23 bas ekspres tidak dibenar teruskan perjalanan

View previous topic View next topic Go down

23 bas ekspres tidak dibenar teruskan perjalanan

Post  Kar Yung (U6A/2010) on Thu Feb 11, 2010 5:34 pm

BUTTERWORTH: Sebanyak 23 bas ekspres yang diperiksa sejak Isnin lalu sempena Ops Sikap 21 di Terminal Bas Butterworth, di sini tidak dibenarkan meneruskan perjalanan selepas didapati tidak memenuhi spesifikasi keselamatan.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Datuk Hassan Yaccob berkata pemantauan yang lebih ketat sehingga tamat Ops Sikap pada 21 Februari ini dilakukan bagi memastikan pengusaha mengikut peraturan ditetapkan.

"Sejak Isnin lalu kita sudah periksa 511 bas dan sebanyak 23 bas tidak dibenarkan meneruskan perjalanan kerana melakukan kesalahan antaranya ialah tayar 'haus' (tiada bunga), tidak menepati spesifikasi keselamatan, menggunakan tayar celup dan tiada pemandu kedua," katanya kepada pemberita selepas menjalankan pemantauan di Terminal Bas Butterworth, di sini malam tadi.

Katanya, JPJ tidak berkompromi dengan pengusaha yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan kerana tidak mahu kemalangan berlaku sehingga menyebabkan kematian.

Sementara itu, Hassan berkata, dalam Ops Sikap 21 ini, JPJ memfokuskan kepada enam kesalahan utama yang sering dilakukan pengguna jalan raya sehingga menyebabkan kemalangan iaitu melanggar lampu merah, memotong di garisan berkembar dan memandu melebihi had lalu.

"Selain itu, kita juga akan mengambil tindakan kepada pengguna yang mengekori kenderaan dalam jarak membahayakan, tidak menggunakan tali pinggang dan memandu secara berbahaya," katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menggunakan pendekatan baru sempena Ops Sikap kali ini dengan menetapkan sebuah pasukan peronda di lebuh raya bagi mengesan kesalahan dilakukan pengguna.

Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 26
Location : KL

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum