Ekonomi Malaysia jangka berkembang 5.4 peratus

View previous topic View next topic Go down

Ekonomi Malaysia jangka berkembang 5.4 peratus

Post  keat sin (U6A) on Sat Mar 27, 2010 10:28 am

OCBC Bank yakin ekonomi Malaysia akan kembali melonjak tahun ini untuk mencatatkan pertumbuhan 5.4 peratus berdasarkan petunjuk yang menggalakkan, terutama peningkatan eksport minyak sawit dan produk elektronik.

Ketua Bahagian Kajian dan Strategi Perbendaharaan (Perbendaharaan Global), Oversea-Chinese Banking Corporation Ltd, Selena Ling, berkata sektor pembinaan dijangka menjadi pemacu utama pertumbuhan tahun ini berikutan pelaksanaan baki projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, selain bagi kerja menaik taraf kemudahan infrastruktur sedia ada.
“Sektor pembinaan memainkan peranan penting dalam ekonomi. Singapura misalnya, banyak melakukan kerja menaik taraf bangunan atau membaiki infrastruktur di negara itu, semata-mata untuk memacu pertumbuhan sektor pembinaan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonominya. “Banyak negara mencontohi langkah ini, dan ia terbukti berkesan,” katanya pada sidang media mengenai tinjauan ekonomi Malaysia oleh OCBC di Kuala Lumpur, semalam.

Selena berkata, sektor pembinaan di negara ini dijangka berkembang 6.2 peratus tahun ini, diikuti sektor pembuatan (5.8 peratus) dan perkhidmatan (5.0 peratus).

Bagaimanapun, katanya, sektor pembinaan di negara ini akan berkembang pada kadar lebih rendah iaitu sebanyak 3.7 peratus tahun depan, manakala sektor pembuatan (5.4 peratus) dan perkhidmatan (5.0 peratus).

“Ini membawa kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih rendah sedikit iaitu pada lima peratus tahun depan,” katanya.
Beliau menambah, unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia oleh OCBC Bank bagi tahun ini belum mengambil kira inti pati Model Ekonomi Baru (MEB) yang akan diumumkan, minggu depan.

“Sebarang pembaharuan fiskal yang akan diumumkan dalam MEB adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan,” katanya.

Selain MEB, Selena berkata, antara isu domestik yang ditunggu-tunggu pasaran kerana kesannya ke atas ekonomi, termasuk pengumuman cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pengurangan subsidi minyak, pembaharuan sistem sosial, gelombang kedua penswastaan dan terbitan bon kedaulatan.

Pendekatan ini berserta dengan pemulihan ekonomi domestik berpotensi membantu kerajaan mencapai sasaran mengurangkan defisit belanjawannya kepada 5.6 peratus tahun ini,” katanya.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum