PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Makanan Segera

4 posters

Go down

Makanan Segera Empty Makanan Segera

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Wed Jun 16, 2010 7:36 am

Dewasa ini, ramai antara kita yang suka memakan makanan segera ataupun "fast food". Makanan sebegini sebenarnya lebih banyak keburukan daripada kebaikan.Ia samlah dengan makanan remeh. Memandangkan hakikat inilah syarikat-syarikat makanan membelanjakan berjuta-juta ringgit ke atas iklan, penajaan dan promosi untuk meyakinkan orang ramai kelazatannya. Tempat-tempat perniagaan (restoran) mereka didakwa menjadi tempat hiburan untuk kanak-kanak dan keluarga, mengikut aliran semasa dan kita diberitahu makanan itu selamat dimakan dan berkhasiat.

Walaupun bukan semua makanan segera ni remeh .Ia sememangnya makanan tetapi mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Biasanya kalau kita bukannya penggemar makanan segera ia tidak mendatangkan apa-apa kesan pada kesihatan kita. Tetapi jika sebaliknya, awaslah anda sekarang diburu oleh beberapa penyakit, mula-mula kerosakan gigi, sembelit, tubuh menggeleber, kegemukan... diikuti oleh tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar dan pelbagai jenis kanser yang lain.

Marilah kita sama-sama membincangkan dan melihat segala aspek makanan segera supaya masyarakat kita akan sedar tentang keburukan makanan segera.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Makanan Segera Empty Re: Makanan Segera

Post  leeyoong_U6B Fri Jun 18, 2010 7:32 pm

Nak tahu apa yang terdapat dalam makanan segera kegemaran anda? mari kita lihat bersama-sama...
Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:

Burger daging (1/2 paun) boleh mengandungi 2 oz lemak tulen. Ia membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.
Makanan Segera 111
Ayam goreng: Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperolehi dari lemak). Banyak garam. Ia membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.
Makanan Segera 211
Kentang goreng: Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.
Makanan Segera 311
Milk Shake: 5 oz susu di dalam 10 oz shake, bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemulsi. Ia juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium, dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.

Cola: Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula). Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanan: kosong.

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Makanan Segera Empty Re: Makanan Segera

Post  leeyoong_U6B Fri Jun 18, 2010 7:52 pm

Apakah itu makanan segera?
Makanan segera merupakan makanan yang mengandungi kurang khasiat pemakanan. Ia juga memberi kesan yang kurang baik kepada kesihatan.

Dalam konteks Malaysia, ia bukan lagi datangnya dari restoran-restoran makanan segera yang lazim dikenali, tapi merangkumi makanan sejuk beku yang dipercayai mengandungi bahan pengawet yang berbahaya.

KEBURUKAN MAKANAN SEGERA
Punca penyakit
Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), antara makanan dan minuman segera yang dikategorikan sebagai tidak berkhasiat ialah mi segera, minuman bergas, gula-gula, burger dan coklat.
Makanan terbabit merupakan penyumbang kepada penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang yang dihidapi kira-kira tiga juta penduduk negara ini. Malah, dua juta rakyat negara ini iaitu 8.5 peratus daripada 26 juta penduduk, didapati menghidap penyakit diabetes, yang kebanyakannya berpunca daripada makanan.

Dalam kajiannya turut mendapati hampir keseluruhan murid-murid sekolah menjadi sasaran kepada makanan segera dan terdedah kepada gejala penyakit kritikal itu sejak di usia muda.
Presiden CAP, S. M. Mohamed Idris berkata, kandungan gula berlebihan dan pewarna tiruan merupakan antara ‘racun’ yang tersembunyi dalam makan segera.
Sementara itu, Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar Shah Alam, Dr. Zulkarnain Ahmad Hamidy berkata, pengambilan makanan segera yang berlebihan dan malas bersenam akan menyumbang kepada obesiti...
Makanan Segera Obesit10
Obesiti merupkan punca segala penyakit termasuk darah tinggi, masalah jantung, kencing manis dan kegagalan buah pinggang.

Kebanyakan menu makanan segera mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi tanpa vitamin atau zat berfaedah terutama untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Kalori yang memasuki badan sukar untuk dibuang dan ini akan membawa kepada masalah kesihatan seperti kegemukan dan masalah jantung dan sejumlah besar kalori dalam makanan segera tidak diperlukan dan akan mengganggu sistem metabolisme badan, seterusnya dikumpul menjadi lemak.

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Makanan Segera Empty Re: Makanan Segera

Post  NgSiokYing U6F/11 Sat Jun 19, 2010 8:49 am

Ng Siok Ying L6F/10 wrote:
Pada pendapat saya,ramai orang suka makan makanan segera kerana mudah mendapatnya di mana-mana tempat pada bila-bila masa.Pada zaman ini,ramai orang suka menyelesaikan semua perkara dalam masa yang singkat termasuk menjamu selera.Dengan ini,mereka akan memilih makanan segera walaupun tahu akan menjejaskan kesihatan mereka.Di samping itu,kebanyakan ibu bapa yang bekerja lebih suka membeli makanan segera untuk anaknya kerana mereka tiada masa untuk menyediakan makanan.Ini sepatutnya tidak boleh berlaku.Ibu bapa perlu bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan anaknya.Sebenarnya,semua makanan ada kebaikan dan keburukannya.Kita mesti pandai memilih makanan yang lebih baik untuk kesihatan kita.Marilah kita mengurangkan makanan segera!!

NgSiokYing U6F/11

Posts : 24
Join date : 2010-06-18
Age : 32

Back to top Go down

Makanan Segera Empty Re: Makanan Segera

Post  S.Teng(U6A/2010) Fri Jun 25, 2010 5:06 pm

Pengguanaan bahan pengawet dalam makanan segera banyak memberi kesan buruk terhadap kita. Makanan segera telah mengunakan bahan pengawet dalam kuantiti yang tinggi, kerana ia diproses untuk memastikannya tahan lama. Selain itu, kandungan lemak dalam makanan segera juga lebih tinggi berbanding bahan mentah biasa. Memakan makanan segera dalam kuantiti tidak terkawal akan mendedahkan kita kepada pelbagai jenis penyakit seperti:
a) Kerosakan gigi
b) Tekanan darah tinggi
c) Pembuluh darah tersumbat
d) Obesiti
e) Kenaikan tahap kolesterol


Jadi..Kita hendaklah mengelakkan pengambilan makanan segera supaya kesihatan badan kita dapat dikekalkan. Smile

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Makanan Segera Empty Re: Makanan Segera

Post  leeyoong_U6B Thu Jul 01, 2010 11:34 am

Satu sajian makanan segera membekalkan anda separuh kalori dan dua pertiga lemak serta protein yang anda perlukan sepanjang hari.
Tetapi jika anda mengambil sajian makanan ini sebagai makanan ringan, di antara sajian tetap anda, anda akan mendapat lebih banyak kalori, protein, lemak daripada yang diperlukan tubuh.
Anda akan kekurangan sesetengah zat makanan perlu yang membentuk diet lengkap dan seimbang.

MAKANAN SEGERA TERDAPAT..............

Lemak
Sebiji burger boleh mengandungi sebanyak 35% (atau mungkin lebih) lemak. Kentang goreng dikatakan lebih baik (dari segi khasiat) daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu, yang menggalakkan penyakit jantung. Lebih buruk, ia biasanya disediakan separa masak di dalam lemak dan kemudian dimasak sekali lagi sebelum dihidangkan. Jumlah berganda di dalam satu hidangan ini boleh mengandungi di antara 11 dan 16 g lemak.
Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemulsi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain.
Jangan menyangka ayam dan ikan kurang lemak. Ia juga digoreng dengan menggunakan banyak minyak di mana kebanyakkannya sama buruknya.

Garam
Secara purata seseorang itu memerlukan tidak lebih daripada 5 g atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji Big Mac boleh mengandungi 2 hingga 3 g garam, sementara tiga ketul ayam goreng Kentucky boleh mengandungi 3 hingga 4 kg.

Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Malah bahan makanan yang tidak manis mengandungi gula kerana banyak pengeluar menggunakan gula untuk menyedapkannya.

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Makanan Segera Empty Re: Makanan Segera

Post  leeyoong_U6B Tue Aug 03, 2010 12:36 pm

Menurut kajian yang dibuat pada 1989, CAP telah menguji 9 contoh burger beku dari pasar raya dan mendapati sejumlah besar lemak dicampurkan. Jumlah ini dalam lingkungan 11- 24% (iaitu 9 hingga 18 g lemak tepu tulen di dalam sebiji burger sederhana saiznya kira-kira 75 g), berbanding dengan protein yang terdiri daripada 12 - 18%. Yang lain merupakan isi bukan daging, biasanya roti yang sudah berkulat.

Anda mungkin menyangka sebiji burger hanyalah daging cincang. Namun definisi daging bagi industri makanan segera tidak sama dengan apa yang anda sangkakan. Tanpa mengambil kira bahagian lemak, daging itu tidak semestinya daging semata-mata. "Daging tanpa lemak" boleh (secara haram) termasuk tulang, kulit, rawan dan urat, lidah, usus dan organ-organ lain serta ekor yang dikisar. Ia juga boleh termasuk daging yang diperolehi dengan menggunakan mesin: diperbuat daripada sisa-sisa yang dipotong dan lemak yang dikikis daripada haiwan sembelihan oleh mesin. Bahan-bahan ini kemudiannya dikisar dan diadun menjadi adunan cair dengan menggunakan pengemulsi dan pemekat.

Sebiji burger boleh mengandungi daripada 50% hingga serendah 25% "daging tanpa lemak" sedemikian. Burger lain dicampurkan lemak dan ramuan-ramuan bukan daging seperti biskut garing (rusk) dan tepung kacang soya serta serbuk bawang. Campuran itu disebatikan dengan pengemulsi/pemekat (seperti selulos atau palpa kapas, rumput laut atau gam pokok), menjadikannya kelihatan menarik dan lazat dengan pewarna tiruan seperti Tartrazine, gula, perisa kimia, MSG dan garam.


leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Makanan Segera Empty Re: Makanan Segera

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum