Harga rokok dijangka naik

View previous topic View next topic Go down

Harga rokok dijangka naik

Post  HowShengYuan/L6A-12 on Fri Jul 13, 2012 9:43 am

Kuala Lumpur:harga rokok dijangka naik 3 sen sebelum pembentangan bajet tahun ini.

Berdasarkan beberapa hasil kajian Laporan Kawalan Tembakau ASEAN,anggaran kenaikan duti cukai eksais iaitu harga sekotak mengandungi 20 batang rokok dijangka naik kira-kira 60 sen. Dalam laporan analisis TA Securities,dijangkakan bahawa kerajaan akan mengumumkan kenaikan sebelum pembentangan bajet 2013 pada 28 September ini bagi mengelak peniaga menyorok rokok.

“Sejak 10 tahun lalu, sektor tembakau dikenakan duti eksais setiap tahun kecuali pada 2011. Kita percaya ketiadaan kenaikan duti eksais tahun lepas adalah antara cara kerajaan mengurangkan beban harga minimum rokok (MCP) yang diperkenalkan sebelum itu,” kata firma penyelidikan itu.

Kerajaan menetapkan harga minimum rokok RM6.40 bagi 20 batang atau 32 sen setiap rokok apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) (No.2) 2009 yang diwartakan pada 1 Januari 2010.

Berdasarkan statistik Laporan Kawalan Tembakau ASEAN, setiap 10% kenaikan harga rokok akan mengurangkan bilangan perokok muda sehingga 70% dan keseluruhan pembelian sebanyak 40%.

Kenaikan duti eksais akan meningkatkan pendapatan kerajaan sebanyak tujuh peratus walaupun jumlah perokok dan pembelian berkurangan.Laporan itu juga mendedahkan bahawa kenaikan cukai sehingga 65% harga runcit adalah yang paling ideal untuk mengurangkan pembelian dalam setiap segmen pengguna.

“Laporan itu juga mendapati kenaikan cukai sehingga 65% harga runcit adalah yang paling ideal untuk mengurangkan pembelian setiap segmen pengguna,” katanya.

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________
Pada pendapat saya,kenaikan harga rokok merupakan perkara baik untuk kesihatan seluruh rakyat kerana peningkatan harga rokok juga dapat mengurangkan bilangan orang yang merokok.Saya berasa alangkah lebih baik jika kita biarkan harga rokok meningkat sehingga RM10 kerana tiada kebaikan kita merokok!

HowShengYuan/L6A-12

Posts : 5
Join date : 2012-06-20

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum