Pelan antigubah wang haram diperkenal

View previous topic View next topic Go down

Pelan antigubah wang haram diperkenal

Post  keat sin (U6A) on Tue Jul 20, 2010 12:17 pm

KUALA LUMPUR 19 Julai – Kerajaan akan memperkenalkan Pelan Strategik Negara 2010-2012 bagi Anti Pengubahan Wang Haram dan Kekangan Pembiayaan Keganasan (AML/CFT) pada tahun ini, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Zamani Abdul Ghani.

Katanya, langkah itu merupakan langkah strategik untuk membendung AML/CFT di dalam negara.

‘‘Pelan strategik itu memberi tumpuan kepada empat bahagian utama iaitu pelaksanaan, penambahbaikan rangka kerja undang-undang, penambahbaikan rangka kerja institusi dan pembangunan kapasiti.

‘‘Pelan itu juga bukan hanya meliputi aspek langkah-langkah pencegahan untuk institusi kewangan, perniagaan bukan kewangan, tetapi juga aspek undang-undang, perisikan kewangan, pelaksanaan undang-undang dan juga kerjasama domestik dan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa untuk Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan 2010 di sini hari ini.

Tambah Zamani, Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi-agensi berkaitan telah mula melaksanakan langkah-langkah berkaitan secara berperingkat-peringkat dengan meningkatkan penyiasatan dan dakwaan terhadap pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

‘‘Sehingga kini, sebanyak 94 kes pengubahan wang haram berada di pelbagai peringkat dakwaan dengan lebih 3,000 dakwaan melibatkan nilai sehingga RM1.2 bilion.

‘‘Penguatkuasa undang-undang juga telah meningkatkan kapasiti dan usaha untuk membendung pengubahan wang daripada aktiviti haram,” jelasnya.

Zamani berkata, BNM akan terus melaksanakan ujian bertema bagi AML/CFT institusi kewangan apabila diperlukan. Insiden yang melibatkan ketidakpatuhan akan dilihat berdasarkan keseriusan isu.

‘‘Kami tidak akan bertolak ansur terhadap perkara-perkara yang serius seperti pemberian maklumat kerana ia merupakan asas kepada rangka kerja AML/CFT.

‘‘Selain itu, kami menyedari hakikat terhadap pelaksanaan AML/CFT yang berlebihan supaya tidak mengganggu agenda kewangan,” katanya.

Ujarnya, adalah sangat penting bagi negara untuk mempunyai pelan strategik pusingan kedua dalam usaha Malaysia menghalang risiko aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan dijangka berlaku pada 2012.

‘‘Oleh itu, saya menggesa semua pihak terlibat di setiap peringkat untuk bersedia terhadap penilaian yang bakal diterima, dan meneruskan usaha menghalang pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan,” katanya.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

View user profile

Back to top Go down

Institusi kewangan perlu tingkatkan kesedaran, keupayaan

Post  keat sin (U6A) on Tue Jul 20, 2010 12:22 pm

KUALA LUMPUR 19 Julai – Institusi-institusi kewangan di Malaysia perlu segera meningkatkan kesedaran serta kapasitinya dalam usaha membanteras kegiatan penggubahan wang haram dan jenayah kewangan.

Peningkatan kesedaran dan kapasiti itu boleh dilakukan menerusi pertukaran pendapat serta perkongsian pengalaman dengan negara-negara lain melalui penganjuran persidangan-persidangan.

Pengerusi Komuniti Penganjuran Persidangan Antarabangsa bagi Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan 2010 (IFCTF), V. Maslamani berkata, inisiatif itu perlu bagi membantu institusi-institusi kewangan negara, sama ada dalam sektor perbankan, insurans, pengurupan wang dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan lancar dan berkesan.

‘‘Aktiviti dalam sektor kewangan di negara kita dan juga kebanyakan negara di seluruh dunia sering terganggu dengan masalah penggubahan wang haram ini.

‘‘Justeru itu, setiap negara perlu bekerjasama dengan berkongsi pengalaman berhubung isu tersebut supaya pembangunan sektor kewangan negara masing-masing dapat ditingkatkan dan sekali gus memastikan kegiatan jenayah penggubahan wang haram dalam industri kewangan tidak lagi berlaku,’’ katanya pada sidang akhbar selepas majlis pembukaan Persidangan IFCTF di sini hari ini.

Persidangan dua hari bermula hari ini hingga esok anjuran Institut Bank-bank Malaysia (IBBM) itu bertujuan mengenalpasti jenayah-jenayah kewangan yang berlaku dalam sektor kewangan di seluruh dunia dan berkongsi pengalaman serta kaedah-kaedah pencegahan terbaik, perkembangan dalam pembangunan corak-corak terbaharu jenayah kewangan oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut dari pelbagai negara.

Menurut Maslamani, pada masa yang sama, peranan penting perlu dimainkan oleh institusi-institusi kewangan tempatan untuk mengelakkan aktiviti penggubahan wang haram daripada berlaku terutamanya dalam transaksi bersilang antara negara.

‘‘Jenayah ini bukan sahaja berlaku dalam sesebuah negara tetapi turut melibatkan transaksi ke negara-negara lain sehingga menyebabkan kegiatan jenayah tersebut semakin meluas dan sukar dibendung.

‘‘Kami mengharapkan setiap institusi kewangan di Malaysia memberi kerjasama dengan meningkatkan keupayaannya,’’ kata beliau.

Maslamani berkata, pihaknya yakin melalui persidangan seperti itu, masalah-masalah berkaitan jenayah dalam sektor kewangan dalam sesebuah negara dapat diatasi.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

View user profile

Back to top Go down

Sistem lindung institusi kewangan

Post  keat sin (U6A) on Tue Jul 20, 2010 12:27 pm

KUALA LUMPUR 19 Julai - Sistem antipengubahan wang haram (AML) dan jenayah kewangan yang diperkenalkan Norkom Technologies (Norkom) berupaya melindungi institusi kewangan dunia daripada menghadapi masalah penipuan, memeriksa status pekerja dan sebagainya.

Menurut Pengarah Jualan dan Pembangunan Perniagaan Asia Pasifik Norkom, Bruce Quick berkata, sistem AML dibangunkan menepati piawaian industri dan sumber pemfailan.

"Melalui sistem AML, data mengenai pengubahan wang haram adalah lebih tepat untuk sesebuah institusi dan siasatan yang dijalankan terhadap kes-kes tersebut adalah lebih telus,'' katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu membentangkan kertas kerja mengenai membina sistem AML yang berkesan dan skor risiko bersepadu untuk pematuhan di sini hari ini.

Quick menjelaskan, kepentingan sistem AML untuk institusi kewangan meningkat apabila berlaku peningkatan kerugian dalam sesebuah institusi.

Selain itu, katanya, sistem AML dapat meningkatkan pengukuran keberkesanan dan kecekapan pengurusan kewangan sesebuah institusi.

Sementara itu, Ketua World Check Asia, Jay Jhaveri berkata, dasar 'kenal pasti pelanggan anda' (KYC) penting bagi mengelak jenayah kewangan dan pengubahan wang haram dan ia bukannya sesuatu yang baru.

Katanya, dasar yang sama sudah diamalkan oleh institusi kewangan dunia seperti bagi tujuan permohonan pembiayaan kewangan dan hutang.

Menurut beliau, institusi kewangan akan mengenakan syarat menyimpan butir-butir diri peminjam dan penghutang.

"Kita seharusnya tidak terlepas pandang terhadap pelanggan yang berisiko, perlu berwaspada kepada sesiapa sahaja kerana sesiapa sahaja boleh menjadi penjenayah kewangan,'' ujarnya.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

View user profile

Back to top Go down

Re: Pelan antigubah wang haram diperkenal

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum