PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Sistem Perhubungan dan Perjalanan

Go down

Sistem Perhubungan dan Perjalanan Empty Sistem Perhubungan dan Perjalanan

Post  vinclam1314 Fri Jun 27, 2008 4:44 pm

PULAU PINANG 26 Jun - Kerajaan negeri Pulau Pinang kecewa dengan keputusan kerajaan persekutuan kerana menangguhkan projek monorel berharga RM2 bilion dan projek Lingkaran Luar Pulau Pinang yang dijadual dijalankan semasa Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pendapat kerajaan negeri patut ditanya sebelum kerajaan pusat membuat sebarang keputusan untuk menangguhkan projek ini kerana ia akan menjejaskan ekonomi negeri.

"Ia keputusan yang amat tidak bertanggungjawab apabila kerajaan persekutuan tanpa berunding dengan kerajaan negeri Pulau Pinang memutuskan untuk menangguhkan dua projek mega ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat agung PBA Holdings Berhad (PBAHB) di sini hari ini.
Projek monorel P.P dan Projek Lingkaran P.P telah ditangguhkan. Ini telah menyebabkan rakyat Pulau Pinang terpaksa menghadapi masalah sesak jalan dengan lebih lama sedangkan projek-projek ini dijangka boleh mengurangkan kesesakan jalan raya di Pulau Pinang.Mengenai sistem perhubungan dan perjalanan di malaysia kini, apakah usaha yang boleh dibuat untuk menaikkan lagi kualiti perkhidmatan sistem perhubungan dan perjalanan?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum