PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Harga barang tidak naik

Go down

Harga barang tidak naik Empty Harga barang tidak naik

Post  keat sin (U6A) Tue Jul 20, 2010 12:42 pm

PUTRAJAYA 19 Julai - Sebanyak 17 persatuan peniaga yang mewakili 500,000 ahli memberi jaminan tidak akan menaikkan harga barangan jualan mereka ekoran pelarasan harga gula minggu lepas.

Jaminan itu turut diberikan oleh 17 wakil syarikat pengeluar makanan dan minuman utama di negara ini dalam satu pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini, hari ini.

Pada sidang akhbar selepas pertemuan selama sejam itu, Ismail Sabri berkata, komitmen yang diumumkan oleh persatuan dan pengeluar terbabit diharap melegakan orang ramai.

Menurutnya, ia juga sejajar dengan matlamat kerajaan yang berusaha dengan gigih untuk mengurangkan beban pengguna.

"Dalam pertemuan itu, mereka bersetuju untuk mengekalkan harga asal kerana ingin bersama-sama kerajaan yang kini berusaha mengurangkan beban pengguna.

"Mereka juga memahami kenapa kerajaan perlu mengurangkan subsidi gula di samping menyifatkan kenaikan harga gula itu tidak terlalu tinggi," katanya.

Kerajaan pada minggu lalu mengumumkan pelarasan harga gula sebanyak 25 sen berbanding harga asal RM1.65 sekilogram, menjadi RM1.90 sekilogram.

Selain itu, harga petrol RON 95 dan diesel diselaraskan 5 sen dengan harga baru iaitu RM1.85 seliter dan RM1.75 seliter bagi semua sektor.

Harga LPG pula diselaraskan 10 sen menjadi RM1.85 sekilogram dan petrol RON 97 diapung secara terkawal memandangkan kerana ia hanya membabitkan 13 peratus penggunaan bahan api di Malaysia.

Bagaimanapun, Ismail Sabri memberitahu, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan ada di kalangan ahli persatuan itu yang ingkar dengan keputusan tersebut.

Malah, beliau menambah, pihaknya juga akan memantau para peniaga yang tidak menjadi ahli kepada persatuan yang hadir pada hari ini.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum