Pegawai SPRM Dihukum (LSY/L6A 2012)

View previous topic View next topic Go down

Pegawai SPRM Dihukum (LSY/L6A 2012)

Post  Lim Sok Yin on Sat Jul 07, 2012 4:01 pm

Shah Alam: Akibat menerima rasuah RM5,000, seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didenda RM2.275 juta dan dihukum penjara 13 tahun.
Hukuman 3 tuduhan terhadap Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, M Mohan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam termasuk 13 tahun dan denda RM1.25 juta bagi tuduhan pertama,13 tahun dan denda RM1 juta tuduhan kedua dan13 tahun dan denda RM25,000 tuduhan ketiga.
Pada pendapat saya, kita haruslah menjadi seorang yang bertanggungjawab.Kita perlulah amanah supaya dipercayai oleh orang lain. Selain itu, kita haruslah menjalankan tugas dengan cara licin, bukannya membuat sesuatu yang pecah amanah untuk keuntungan sendiri. Wang yang dimakan itu adalah wang rakyat, tetapi telah dimakan seolah-olahnya untuk kebaikan sendiri. Justeru, saya berpendapat bahawa kita haruslah membasmikan kejadian sebegini pada masa akan datang dengan menguatkuasakan undang-undang supaya tiada orang akan cuba mencabar dan mengulangi masalah tersebut.


Lim Sok Yin

Posts : 10
Join date : 2012-06-20

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum