PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pelajar Malaysia di Arab Saudi jalani kursus protokol

Go down

Pelajar Malaysia di Arab Saudi jalani kursus protokol Empty Pelajar Malaysia di Arab Saudi jalani kursus protokol

Post  Kar Yung (U6A/2010) Sun May 09, 2010 10:38 am

KUALA LUMPUR 9 Mei - Semangat 1Malaysia merentasi sempadan negara disemarakkan lagi di kalangan pelajar Malaysia di Arab Saudi melalui kursus pengurusan organisasi yang julung kali diadakan.

Kursus dua hari anjuran bersama Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) Jordan dan Persatuan Pelajar Malaysia Madinah itu diadakan di Universiti Islam Madinah pada Rabu dan Khamis lepas.

Pengarah MSD Jordan Haji Sulaiman Ismail berkata, pensyarah universiti itu Prof. Dr. Abdul Karim Ibrahim AlGhudayh, yang juga Mufti Masjid Nabawi memuji usaha tersebut kerana dapat menambah pengetahuan para pelajar.

“Beliau yang mewakili rektor universiti telah turut mengikuti sebahagian daripada slot kursus dan mencadangkan semua bahan kursus diterjemah ke dalam bahasa Arab untuk dikongsi bersama pelajar-pelajar lain universiti itu,” katanya dalam satu kenyataan menerusi e-mel hari ini.

Sebanyak lapan kertas kerja telah dibentangkan merangkumi aspek pengurusan organisasi, penulisan surat rasmi, tatacara pengurusan kewangan, protokol pengurusan majlis, pengacaraan majlis rasmi, penyediaan aturcara pentadbiran majlis, penyediaan teks juruacara majlis, etiket menjawab telefon dan etiket di meja makan.

Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Madinah, Mohamad Ashik Abu Hanifah berkata, kursus itu memberikan input berguna kepada pelajar khususnya dalam aspek pengurusan persatuan dan pendedahan mengenai protokol dan etiket sosial.
Kar Yung (U6A/2010)
Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 34
Location : KL

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum