PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pegawai kontrak asing dapat elaun rumah

Go down

Pegawai kontrak asing dapat elaun rumah Empty Pegawai kontrak asing dapat elaun rumah

Post  Seow Ping U6B'10 Thu May 27, 2010 6:51 pm

PUTRAJAYA 26 Mei - Kerajaan bersetuju memberikan elaun perumahan kepada pegawai perkhidmatan awam bukan warganegara yang dilantik secara kontrak dan berkhidmat di Sabah, Sarawak dan Labuan berkuat kuasa 1 Julai ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam berkata, selain itu, kemudahan perubatan juga diberikan kepada keluarga pegawai terbabit, termasuk kepada mereka yang bekerja di seluruh negara.

Katanya, peruntukan elaun dan kemudahan tertentu kepada pegawai terbabit telah dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 - Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak.

''Pemberian elaun dan kemudahan kepada pegawai berkenaan telah ditambah baik selaras dengan usaha kerajaan untuk menarik dan mengekalkan pegawai bukan warganegara yang mempunyai kepakaran berkhidmat dengan agensi awam," katanya.

Beliau berkata demikian dalam surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2010 di sini hari ini.

Ismail berkata, kadar bayaran insentif penempatan dibayar berdasarkan peratusan dari lingkungan gaji iaitu serendah 12.5 peratus bagi lingkungan gaji RM5,565.61 dan ke atas atau setinggi 25 peratus (RM841.89 dan ke bawah).

''Bagaimanapun bayaran insentif ini hendaklah diberhentikan sekiranya pegawai terbabit cuti tanpa gaji, cuti rehat melebihi 28 hari atau cuti sakit melebihi 15 hari.

''Bayaran insentif ini juga akan terbatal jika mereka cuti bersalin, cuti berkursus melebihi 92 hari atau kombinasi mana-mana jenis cuti tersebut yang melebihi 28 hari berturut-urut," katanya.

Dalam pada itu, Ismail berkata, kadar Bayaran Insentif Perumahan pula dibayar mengikut gred iaitu dari RM400 sehingga RM2,000 sebulan.

''Pegawai berkenaan yang mendapat Bayaran Insentif Perumahan tidak layak dibayar Imbuhan Tetap Perumahan termasuk mereka yang diperuntukkan rumah kerajaan," katanya.

Mengenai kemudahan perubatan kepada keluarga pegawai terbabit, Ismail berkata, ahli keluarga yang layak adalah seorang suami atau isteri dan tiga orang anak yang berusia 18 tahun ke bawah.

''Kemudahan perubatan yang ditanggung adalah terhad kepada kemudahan yang disediakan di klinik atau hospital kerajaan sahaja.

''Ianya tidak meliputi penyakit yang telah dihidapi oleh ahli keluarga sebelum pelantikan jawatan pegawai terbabit dan ketua jabatan perlu memastikan mereka membuat pemeriksaan perubatan," katanya.

Seow Ping U6B'10

Posts : 17
Join date : 2009-05-30

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum