Bajet 2013: Bakal pegawai (ATM) perlu ada ijazah

View previous topic View next topic Go down

Bajet 2013: Bakal pegawai (ATM) perlu ada ijazah

Post  Kerh Lai Yan (L6A/2012) on Fri Sep 28, 2012 6:08 pm

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Individu yang berminat untuk menjadi pegawai dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disyaratkan memiliki kelulusan ijazah sarjana muda kepujian dalam mana-mana bidang sebelum menyertai pasukan itu.

Ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini, Najib berkata kerajaan juga menetapkan bagi askar laskar, kelayakan masuk minimum turut ditingkatkan ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma berdasarkan skop dan bidang tugas.

Terdahulu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempraktik syarat kemasukan sebagai pegawai dalam pasukan itu perlu memiliki kelulusan sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dalam mana-mana bidang bermula tahun lepas.

Sebelum ini pegawai yang dilantik ke dalam pasukan ATM hanya memegang SPM atau setaraf dengannya.

Perdana Menteri berkata keunikan dalam perkhidmatan ATM juga diambil kira dan untuk itu kerajaan bersetuju meningkatkan peluang kenaikan pangkat anggotanya melalui kaedah "time-based" di mana anggota berpangkat prebet boleh dinaikkan ke pangkat Lans Koperal dan Lans Koperal ke Koperal dalam tempoh lapan tahun.

Najib berkata kenaikan pangkat itu juga turut mengambil kira prestasi serta syarat-syarat tertentu yang telah dipenuhi anggota berkenaan.

Beliau berkata penambahbaikan skim perkhidmatan ATM juga bagi membolehkan setiap anggota meningkatkan peluang memajukan diri dalam kerjaya selain memotivasikan anggota ATM.

"Usaha ini akan memberi faedah kepada seramai 78,123 anggota dan melibatkan peruntukan sebanyak RM107 juta," katanya.

Pada pendapat saya, pegawai dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disyaratkan memiliki kelulusan ijazah adalah untuk memastikan ATM mempunyai modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi sesuai dengan keperluan semasa dunia ketenteraan.

Kerh Lai Yan (L6A/2012)

Posts : 12
Join date : 2012-06-27

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum