecah,” katanya.


Walaupun penguatkuasaan undang-undang telah dijalankan oleh kerajaan tetapi kes-kes berkaitan masih kerap berlaku. Apakah langkah-langkah yang lebih efektif dalam membendung kes-kes berkaitan?

Tan Ke Rou U6B

Posts : 6
Join date : 2011-05-21

Back to top Go down

Bayi baru lahir maut dicampak dari balkoni pangsapuri Empty Re: Bayi baru lahir maut dicampak dari balkoni pangsapuri

Post  Lixin Lim [U6B] Mon Jun 06, 2011 4:42 pm

Pendidikan moral atau pengajaran agama boleh ditegaskan untuk mengurang kes-kes berikut berlaku lagi.Pengajaran ini patut dipupuk sejak kecil lagi untuk semua kanak-kanak supaya mereka berpegang sebuah hati yang berperikemanusiaan.
Ini adalah cadangan kecil daripada saya,tetapi tidak tahu efektif atau tidak. tongue

Lixin Lim [U6B]

Posts : 16
Join date : 2011-05-20

Back to top Go down

Bayi baru lahir maut dicampak dari balkoni pangsapuri Empty Re: Bayi baru lahir maut dicampak dari balkoni pangsapuri

Post  Lim Wai Mun U6b Wed Jun 08, 2011 4:48 pm

Kempen atau media massa mempunyai pentingnya . Dalam kempen atau ceramah ini boleh menerangkan hukuman yang akan dikenakan . Media massa juga boleh selalu menyiarkan video mengenai tentang bertapa pentingnya nyawa di dunia. Exclamation

Lim Wai Mun U6b

Posts : 9
Join date : 2011-05-21
Age : 30

Back to top Go down

Bayi baru lahir maut dicampak dari balkoni pangsapuri Empty Re: Bayi baru lahir maut dicampak dari balkoni pangsapuri

Post  Maxwell (L6B/2011) Thu Jun 09, 2011 5:41 pm

Dalam sekolah juga seperti dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, topik ini patut dibincang dengan lebih serius. Terutamanya di sekolah menengah, pendidikan adalah penting untuk mengelakkan perkara ini daripada merebak...

Maxwell (L6B/2011)

Posts : 8
Join date : 2011-05-19

Back to top Go down

Bayi baru lahir maut dicampak dari balkoni pangsapuri Empty Re: Bayi baru lahir maut dicampak dari balkoni pangsapuri

Post  ChenLinU6B Sun Jun 12, 2011 1:11 pm

Peranan kerajaan merupakan salah satu langkah pragmatik untuk membendung kes pembuangan bayi yang kian rencam dalam kalangan muda-mudi.jika dikaji dengan lebih teliti,Kementerian Dalam Negeri merupakan satu-satu pihaknya yang bertanggungjawab dalam komponen kerajaan untuk membasmi kes ini.Kementerian Dalam Negeri perlu menubuhkan sekolah harapan iaitu sekolah khas untuk pelajar-pelajar perempuan yang hamil supaya mereka dikenal pasti pada tahap awal lagi.

ChenLinU6B

Posts : 15
Join date : 2011-05-19

Back to top Go down

Bayi baru lahir maut dicampak dari balkoni pangsapuri Empty Re: Bayi baru lahir maut dicampak dari balkoni pangsapuri

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum