Mi segera dari Korea disyaki dicemari kimia

View previous topic View next topic Go down

Mi segera dari Korea disyaki dicemari kimia

Post  ChenLinU6B on Sun Jun 12, 2011 1:02 pm

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa produk makanan dari Taiwan ditarik balik dari pasaran berikutan tercemar dengan di- (2-ethylhexyl) phthalate (DEHP) dan di-isononyi phthalate (DINP), semalam produk mi segera dari Korea, Shin Ramen turut disyaki mengandungi bahan tercemar sama.

Berikutan itu, Kementerian Kesihatan mengarahkah produk itu ditarik balik serta merta dari pasaran sehingga ujian mengesahkan ia selamat daripada bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik itu dan mereka yang sudah membeli produk itu, dinasihatkan supaya tidak memakannya sehingga ia disahkan selamat.
Bercakap selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-29 Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad di Wisma MCA, di sini semalam, menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata Shin Ramyun turut diedarkan syarikat sama, namun memberi jaminan orang ramai tidak perlu khuatir dengan keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan dan Korea kerana kementerian mengenakan kawalan ketat.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apakah perasaan anda apabila membaca tajuk berita ini?Perasaan gembira,sedih,atau geram?Sejak peristiwa makanan taiwan yang "berplastik",soalan ini akan sentiasa wujud apabila kita hendak membeli sesuatu untuk makan.Pelbagai makanan yang ada di pasaran adakah selamat dimakan?Selain itu,siapakah yang harus bertanggungjawab terhahap perkara yang dapat menjejaskan kesihatan rakyat secara tidak langsung ?

ChenLinU6B

Posts : 15
Join date : 2011-05-19

View user profile

Back to top Go down

Re: Mi segera dari Korea disyaki dicemari kimia

Post  Tan Pei Ying on Thu Jun 16, 2011 11:55 am

Pada pendapat saya , pengukuhan undang-undang serta dendaan perlu dilaksanakan oleh pihak kementerian untuk menghukum syarikat-syarikat pengeluaran makanan yang tidak bertanggungjawab serta menjalankan ujian kepada makanan dan pemerhatian kepada proses pengeluaran makanan untuk memastikan makanan yang dikeluarkan serta dijual di pasaran ialah selamat.Saya percaya bahawa kalian telah mengetahui bahan kimia yang bahaya ini akan menjejaskan kesihatan kita, oleh itu ,kementerian perlu mengambil tindakan secepat mungkin supaya menjamin kesihatan kita.

Tan Pei Ying

Posts : 4
Join date : 2011-06-16

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum