PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

panduan menjawab.

2 posters

Go down

panduan menjawab. Empty panduan menjawab.

Post  eez99 Sat Nov 07, 2009 6:06 am

salam dan selamat sejahtera cikgu. Saya ingin meminta pendapat cikgu mengenai persoalan ini. Minta maaf kalo soalan ini out off topic.

Bincangkan jenis-jenis autokrasi yang terdapat di dunia moden ini. Apakah kelebihan dan kelemahan sistem pemerintahan tersebut?

eez99

Posts : 1
Join date : 2009-11-07
Age : 39
Location : Kota Bharu

Back to top Go down

panduan menjawab. Empty Re: panduan menjawab.

Post  CikguPA Sat Nov 07, 2009 8:07 am

Autokrasi

•Satu bentuk kerajaan yang dikuasai orang perseorangan yang mempunyai kuasa tidak
terhad (Hunt and Colander, 1996)

•Ada dua jenis kerajaan autokrasi iaitu autoritarian autokrasi dan totalitarian autokrasi.

•Kerajaan autokrasi autoritarian merupakan kerajaan yang dipimpin oleh seorang diktator. Ia
mengharamkan sebarang kegiatan yang boleh mengancam kedudukan pemerintahannya.

•Kerajaan aotokrasi totalitarian ialah sebuah kerajaan yang mahu mengawal seluruh kegiatan
kehidupan masyarakat didalamnya.Cth China dan Korea Utara.

•Ciri-ciri pemrintahan autokrasi:

i. kebebasan awam tidak dipentingkan
ii.kekerasan dan ugutan selalu digunakan
iii.kuasa pemerintahan terletak di tangan satu elit politik tradisional atau moden spt tentera.
iv.penguasaan satu parti.

•Peranan kerajaan:

i.meninggikan taraf hidup rakyat
ii.menggubal dan melaksanakan undang-undang.
iii.memastikan pemuafakatan antara rakyat sentiasa wujud
iv.memelihara kebebasan individu.
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

panduan menjawab. Empty SISTEM PEMERINTAHAN AUTOKRASI

Post  CikguPA Sat Nov 07, 2009 9:02 am

SISTEM PEMERINTAHAN AUTOKRASI
* Sistem autokrasi : seseorang pemerintah mempunyai kuasa mutlak terhadap rakyat dan perlembagaan yang dirangkanya bercanggah dengan sistem demokrasi dan juga sistem pemerintahan Islam.

* Sistem ini bercanggah dengan nilai kemanusiaan seperti kebebasan bersuara dan menganut agama.

* Contoh dalam al-quran sistem autokrasi :

1. Maharaja Zu Nawas yang dikaitkan dengan ashab al-ukhdud.

- Menghukum rakyatnya yang menyembah Allah S.W.T> dengan mencampakkan mereka ke dalam sebuah parit yang dinyalakan dengan unggun api.

2. Firaun yang dikaitkan dengan zaman perutusan Nabi Musa.

* Dalam Islam sistem pemerintahan yang bercanggah dengan konsep keadilan dianggap satu kezaliman :-

i. Sistem komunis dianggap satu kezaliman disebabkan kuasa pemerintah Islam diberikan secara mutlak kepada pemerintah, rakyat dianggap pekerja atau hamba.

ii. Sistem autokrasi dianggap zalim kerana rakyat tidak mempunyai kebebasan untuk hidup dan melakukan pelbagai aktiviti yang tidak bertetangan dengan nilai kemanusiaan.

iii. Sistem kapitalis dianggap zalim kerana hanya menjaga kepentingan pelabur atau peniaga, berbanding kepetingan rakyat.

iv. Fahaman liberalisme dianggap zalim kerana kebebasan mutlak tanpa sekatan nilai agama. Ini kerana nilai liberalisasi yang diamalkan akan mengganggu hak individu lain. Seperti hak kebebasan seks seperti yang berlaku di barat boleh mengganggu kesejahteraan masyarakat.

* Islam melihat kezaliman berlaku apabila sesuatu perkara atau benda tidak diuruskan mengikut tabii atau keadaan semulajadi seperti meletak kasut di atas meja dianggap zalim kerana tempat kasut adalah di atas lantai.

Perbezaan Antara Sistem Pemerintahan Autokrasi dengan Khalifah

1. Sistem khalifah meletakkan agama sebagai perlembagaan Islam, manakala sistem autokrasi tidak diasaskan pada nilai-nilai agama. Autokrasi diasaskan atas nilai sosial yang boleh berubah dari semasa ke semasa.

2. Penindasan dalam sistem khalifah adalah disebabkan faktor sikap peribadi dan perbezaan politik bukan pada nilai yang dianuti, berbanding autokrasi penindasan berlaku berpanjangan dan diwarisi dari satu generasi ke generasi seperti yang berlaku ke atas penduduk balkan.

3. Dalam sistem khalifah peralihan kuasa adalah kerana perbezaan fahaman politik bukan perbezaan nilai sosial yang dianuti. Penganut agama lain boleh hidup secara aman dan kehidupan mereka tidak diganggu. Berbeza dengan autokrasi yang melarang dan menekan kehidupan rakyat yang berlainan fahaman kehidupan dengan pemerintah.

4. Peperangan yang berlaku anrata negara Islam dan bukan Islam bukan sebab sikap kuku besi pemerintah sistem khalifah tetapi sebab pertahanan dan kawalan sempadan wilayah Islam.

5. Kerajaan Islam bergantung kepada hasil pungutan cukai dari bukan Islam dan zakat dari orang Islam. Berbancing sistem feudalisme yang memeliki segala hasil pertanian dan perniagaan dalam negara tersebut. Rakyat sebagai pekerja atau buruh kepada pemerintah.

* Kesimpulannya kejatuhan kerajaan sistem khalifah jatuh bukan sebab rakyat tidak puas hati dengan sistem tersebut tetapi kerana ketidakcekapan pemerintah yang menguruskan negara.

Kesimpulan
* Sistem pemerintahan Islam universal dan sesuai untuk diselaraskan dengan keperluan zaman yang mempunyai perbezaan dari segi tuntutan atau keperluan zaman.

* zaman moden ini demokrasi merupakan sistem perintahan semasa dan sistem ini boleh disesuaikan dengan tuntutan dan pemerintahan Islam.

* Sistem pemerintahan republik dan monarki juga boleh disesuaikan dengan pemerintahan Islam apabila negara yang disifatkan Islam tersebut mempunyai majoriti ahli kabinetnya yang beragama Islam di samping perlembagaannya diasaskan pensyariatan Islam.

* Mojoriti keanggotaan ahli kabinet Islam diperlukan supaya dasar pemerintahan Islam atau apa2 dasar yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam tidak terancam.

* Jawatan pemerintahan dan pentadbiran yang boleh mempengaruhi dasar pemerintahan Islam perlu dijaga.

* Keanggotaan dewan senat perlu diberikan kepada orang Islam yang berkebolehan dan berkelayakan yang memahami selok-belok agama Islam, urusan kenegaraan dan pentadbiran.



Sumber:http://khazalii.googlepages.com/pemerintahandanpentadbiranmenurutislam
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

panduan menjawab. Empty Re: panduan menjawab.

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum