PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Universiti perlu lahir jurutera berdaya saing: Shaziman

Go down

Universiti perlu lahir jurutera berdaya saing: Shaziman Empty Universiti perlu lahir jurutera berdaya saing: Shaziman

Post  yeeleng(L6A) Mon Jun 28, 2010 2:28 pm

MELAKA: Universiti tempatan perlu menitik beratkan untuk melahirkan jurutera muda yang berdaya saing dan mampu diterima peringkat global.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata dalam melahirkan jurutera muda berkualiti, pihak universiti mesti memastikan kurikulum, kaedah pengajaran dan pendedahan yang diberi kepada bakal jurutera itu mesti mengikut aturan dan standard tertentu. "Menjadi hasrat kita agar lebih ramai jurutera yang dihasilkan universiti tempatan dapat diterima di peringkat global," katanya semasa merasmikan Persidangan Kejuruteraan dan Teknologi Universiti-universiti Teknikal Malaysia di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Nur Haizi Abdul Hai.

Persidangan itu dianjurkan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Universiti Tun Hussin Onn Malaysia, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Perlis.

Shaziman yang juga Menteri Mentor Universiti-universiti Teknikal Malaysia berkata, mengikut statistik Lembaga Jurutera Malaysia, di bawah kementeriannya terdapat 9,985 jurutera profesional dan 51,908 jurutera berijazah di seluruh negara.

Beliau berkata, bilangan itu kian meningkat dan ia menunjukkan bidang kejuruteraan masih diminati serta memberi peluang besar kepada siswazah.
Sementara itu, Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan, berkata MTUN akan mempergiatkan penyelidikan dan inovasi untuk mencari teknologi baru bagi kegunaan masa depan.

Beliau berkata, hubungan MTUN dan pihak industri juga akan terus diperkukuhkan bagi membolehkan lebih banyak hasil penyelidikan dikomersialkan.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum