PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Perokok belasah pegawai

Go down

Perokok belasah pegawai Empty Perokok belasah pegawai

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Tue Jun 15, 2010 2:19 am

ALOR SETAR: Seorang Pegawai Kesihatan Awam cedera akibat ditumbuk dan ditendang tiga lelaki yang tidak berpuas hati selepas dikenakan notis saman larangan merokok dalam operasi kesihatan awam di sebuah surau di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, seorang lelaki berusia 54 tahun yang sedang menghisap rokok di kawasan larangan terkejut apabila tiba-tiba dihampiri seorang pegawai penguat kuasa Pejabat Kesihatan Daerah, Yan berusia 25 tahun yang kemudiannya mengeluarkan notis kompaun menghisap rokok di kawasan larangan terhadapnya.

Akibat berang dikenakan tindakan itu lelaki berkenaan memanggil dua lagi rakannya yang berusia 40-an dan 50-an sebelum memukul mangsa bertubi-tubi menyebabkan muka dan badannya lebam.

Difahamkan mangsa ditumbuk dua kali di muka dan ditendang di badan sehingga tersungkur sebelum menyelamatkan diri.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Ong Aik Cheng ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu kelmarin.

“Kami menerima laporan daripada seorang Penolong Pegawai Kesihatan Awam, Daerah Yan yang sedang menjalankan operasi larangan merokok di hospital berkenaan ditendang dan ditumbuk oleh tiga lelaki berusia antara 40-an hingga 50-an,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti suspek yang memukul penjawat awam itu dan sedang menjalankan siasatan sebelum mengambil tindakan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau denda sebanyak RM2,000 atau kedua-duanya sekali,"

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum