PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Berkorban demi faedah jangka panjang

Go down

Berkorban demi faedah jangka panjang Empty Berkorban demi faedah jangka panjang

Post  ypeng(U6A/10) Mon Jul 19, 2010 11:58 am

KOTA KINABALU 18 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat Malaysia perlu bersedia melakukan sedikit pengorbanan untuk mencapai keuntungan bagi tempoh jangka panjang.

Sambil merujuk kepada usaha penyelarasan subsidi, Perdana Menteri berkata, langkah itu perlu dilakukan bagi memastikan ekonomi negara terus kukuh pada masa depan.

''Apabila bercakap mengenai kesan jangka panjang kita bukan melihat terlalu jauh tetapi dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

''Kita perlu memastikan tindakan dilakukan hari ini," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan dan Jamuan Makan Tengah Hari Bersama Pemimpin Cina Sabah di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Perdana Menteri berkata, mengambil contoh amalan dalam dunia perniagaan, peniaga akan menyimpan sedikit keuntungan bagi membesarkan perniagaan dan sekali gus memastikan perniagaan mereka berkekalan serta membawa keuntungan lebih besar.

Beliau menambah, kerajaan mempunyai keupayaan terhad untuk terus mengawal harga barangan sepanjang masa demi melindungi pengguna.

''Oleh sebab itu kita lakukan perubahan ini bagi mengelak pengguna terasa bebannya dan dalam melaksanakan ini kita berpegang kepada prinsip 'susah sedikit tetapi nikmat besar'," katanya.

Najib berkata, menerusi pelbagai pendekatan yang diambil, beliau yakin Malaysia mampu mencapai pertumbuhan enam peratus dan sekali gus meletakkan kembali negara ke landasan menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

''Saya yakin akan ada banyak peluang bagi semua komuniti termasuk ahli perniagaan untuk mendapat manfaat daripada polisi pandang ke depan yang sedang dilaksanakan kerajaan ini," katanya.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum