PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pinjaman tanpa faedah untuk golongan cacat penglihatan

4 posters

Go down

Pinjaman tanpa faedah untuk golongan cacat penglihatan Empty Pinjaman tanpa faedah untuk golongan cacat penglihatan

Post  ypeng(U6A/10) Sun Apr 25, 2010 4:19 pm

KUALA LUMPUR 25 April - Golongan cacat penglihatan di negara ini yang ingin mengembangkan perniagaan boleh memohon pinjaman menerusi ”Tabung Pembangunan Usahawan” yang diwujudkan Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia.

Presiden pertubuhan, Mah Hassan Omar berkata, kemudahan pinjaman tanpa faedah itu diwujudkan bagi membantu golongan cacat penglihatan menjana ekonomi untuk kehidupan yang lebih selesa.

Beliau berkata, dana untuk tabung itu adalah dana pertubuhan itu sendiri yang diperoleh daripada sumbangan orang ramai selain mengadakan aktiviti amal untuk mengutip derma.

"Setakat ini dana di dalam tabung itu berjumlah RM100,000 ditambah dengan RM23,000 hasil konsert amal yang dijalankan pada tahun lepas,” katanya di sini hari ini.

Tabung yang diwujudkan pada tahun lepas itu merupakan tabung bantuan yang pertama pernah dilakukan oleh organisasi sukarela di Malaysia.

Mah Hassan merupakan seorang peguam yang cacat penglihatan, berharap lebih banyak pihak swasta, kerajaan dan dermawan tampil untuk memberi sumbangan kepada tabung itu.

Sebarang pertanyaan berhubung sumbangan boleh menghubungi Siti Nuraizah Ruslan di talian 03-40212942

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Pinjaman tanpa faedah untuk golongan cacat penglihatan Empty Re: Pinjaman tanpa faedah untuk golongan cacat penglihatan

Post  Khang Wei (U6B/2010) Tue Apr 27, 2010 8:04 pm

Tabung Pembangunan Usahawan ini merupakan langkah yang amat efektif dalam membantu orang yang ingin mengembangkan perniagaan.
Tabung ini memanfaatkan bukan sahaja golongan cacat penglihatan tetapi juga golongan kelainan upaya yang sukar mendapat modal yang cukup untuk mengembangkan perniagaannya.
Ahli masyarakat haruslah memberi komitmen dalam menderma wang ke tabung tersebut. Dengan ini, maka lebih banyak orang akan mendapat manfaat.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Pinjaman tanpa faedah untuk golongan cacat penglihatan Empty Re: Pinjaman tanpa faedah untuk golongan cacat penglihatan

Post  Ong SQ (U6B/2010) Wed Apr 28, 2010 11:31 am

Tabung ini dapat menyakinkan golongan cacat penglihatan di negara ini untuk mengembangkan perniagaan. Dengan ini, mereka dapat menjalani kehidupan yang sama seperti orang biasa. Tambahan pula, mereka juga boleh berkhidmat untuk masyarakat. Oleh itu, kita harus cuba sedaya upaya untuk membantu golongan kurang upaya.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Pinjaman tanpa faedah untuk golongan cacat penglihatan Empty Re: Pinjaman tanpa faedah untuk golongan cacat penglihatan

Post  leeyoong_U6B Wed Apr 28, 2010 6:32 pm

Saya setuju apa-apa yang telah dibincangkan. Memang tidak dinafikan bahawa tabung ini amat memanfaatkan golongan cacat. Dengan memberi kewangan, perniagaan dapat dimulakan, perniagaan yang akan dijalankan boleh dijadikan mata pencarian, mereka tidak perlu risau tentang pendapatan. Langkah ini juga dapat meningkatkan bilangan golongan cacat dalam bidang keusahawanan yang akan menyumbang ke arah matlamat pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Pinjaman tanpa faedah untuk golongan cacat penglihatan Empty Re: Pinjaman tanpa faedah untuk golongan cacat penglihatan

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum