PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ajar pelajar sains perkara positif

Go down

Ajar pelajar sains perkara positif Empty Ajar pelajar sains perkara positif

Post  yeeleng(L6A) Wed Jun 16, 2010 7:30 am

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tenaga pengajar bidang sains dan kejuruteraan perlu mendidik pelajar mereka menggunakan ilmu saintifik untuk perkara positif bagi memelihara keamanan dunia sejagat. Bekas Perdana Menteri berkata, walaupun teknologi sains kini berkembang pesat sehingga banyak menyumbang kepada kesejahteraan manusia, bidang itu boleh membawa kemusnahan jika disalahgunakan. “Sebagai contoh, pengetahuan sains seperti kemahiran menghasilkan bom nuklear boleh disalahgunakan untuk tujuan pembunuhan, manakala kecekapan menghasilkan plastik daripada petroleum didapati mencemarkan alam sekitar kerana ia tidak mudah reput.

“Dulu, dunia sains berbangga dapat menghasilkan plastik daripada bahan petroleum dan ia adalah satu penemuan hebat tetapi malangnya kini mereka tidak menemui cara bagaimana untuk melupuskannya sehingga lautan dicemari plastik.

“Bom nuklear pula terbukti membunuh seperti yang berlaku di Nagasaki dan Hiroshima. Melihat kepada perkara ini maka ada kebaikan dan keburukan dalam bidang sains.

“Maka amat penting untuk memupuk nilai baik kepada pelajar supaya mereka dapat menggunakan pengetahuan saintifik dengan cara yang positif,” katanya.
Dr Mahathir berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Ke Arah Kelestarian: Kejuruteraan, Teknologi dan Kemanusiaan’ sempena Kongres Kejuruteraan Sains dan Teknologi Sedunia (ESTCON) 2010 di sini, semalam.

Kira-kira 1,200 pakar sains dan kejuruteraan menghadiri ESTCON selama tiga hari bermula semalam, anjuran Universiti Teknologi Petronas (UTP) dengan sokongan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Hadir sama, Naib Presiden Eksekutif (Perniagaan Hiliran) Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Rektor UTP, Datuk Dr Zainal Abidin Kasim.

Dr Mahathir yang juga Canselor UTP berkata, ahli sains perlu bertindak bijak dengan mencari jalan bagi melupuskan secara selamat sebarang penemuan atau bahan yang dihasilkan.

“Ini kerana, saintis tahu bagaimana untuk menggunakan teknologi nuklear bagi menghasilkan tenaga elektrik atau bom pemusnah tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk melupuskan sisa nuklear secara selamat buat selama-lamanya.

“Hari ini, seseorang boleh menghancurkan dunia dengan menggugurkan sebutir bom nuklear tetapi kita belum menemui jalan bagaimana untuk memastikan nuklear tidak mendatangkan bahaya kepada manusia,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, amat penting untuk tenaga pengajar sains dan kejuruteraan mendidik pelajar mereka mengenai kesan negatif yang kemungkinan wujud apabila ilmu sains disalahgunakan.

“Sains seharusnya membantu kita menjalani kehidupan yang lebih baik dan sihat dan bukannya untuk tujuan merosakkan atau memusnahkan kehidupan manusia,” katanya

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum