PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bookie: Pelajar asing Universiti Sains Malaysia terlibat

Go down

Bookie: Pelajar asing Universiti Sains Malaysia terlibat Empty Bookie: Pelajar asing Universiti Sains Malaysia terlibat

Post  NgSiokYing U6F/11 Wed Jun 23, 2010 4:41 pm

Bookie: Pelajar asing Universiti Sains Malaysia terlibat
Ng Siok Ying L6F/10 wrote:PULAU PINANG 22 Jun - Universiti Sains Malaysia (USM) mengesahkan seorang lelaki Nigeria yang ditahan polis kerana terlibat dalam sindiket penipuan di Internet Jumaat lalu merupakan pelajar kursus jangka pendek di pusat pengajian tinggi berkenaan.

Timbalan Pendaftar USM, Mohamad Abdullah berkata, pihaknya mengambil perhatian serius terhadap perkara itu dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis bagi memastikan tiada lagi mana-mana pelajar universiti itu terlibat.

Menurutnya, pihak universiti kini melakukan pemantauan berterusan berhubung laporan berkenaan dan sedang berusaha mengumpul dan mendapatkan maklumat lengkap mengenai perkara itu.

"USM tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang dan peraturan sedia ada sekiranya terdapat mana-mana pelajar kami terlibat dalam jenayah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Asisten Komisioner Roslee Chik menyeru semua pihak supaya lebih berhati-hati dengan sindiket licik dan meminta mereka yang pernah menjadi mangsa atau mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.

Katanya, antara nombor akaun sering digunakan sindiket itu ialah 0733-0022708-4, 0733-0022691-52-3, 0733-0024037-52-5 (CIMB) dan 1570 5472 2986 (Maybank).


NgSiokYing U6F/11

Posts : 24
Join date : 2010-06-18
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum